Wednesday, March 16, 2011

Gempa bumi Jepun -Muhyiddin Yassin kena belajar.

Rakyat Jepun sudah dilatih untuk menghadapi musibah.Justeru itu kematian akibat kecuaian seperti dipijak,ditolak dan tidak memakai baju kalis api tidak berlaku.

Jelas kelihatan penduduk Jepun tidak berebut untuk menyelamatkan diri.Kita mendapat maklumat penduduk Jepun tetap berbaris untuk menaiki bas atau train walaupun mereka tahu berlaku gempa. Pelajar sekolah tidak berebut untuk menyelamatkan diri.Mereka telah dilatih menghadapi situasi cemas,kematian akibat kecuaian jarang kita temui.

Sehubungan dengan itu kita mengharapkan pihak Kementerian Pelajaran mewajibkan pihak sekolah mengadakan latihan keselamatan. Latihan kebakan seperti di sekolah sebelum ini sudah tidak kedengaran. Sekolah kita pun ,sudah tiga tahun tidak ada latihan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan atau kematian jika berlaku kebakaran.

Sekolah tempat anak kita belajar pun ,sudah lama tidak mengadakan latihan kebakaran.Kita tahu sebab kita tinggal tepi sekolah.

Muhyiddin Yassin perlu kejutkan Guru Besar atau Pengetua yang menganggap latihan kebakaran ini tidak penting.

Malang tidak berbau. Bertindaklah melalui pengalaman Jepun.Muhyiddin jangan hanya pandai menuding jari tentang kesalahan orang lain.Jelas sekali penyakit kemurungan melanda pelajar sekolah kerana kealpaan kita..Jadi buatlah sesuatu untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment