Thursday, February 24, 2011

Tahniah SRJK (C) Semambu tolak Utusan Malaysia sebagai alat perpaduan.


utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Tahniah kepada Lembaga Pengelola SRJK(c) yang menolak akhbar Utusan Malaysia sebagai alat bantuan mengajar uktuk meningkat prestasi Bahasa Melayu di sekolah mereka.Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Syabas sekali lagi kepada ahli lembaga pengelola yang bermesyuarat untuk membuat keputusan menolak Utusan Malaysia sebagai alat P&P.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” kata Goh Kim Fah.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Tapi kalau sekolah yang berguru besar UMNO tetap menerima,,Hal ini kerana arahan orang atasan.Bantah nanti,takut jawatan guru besar hilang melayang.

1 comment:

  1. sebab Guru Besar/Pengetua dan guru2 sekolah tu ada otak yang cerdik dan waras... dan mereka tak guna kepala lutut untuk berfikir... tak macam kebanyakkan Pengetua/Guru Besar sekolah2 kera jaan... semua kaki bodek... tu yg jadi bangang

    ReplyDelete