Saturday, March 5, 2011

Berbaloikah BN dengan 4 selebriti ,Ibrahim Ali,Ezam Nor ,Raja Gelek ,Ummi Hafilda Ratu Fitnah

BN memperguna 4 'selebriti' dalam bidang masing-masing, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau serta sang fitnah Ummi Hafilda.

Berbaloikah perjuangan BN ini,pengundi sahaja yang mampu menentukannya.?Seperti kita tau semasa PRU atau Prk Bukit Gantang ,Bob Lokman menjadi tukang kempen BN,tetapi kini Bob Lokman bersama PAS.

Seharusnya kita masih mengharap selebriti itu bertaubat.Ruang untuk mereka menyokong kita masih cerah. Dengan mereka mendengar dakwah PAS dan mendapati diri mereka dipergunakan Pak Din Yassin dan Pak Nan serta mendapat sedikit hidayah Allah s.w.t. ,selebriti itu nanti insyaAllah akan menjadi seperti Bob Lokman .

Tugas PAS dan parti lain sudah selesai untuk menerang dan menyampai mesej kepada rakyat.Mesej dakwah dan mesej politik Kerdau dan Merlimau sampai ke seluruh pelusok negara.

Pakatan Rakyat masih mempunyai harapan cerah pada PRU 13.

No comments:

Post a Comment