Monday, March 21, 2011

Fitnah Video Seks-Kita dengar apa kata Saifuddin Nasution malam nanti!

Satu lagi fItnah melanda. Satu lagi konspirasi. Menghairankan polis tidak menyerbu mereka yang menyimpan dan menayang filem lucah itu. Laporan polis tidak dibuat.

Polis tidak mengeluarkan kenyataan.Kita pun hairan buat pula di hotel mewah.Mereka yang tonton tidak diambil tindakan.Mahkamah pula tidak membuat keputusan siapa yang boleh menonton.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu dikatakan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Jadi malam ini kebetulan terdapat ceramah penerangan,kita dengar apa kata pimpinan PR. Dijadualkan YB Saifuddin Nasution,SU PKR akan hadir memberi penerangan.Ceramah bertempat di Pejabat PKR Cabang Bukit Gantang pada hari ini 21 Mac .Tak jauh dekat Taman Molek,Simpang Taiping.


Ceramah bermula 9.30 malam.Sebagai tanda sokongan kita kepada DS Anwar,kita hadir beramai-ramai.Jom malam ini jumpa YB Saifuddin Nasution.



1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Mereka suka memberi aib pada orang lain dan mengada-adakan perkara yang tiada ataupun menokok tambah sesuatu perkara bagi mengikut kesesuaian kehendak pemimpin mereka.

    Pemimpin yang sudah terang lagi bersuluh membuat skandal, siap ada video yang pemimpin itu sendiri mengakui kebenarannya, diangkat semula bagi mengurus sebuah parti komponen "persatuan" mereka. Asalkan orang lain semuanya buruk tapi keburukkan pemimpin mereka dikosmetikkan agar tak nampak di mata rakyat. Walaubagaimanapun akhirnya akan berbau juga kebusukkan itu....

    ReplyDelete