Sunday, March 6, 2011

Ummi Hafilda kini kebanggaan Najib Razak.

Ummi Hafilda kini boleh berbangga ,kerana dengan kempen dia BN berjaya menambah majoriti undi di Kerdau dan Merlimau.

Ummi Hafilda berjaya menafikan peranan Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan.UMNO tidak boleh mendabik dada dan riuh sekampung itu kejayaan mereka.Kini Najib boleh ucap selamat jalan kepada Muhyiddin,kerusi Timbalan Presiden kamu sudak tidak selamat.Peluang Hishamuddin Husein sepupu Najib jadi Timbalan Perdana Menteri agak bersinar.

Tanpa Ummi Hafilda UMNO tidak kemana.Rupanya peranan Shahrizat Jalil,Khairy Jamaludin dan Puteri UMNO ,Najib tidak harap sangat.

Kemungkinan selepas ini,Muhyiddin Yassin tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri.Kemenangan ini menyebabkan peluang Najib jadi Perdana Menteri berterusan untuk penggal berikutnya.

Ummi Hafilda kini amat berjasa kepada UMNO .Kehadiran Ummi amat dirasai pengundi.Dapat dengar suara,dapat tengok bentuk badan ,dapat cium bau badan sudah cukup buat mereka.Dengan Ummi datang ke tempat mereka ,sudah tentu banyak kotak ajaib(milo,gula,minyak,susu dan beras) sampai.

1 comment:

  1. hehehe..aku hanya mampu senyum n gelak.. see n wait PR13.. :-)

    ReplyDelete