Thursday, February 10, 2011

Rosmah Mansor dan Raja Azura siapa pelakon terhebat?

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Pengerusi Jawatankuasa Jelajah Malaysia, Maniam Manikkam (kiri) meninjau persediaan pelumba basikal negara pada pelancaran Jelajah Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, Khamis. - Foto NORAFIFI EHSAN/THE STAR.

Raja Azura dan bekas suami Adzmin kini sedang berlakon. Semuanya untuk perkembangan dan pertumbuhan pembesaran anak-anak.Setakat ini lakonan mereka baik dan anak-anak masih memuji mereka.

Anak-anak tetap ceria walaupun ibu bapa mereka sebenarnya berlakon.Lakonan mereka hebat dan peminat mendoakan Kak Engku dapat bersatu semula bersama Adzmin.

Sementara itu Rosmah Mansor walaupun pandai berlakon,lakonannya sebagai Wanita Pertama tetap tidak diterima rakyat.Watak beliau sebagai Wanita Pertama nampak sangat palsu dan seolah-olah dipaksa.Bertambah pula lakonannya kini makin melampau.Penonton sesak nafas melihat lakonannya.Setakat ini lakonan Imelda ,Laila dan kini Suzane dibenci ramai.

Kita baca laporan di bawah berkaitan lakonan penyampai radio sinar FM Kak Engku di bawah.(sumber)


Walaupun disahkan bercerai pada 28 September tahun lalu, penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, dan bekas suaminya Adzmin Osman, 37, masih lagi merahsiakan penceraian itu daripada pengetahuan anak-anak mereka.

Menurut Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, sehingga kini, dia dan Adzmin berlakon sebagai sepasang suami isteri yang normal di depan ketiga-tiga anak mereka iaitu Megat Muhammad Raziq, 9, Megat Luqman Hakim, 8 dan Puteri Mkia Maizurah, 5, kerana enggan melukai hati mereka.

"Saya tak mahu anak-anak tahu tentang perkara ini dan kerana kesilapan saya dan Adzmin, anak-anak pula yang jadi mangsa.

"Kami dah berjanji untuk berlakon di depan anak-anak seperti tidak ada apa yang berlaku. Malah kami memastikan untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu sekeluarga seperi biasa.

"Oleh itu saya akan memastikan tiada sebarang surat khabar yang ada di dalam rumah. Setakat ini anak-anak saya cuma tahu yang bapanya sibuk bekerja di Alor Setar, Kedah dan akan datang berkunjung ke rumah setiap hujung minggu.

"Bila Adzmin ada kelapangan, dia akan datang ke rumah saya dan tidurkan anak-anak seperti biasa," kata Raja Azura.

No comments:

Post a Comment