Thursday, February 10, 2011

Ringgit terus merosot ,susut berbanding dolar Singapura.

Zaman Najib kita kena banding dengan negara lain.Bukan kita saja yang teruk ,negara lain lagi teruk.Naik harga minyak,Singapura lagi mahal.Ringgit merosot ,duit Indonesia pun jatuh.Mungkinkah merosotnya duit ringgit kerana Isa Samad jadi Pengerusi Felda?

KUALA LUMPUR 10 Feb - Ringgit terus merosot berbanding dolar AS hari ini dengan para pelabur terus menjauhi pasaran sambil menantikan tindakan seterusnya oleh bank-bank pusat Asia dalam menangani tekanan inflasi yang kian meningkat, kata para peniaga.


Pada penutup, ringgit telah diniagakan pada 3.0415/0445 berbanding dolar AS semalam iaitu 3.0360/0390 selepas bergerak dalam jajaran kecil antara 3.0375 dan 3.0495.


Kemerosotan ringgit seiring dengan mata wang Asia yang lain, khususnya peso Filipina dan won Korea Selatan, terutama menjelang mesyuarat bank pusat masing-masing mengenai dasar monetari lewat hari ini dan esok.


Jumaat lepas, bank pusat Indonesia telah menaikkan tanda aras kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 6.75 peratus sementara bank pusat China menaikkan tanda aras deposit satu tahun dan kadar pinjaman, masing-masing 25 mata asas, berkuat kuasa hari ini.


Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.3806/3845 daripada penutup Jumaat 2.3795/3835 dan lega berbanding yen Jepun kepada 3.6760/6800 daripada 3.6755/6814 sebelumnya.


Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 4.8825/8876 daripada 4.8816/8867 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.1489/1536 daripada penutup Rabu 4.1393/1443.

- Bernama

No comments:

Post a Comment