Thursday, March 3, 2011

Khairy Jamaluddin umpama ketua jaga paku!

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memaku lantai rumah penduduk Kampung Lipat Kajang, Shahrunniza Awang yang miskin ketika majlis menziarah penduduk kampung tersebut sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini, Khamis.- Foto BERNAMA


Khairy Jamaluddin ,patutlah tidak dilantik sebagai menteri.Kerja dia seperti kerja buat orang kampung.

Khairy gagal untuk membincangkan isu kemiskinan rakyat yang masih terdapat di Dun Kerdau.Shahruniza beruntung ,rumahnya mempunyai lantai.Lantai pula dipaku Khairy.Tapi Khairy gagal isu kemiskinan rakyat tidak berjaya dirungkaikan!

Dalam hati Khairy siapa tahu,tersenyum bangga kerana orang Kerdau mudah digula-gulakan. Khairy betul-betul bukan Ketua Pemuda seperti Syed Albar atau Sardon Jubir .Beliau juga bukan seperti Harun Idris yang berjuang untuk rakyat.

Khairy apabila marah merajuknya makan dua tiga bulan.Paling koman masuk tentera.Ambil sijil payung terjun atau tauliah askar wataniah.

Kairy Jamaluddin berasa masih beruntung kerana pernah menjadi menantu Perdana Menteri bernama Pak Lah.

No comments:

Post a Comment