Saturday, February 5, 2011

My Balik Pulau - UMNO yang jahat seribu jahat ini perlu diambil tindakan.

Sekali lagu YB Umno Pulau Betong Mohd Farid Saad dan lidah Umno Utusan Malaysia senada.Sekali lagi lupa etika.Mereka menghentam kerajaan pilihan rakyat Pulau Pinang.Masih main isu perkauman.Masih main isu asal usul.Semuanya mahu menunjukkan Lim Guan Eng amat buruk dan kejam sekali.


Majalah pelancongan My Balik Pulau diterbit Kementerian Pelancongan.Menteri Naib Presiden MCA. Kerajaan Persekutuan yang cetak,YB kurang cerdik boleh guna lidah UMNO Utusan Malaysia untuk hentam PR Pulau Pinang.YB macam ini yang betul-betul YB Kelas Dunia Afrika.


UMNO mahu menutup kelemahan jadi kerajaan 52 tahun lalu.Malah Utusan pula suka akhbar mereka bungkus tak laku dan tiada siapa hendak baca.


Malah tegas Lim, pada risalah “My Balik Pulau” pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, kerajaan perseketuan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri. “Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana terus pinggirkan orang Melayu.


“Dalam keghairahan membuat serangan hentam keromo ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan,” katanya.


Lim menambah, sungguhpun yang “bersalah” adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi terus dijalankan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang seolah-olah telah dijadikan tidak ubah seperti kambing hitam Umno.


Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno “yang jahat seribu jahat ini.”


Oleh itu, beliau mendesak Adun Umno Pulau Betong menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas fitnah jahat mereka.


“Sekiranya beliau gagal pada minggu depan, maka tindakan tegas akan diambil.


“Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil,” katanya.


Lim juga berkata kemungkinan juga perkara itu akan dibangkitkan ketika mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas “permainan perkauman Adun Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan harmoni baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali.”


“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan habis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah (kepimpinan) Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak kepada UDA,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment