Tuesday, March 8, 2011

Team B belanja RM20 juta untuk lawan Mahathir tahun 1987.

Apa kata Ku Li ,apabila Mahathir mendakwa Team B mengeluar hampir 20 juta ringgit untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan 24 April 1987.


Zaman itu 20 juta ringit sangat banyak.Mahathir menuduh Ku Li yang mengeluarkan belanja kempen pemilihan tahun 1987.


Hebatnya Mahathir akhir hayat hidupnya dia masih ingin bermusuh dengan semua orang.Ku Li pun ingin dibelasahnya.


Mahathir kita diberitahu Teman Umno ,orang yang meminta mahkamah mengharamkan UMNO.


Setakat ini tiada Perdana Menteri UMNO yang mati dalam UMNO baru.Kita lihat apa Mahathir kata dengan Team B di dalamnya termasuk Rais Yatim dan juga Pak Lah.

“Kami juga mendengar yang Team B membelanjakan kira-kira RM20 juta ketika kempen mereka dengan kebanyakan wang disediakan oleh Tengku Razaleigh sendiri,” kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam laman portal.


“Pengundian dihentikan di tengah jalan untuk ahli-ahli menunaikan solat Jumaat, tetapi penyokong-penyokong Team B menggunakan waktu itu untuk berkempen.


“Malah mereka juga ikut perwakilan yang disasarkan ke hotel-hotel mereka, malah ke tandas, dan saya diberitahu bahawa banyak wang bertukar tangan,” kata Dr Mahathir dengan merujuk kepada pemilihan pada 24 April 1987.



No comments:

Post a Comment