Tuesday, March 8, 2011

Umur Pegawai SPRM baru 27 tapi macam sudah nyanyuk!

Jika dulu kita dengar hakim bicara DS Anwar yang telah meninggal dunia pun ,menggunakan istilah Tidak Relevan. Sehingga budak sekolah tahu dan sering menggunakan istilah Tidak Relevan jika berhujah.

Kini istilah Tidak Ingat dikemukakan pula pegawai muda SPRM.Kita pun hairan Mohd Asfraf boleh menjawat jawatan itu.Orang seperti itulah yang menjejaskan imej SPRM.


Teguran dan nasihat Suruhanjaya Diraja ke atas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock kerana tidak memberi kerjasama yang baik ketika memberi keterangan dan mempunyai “ingatan terpilih”, perlu diberi perhatian pegawai atau saksi lain.


Laporan Malaysiakini memetik Penolong Penguasa SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus ditegur oleh anggota panel suruhanjaya, Datuk T Selventhiranathan kerana tindakannya yang lebih bersifat selektif kerana kebanyakan soalan yang dikemukakan berhubung perbualan antara seorang pegawai SPRM dan Teoh pada 15 Julai, 2009 kepadanya gagal dijawab.

"Saya lihat awak mengalami selektif memori... ini adalah kes penting. Mana mungkin seseorang yang terbabit dalam kes sebegini tidak ingat. Awak lebih banyak menyatakan tidak ingat. Saya harap saksi-saksi dapat membantu," katanya T.Selventhiran.


Ketika itu, Mohd Asraf membantu seorang lagi pegawai penguatkuasa, Arman Alies menyoal-siasat Teoh berhubung dakwaan salah guna dana oleh exco Selangor yang juga ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Hwa dua tahun lalu.


NONEMohd Ashraf, 27, iaitu saksi ke-20, yang tampil sebagai saksi hari ini gagal mengingat kembali jawapan Teoh berhubung soalan atau butiran mengenai apa yang ditanya oleh rakannya,Arman, hari di mana Teoh dikatakan jatuh dari tingkat 14, pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam.


Bagaimanapun, Mohd Ashraf tidak dapat mengingatinya dengan berkata: "Saya tak ingat, sebab suara Teoh perlahan tetapi apabila kami meminta alamat emel Teoh, dia menulis di atas kertas. "


"Saya tidak mengingat sebab banyak soalan diajukan oleh Arman," katanya lagi.


Teoh kemudiannya dijumpai mati pada tempat mendarat, tingkat lima bangunan berkenaan.


Seorang lagi ahli pesuruhjaya, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, juga melahirkan rasa kekecewaannya dengan jawapan Mohd Ashraf dan menganggap keterangannya sebagai 'anti-klimaks”.



NONE"Kenapa tak ingat... ini perkara penting kita tak mahu tunding jari kepada sesiapa. Kita hendak yang benar tapi kamu menjadikan perkara ini sebagai "anti-klimaks". Kalau benda yang penting kamu tidak ingat adakah kamu memerlukan 20 minit untuk mengingat kembali?" kata Abdul Kadir.

No comments:

Post a Comment