Thursday, February 3, 2011

Imbuhan pendidik RM500 untuk guru kerana KBSM-Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris berdoa untuk keselamatan rakyat Malaysia.

Changkat Jering- Ustaz Idris Ahmad memberitahu penduduk Kg Larut Tin ,langkah kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh tiga bulan memerintah pusat,akan memberi imbuhan pendidik RM500.00 sebulan

Menurut Ustaz Idris Ahmad yang juga Ketua Penerangan Pas Malaysia guru-guru ini patut diberi penghargaan kerana mereka Kerja Berat Sampai Mati.(KBSM)

Jelas Ustaz Idris Ahmad para guru ini bekerja bukan sekadar kutip yuran,tulis maklumat ,tetapi macam-macam termasuk kerja perkeranian.

Sementara itu kakitangan lain juga akan menikmati kemudahan tetapi berperingkat."Kita tak tunggu pilihanraya baru nak tolong rakyat"tegas Ustaz Idris Ahmad.

No comments:

Post a Comment