Sunday, February 13, 2011

Kekalkan Kemenangan Bukit Gantang dapat sebanyak mungkin pengundi baru.

Kita kini kerap juga merasmikan mesyuarat agung PAS cawangan dalam parlimen Bukit Gantang.Selaku wakil kawasan kita mengingatkan ahli-ahli dan pimpinan cawangan supaya bersedia dengan jentera pilihanraya.

Kita menyampaikan perkara antara lain pilihanraya serentak Perak dengan Sarawak kerana ketakutan Najib kehilangan kedua-dua negeri tersebut.

Kita juga menguatkan hujah dengan menyatakan PJ Perak dan DS Nizar bercakap perkara sama ,Sarawak dan Perak pilihanraya serentak.

Justeru itu kita meminta Pas Cawangan supaya mendaftar pengundi baru disamping kerja kemasyarakatan.

Kita memberitahu jika berlaku kemerosotan sokongan masyarakat kepada PAS di Bukit Gantang ini merupakan satu indikator kemerosotan sokongan rakyat di Perak.Jadi kita meminta petugas parti supaya terus mendekati masyarakat khususnya anak muda.Kejayaan kita apabila berjaya mendaftar pengundi baru yang akan mengundi pada bulan Jun atau Julai pada tahun 2011.Seterusnya kita berjaya mengekalkan kemenangan di Parlimen Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment