Monday, March 7, 2011

Sampai bila kita hendak kata BN menang kerana rasuah?


200211 bob lokman kerdauKita melihat sampai bila kita boleh menuduh UMNO guna duit atau rasuah untuk meraih undi.Kita memang tahu UMNO setakat ini memang gergasi.

Justeru itu kita kena fikir bagaimana menggunakan satu pendekatan terbaik untuk membunuh gergasi.Jikalau kita bunuh gergasi menurut cerita dulu-dulu,orang atau penduduk tidak akan terbunuh kerana ditimpa gergasi.

Lantas dalam kita melawan UMNO ,kita mesti memastikan rakyat berasa selamat dan yakin PAS tempat mereka berlindung.

Bob Lokman satu langkah mendekati
pengundi muda.Tetapi mereka ada
Anna Raffali
.

UMNO perlu dikalahkan dalam PRU 13 ini.Dalam pada itu kita perlu menyakinkan rakyat Pakatan Rakyat merupakan parti alternatif mereka.

Lubok mereka FELDA dan kita tidak perlu malu mengaku kelemahan kita menangani isu ini. Kita punya Bob Lokman untuk menarik sokongan pengundi baru pemuda tetapi mereka mempunyai Anna Raffali.

Sementara itu Pas Kawasan kena mencari ahli baru .Paling kurang setiap daerah mengundi mempunyai cawangan atau setiap lokaliti mempunyai cawangan.

Zaman kita menyalahkan UMNO yang seperti gergasi itu menyebabkan kita kalah tidak lagi boleh diterima.Watak UMNO yang banyak beri benda semasa PRK bukan alasan lagi bagi kita menutup kelemahan.

Namun kita tidak boleh berputus asa,langkah kita ke Putrajaya masih cerah.Pengalaman kita dalam PRK sudah cukup bagi kita menghadapi UMNO dalam PRU 13.

No comments:

Post a Comment