Wednesday, February 2, 2011

Ustaz Idris Ahmad Balik Kampung Tetap Buat Kerja





Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Malaysia bersama Ketua Kaum Cina Kuala Sapetang Chuah Tiong San.

Ustaz Idris Ahmad bersama Pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang mengedar Kad Tahun Baru Cina dan buah limau kepada penduduk Tionghua Kuala Sapetang.


3 Feb,Taiping-Ustaz Idris Ahmad yang balik kampung di Bukit Gantang terus memenuhi jemputan penduduk Parlimen Bukit Gantang.

Bermula dengan program Liqa Alfikri Kawasan 1 Februari sehinggalah pagi ini 3 Februari ,Ustaz Idris memenuhi jemputan.Kini Ustaz Idris sedang menyampaikan tazkirah Subuh di Masjid Taman Mewah.

Sebelumnya 2 Februari Tazkirah Maghrib di Surau Kg Jelapang dan pada 10 malam berceramah di Kg Larut Tin.

Ustaz Idris,kalau balik kampung di Sungai Petai,pasti dipanggil penduduk untuk mendapat maklumat terus dari beliau.Beliau pula Ketua Penerangan Pas,Malaysia.

No comments:

Post a Comment