Saturday, February 26, 2011

Jangan jadi tali barut UMNO nasihat Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad mengingatkan pihak pentadbir universiti jangan jadi tali barut umno dan BN di negara ini. Ketua Penerangan PAS itu juga mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus, demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno. Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja.

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau. Ustaz Idris Ahmad menegaskan kepada pihak universiti, mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung. Mahasiswa ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.


Ustaz Idris Ahmad menyampaikan pesanan kepada pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading. Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara. Jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membenteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang. Kesannya jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.


Tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidak adilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong. Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan UMNO di universiti

1 comment:

  1. alahai kita GONGXI KONGSI INFO INI YA........SORRY PAS, DAH TERLAMBAT..
    Tiba-tiba nak PRU13 baru PAS nak pandai bercakap mengenai memperjuangkan bangsa Melayu.

    SORRY PAS, DAH TERLAMBAT.

    Mana suara PAS apabila Nurul Izzah mengatakan hak orang Melayu dalam Perlembagaan adalah bersifat sementara?

    Mana suara PAS apabila Anwar mengatakan boleh kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain?

    Mana suara PAS apabila Azizah melaungkan tidak ada lagi ketuanan Melayu?

    Mana suara PAS apabila idea pluralisme cuba ditegakkan oleh ahli politik PR?

    Mana suara PAS apabila orang Melayu dituduh perkauman sedangkan mereka cuma bersikap responsif?

    Mana suara PAS pada masa itu?? tidurkah di bawah ketiak busuk Lim Guan Eng dan Kit Siang?

    SORRY PAS, DAH TERLAMBAT.
    Posted by Azlan Shafiee at 6:27 PM

    ReplyDelete