Monday, March 28, 2011

Volvo Sedan WQU 1925 tidak wujud- tapi untuk video seks kereta itu wujud!

Kereta misteri yang dinaiki Cikgu Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac itu ,mungkin menggunakan nombor palsu.


Satu keberanian di bawah perlindungan seseorang ,apabila kereta Volvo Sedan berwarna keemasan itu tidak wujud dalam rekod JPJ,boleh berada di jalanraya.


Selepas Cikgu Bard "berlakon" untuk pergi nonton video lucah.Cikgu Bard sempat mencatat nombor kereta yang membawa beliau ke Hotel Shangril-La . Cikgu Bard telah menyemak nombor pendaftaran kereta tersebut. Dalam semakan beliau menunjukkan kereta berkenaan tiada dalam pengkalan data JPJ. Beliau beranggapan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis”.


“Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ,” kata Cikgu Bard.


Cikgu Bard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat.


Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas.


Cikgu Bard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam.


Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil “Tengku.


Bagi mereka yang berada di Parlimen Bukit Gantang,Taiping,Kuala Kangsar,Padang Rengas dan Beruas boleh datang beramai-ramai ke Markaz PAS Changkat Ibol,Changkat Jering dalam DUN Kuala Sapetang untuk mendengar sendiri apa kata Cikgu Bard .


Program ceramah isu panas itu berlangsung esok 29 Mac ,pada pukul 9.30 malam.IKLAN EXORA

No comments:

Post a Comment