Wednesday, February 9, 2011

Pengetua kita cemerlang ada peluang kita dapat RM900.00

Pakatan Rakyat kena cepat bertindak.Bagi negeri yang diperintah segala kerja buat yang berkebajikan perlu diuar-uarkan.Jika tidak kita tidak boleh mengatasi kelebihan BN yang memerintah.


Kini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk memberi ganjaran kepada pengetua dan guru yang cemerlang, yang telah berjaya mengatasi sasaran Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA).


Dijangka sebanyak 924 pengetua sekolah telah disenaraipendekkan dan akan mendapat RM7,500 setiap seorang.


Menurut Muhyiddin Yassin lima peratus guru daripada sekolah dipimpin pengetua-pengetua terbabit, yang menunjukkan perkhidmatan yang baik akan menerima RM1,800 setiap seorang dan guru-guru lain akan menerima RM900 setiap seorang.


“Ganjaran kewangan berdasarkan prestasi adalah sesuatu yang baru, yang mana tidak pernah dilihat dalam sejarah perkhidmatan awam kita,” kata Muhyiddin Yassin.


InsyaAllah Tuan Pengetua kita baru menerima kenaikan pangkat .Mana tahu kalau ada rezki,kita dapat imbuhan RM900.00. Kita tetap sokong kerajaan,tetapi kita tetap lawan UMNO.

No comments:

Post a Comment