Friday, February 25, 2011

Cikgu dapat US40 000 Makan Duit Google Adsense

Kita kutip berita ini daripada blog ek-ele rakan kembor blog lanncom .

Cikgu yang ditulis tu rakan sekolah kita.Ek-ele satu sekolah dengan kita.Kita pun cemburu ek-ele dapat duit banyak melalui Nuffnang. Churp-Churp pun dia dah banyak dapat,kita baru nak merangkak.Ek-ele orang Kelantan,memang pandai cari duit.


Ek-ele banyak bagi idea untuk cari duit melalui siar iklan dalam blog.Tetapi kita lambat faham jadi lambat benor iklan keluar dalam blog.Kita baca tulisan Ek-ele di bawah,yang pandai buat harta.


Teruja!! kerana perkataan ini selalu digunakan kini, saya terasa ingin gunakan juga. Pembuktian telah berlaku di hadapan mata saya.


Pada tengahari tadi sebenarnya saya teruja melihat akaun google adsense milik seorang guru di sekolah saya. Dia mampu mendapatkan duit adsense yang boleh mencergaskan minda untuk terus berusaha.


Seorang guru, dah nak pencen pun, ada PHD, pakar program Visual Basic dan mempuyai laman web yang berkedudukan di page pertama dan kedudukan kedua di enjin carian Google. Sebenarnya saya tidak boleh menyebut secara detail namanya dan blognya kerana ini permintaannya.


Saya teruja kerana pendapatan adsensenya US1000-US1500 sebulan. Terima kasih Dr!! kerana menunjukkan secara terperinci kepada saya . Semasa saya melihat akaunnya, duit adsense untuk hari ini sehingga tengahari tadi ada US34.++. Seronok kerana pada hari ini dia membuka rahsianya. Juga ditunjukkan kepada saya, semenjak dia berkecimpung dengan dunia adsense 2007, US40 000++ mampu diperolehi secara diam-diam. Dia hanya menyebut tak banyak pun tetapi dalam hati saya “Wow!!”


Akaun google adsense saya dah hampir setahun dan masih berada di tahap beku, lambat lagi untuk boleh dicairkan. Harap-harapnya ia tidak terus membeku!!

2 comments:

  1. Fuh kaya-kaya.
    kalau blog dah popular tu petik jari je dah boleh dapat duit.tapi kalau blog yang tak popular macam blog saya lambat lagilah gamoknya boleh buat duit.Takpalah yang penting pahala yang tentu dapat bila kita menyampaikan maklumat Islam pada pembaca

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/02/melayu-bahalol.html

    ReplyDelete
  2. Aikkk!! Cegu Din, takkan macam tu...ada sket-sket je...tak pe kita belajo dgn hak dapat 40 ribu tuh...

    ReplyDelete