Tuesday, February 22, 2011

Anak Ayah Pin dapat 4 A STPM

Pelajar terbaik STPM dari Sekolah SMK Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu, Mohd Khairul Adhar Ariffin, menunjukkan slip keputusan peperiksaan yang diterima semalam. — Foto Bernama

Anak Arifin Mohamad atau “Ayah Pin” adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Terengganu.

Anak Ayah Pin yang pihak berkuasa tidak dapat mengesannya , adik Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.


Bagi beliau kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya(Ayah Pin) bukan sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.


“Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.


Kita yakin Mohd Khairul tidak mengamalkan ajaran ayah beliau.Justeru itu hasrat beliau untuk menjadi seorang guru dengan memohon untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) harus dipuji


Kerajaan Terengganu boleh memberi beliau biasiswa,sekurang-kurang dapat mengubat rindu Mohd Khairul yang tidak berjumpa ibu ayah selama enam tahun .

No comments:

Post a Comment