Monday, March 14, 2011

Rosmah Mansor dan sepupu Najib, Hishamuddin Husein pun tak boleh buat macam Lee Chong Wei.

Dulu kita sudah menulis Lin Dan sekuat itu dapat dikalahkan Lee Chong Wei ,kenapa Umno tidak dapat ditumbangkan.Kini kita siarkan tulisan daripada blog Orang Muo tentang watak terpuji Lee Chong Wei.Kita tidak dapat menonton siaran langsung tersebut kerana sedang berjalan-jalan di Kota Bharu,Kelantan.

Beikut tulisan tersebut.Mungkin Rosmah Mansor atau Hishamudin Husein atau Anak Mahathir pun tak boleh buat macam Lee Chong Wei ini. Lee Chong Wei mempunyai sikap terpuji rakyat Malaysia.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan. Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara.


Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek. Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama, tetapi terus menyerahkan semula botol arak tersebut kepada pihak pengelola hadiah.


Sikap terpuji Chong Wei ini menggambarkan bahawa walaupun beliau seorang bukan Islam tetapi Chong Wei amat memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, apatah lagi penyokong-penyokong Chong Wei pada malam itu adalah daripada semua kaum warga Malaysia.


Satu lagi sikap terpuji Chong Wei, setelah tamat perlawanan, beliau meraikan kemenangannya tidak seperti Lin Dan yang suka mendabik dada dan menunjuk-nunjuk kejaguhannya. Tahniah Datuk Lee...anda memang seorang juara dan seorang warganegara yang terpuji.sumber blog Orang Muo.+++ new iphone-

No comments:

Post a Comment