Wednesday, March 9, 2011

Apa niat Bernama hendak burukkan YB Nasharuddin Mat Isa atas isu akta drakonian I.S.A.

Apa agenda Bernama memburukkan nama baik Timbalan Presiden Pas .Mungkin ada agenda lain untuk menjejaskan imej dan reputasi beliau.Maklumlah kini musim pemilihan pimpinan.


Pas tetap komited untuk meminta I.S.A dihapuskan .Akta zalim itu tidak sesuai untuk semua orang. Jika sesiapa didapat salah perlu didakwa.Biarkan mahkamah menjatuhkan hukuman.Akta drakonian itu perlu dimansuhkan.


Bernama bertindaklah secara profesional .Jangan jadi suratkhabar nyamuk atau media picisan.

Kita baca penafian berita yang disiar Bernama oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa di bawah.


KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.


Walau bagaimanapun, Bernama melaporkan sebaliknya dengan mendakwa beliau bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan dibawah Isa.


"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.


"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.


Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.


Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.


Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.

No comments:

Post a Comment