Wednesday, February 9, 2011

Musim keluar parti- dapat masuk TV

Media pro UMNO kini menjadikan berita keluar parti dan masuk UMNO atau masuk BN sebagai modal.


Bagi mereka yang tiada prinsip sahaja suka keluar parti kerana suka-suka.Jika bernasib baik boleh jadi Ibrahim Ali.Mereka keluar parti seperti ini tiada penghujung.Jika keluar parti jelas seperti benci dengan pemerintah menzalimi DS Anwar Ibrahim,jika parti mereka terlibat rasuah atau kerana Dr Mahathir kaki temberang dalam isu Ops Lalang ,kita pun sokong.Tetapi kerana masalah titik bengek ,kita pun meluat dengan mereka.


Kemudian keluar parti musim Prk dan PRU untung-untung dapat duit dan habuan.Semuanya tiada asas. Syok sendiri.Untung-untung masuk TV RTM dan TV3.


Berita 1

PASIR PUTEH: Seramai 30 anggota PAS termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat PAS Semerak, Noriah Salleh menyertai Umno, Rabu.


Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.


"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.


Selain itu, katanya pemimpin PAS sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota Umno seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.


Noriah, 30, pula berkata beliau memutuskan keluar dari parti itu disebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah yang boleh merosakkan akidah.


Zawawi pula berkata sejak Januari lepas sehingga sekarang lebih 500 anggota PAS terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, DUN Gaal dan DUN Semerak sudah menyertai Umno.


Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bekas ulama PAS yang menyertai Umno untuk membongkar salah-laku PAS sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan pada majlis yang akan diadakan di kawasan kubu kuat PAS. - BERNAMA


Berita 2

IPOH: Sebanyak 200 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat dan Tambun hari ini menyertai Gerakan.


Borang permohonan keahlian itu diserahkan bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam kepada Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn, pada satu majlis ringkas di Wisma Gerakan di sini.


Chang berkata kemasukan mereka ke dalam parti itu bukan atas inisiatif Gerakan atau mana-mana pemimpinnya sebaliknya dilakukan bekas ahli PKR itu dengan rela hati tanpa paksaan atau desakan.


Sehubungan itu beliau mengingatkan parti pembangkang itu jangan menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila ahlinya keluar parti dan menyokong BN sebaliknya mereka sendiri perlu mengkaji kelemahan sendiri kenapa semakin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.


Subramaniam yang menyertai PKR sejak 2005 dan menjadi Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat selama tiga tahun sebelum keluar parti pada Mac tahun lepas berkata, mereka membuat keputusan menyertai Gerakan kerana kecewa dengan PKR.


Mereka dakwa PKR gagal menjaga kebajikan ahli, menaburkan janji kosong, mengamalkan politik kronisme dan hanya berjuang untuk satu matlamat saja iaitu mahu memastikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri. Bernama

No comments:

Post a Comment