Monday, March 28, 2011

Satu lagi tanda pilihanraya Perak -Kes Ketua Kampung PR saman kerajaan Zamry tangguh lagi.

Kes Ketua Kampung Pakatan Rakyat saman Kerajaan BN Perak belum sampai ke penghujung lagi.Sepatutnya kes yang dibawa badan bertindak Ketua Kampung melalui Sdr Ridhuan Asit ,Pengerusi Ketua Kampung PR di dengar Mahkamah Rayuan ,Putrajaya 9.00 pagi tadi.Tetapi peguam yang mewakili Kerajaan Zambry tidak hadir.

Menurut Zainuddin Hamzah ,AJK Bertindak yang juga Ketua Kampung kerajaan PR, Sg Bemban,Trong ,sudah dua kali Peguam Kerajaan Zambry tidak hadir.

Dengan itu terpaksa didengar sekali lagi rayuan pada 31 Mac ini ,pukul 3.00 petang.Justeru itu Ketua Kampung PR diharap dapat untuk bersama-sama untuk mendengar rayuan kes mereka pada 31 Mac ini, di Mahkamah Rayuan Putrajaya.Jika Peguam yang mewakili kerajaan Zambry tidak hadir,peluang untuk Ridhuan Asit ,menang kes amat cerah.

Melihat situasi ini kemungkinan Kerajaan Zambry tidak hadir kerana Pilihanraya Negeri Perak sudah menjelang tiba.Kebetulan pula kita melihat sidang Dun Perak juga ditangguh ke 12 April.

No comments:

Post a Comment