Monday, March 28, 2011

Pilihanraya Perak UMNO masih main teka-teki.

Tiba-tiba sidang Dun Perak ditangguhkan dari 5 April ke 12 April oleh Ganeshan.Apa motif ditangguhkan tidak dinyatakan oleh Ganeshan.

Jikalau kita meneliti ucapan Zambry Kadir pada Konvensyen BN Perak di Lumut baru-baru ini,seolah pilihanraya semakin hampir.

Menurut DS Nizar seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian telah bertemu beliau memberitahu piliharaya Perak sudah dekat.Timbalan Ketua Umno itu meminta PR bersiap sedia.

Dalam pada itu kita mendapat maklumat,para guru di sekolah dekat Perak diminta memberi tahu sekolah pusat mengundi dan nombor saluran pusat mengundi.Difahamkan JPN dan PPD telah meminta sekolah mengambil tindakan ke atas guru yang tidak mahu memberi maklumat.Jika betul perkara ini,amatlah malang politik kepartian UMNO mula meresap dalam pendidikan di sekolah.Seolah tiada sistem demokrasi lagi. UMNO mula menakutkan para guru .Jom ubah,UMNO bukan selera para cikgu. Kini Pakatan Rakyat pilihan para cikgu.

No comments:

Post a Comment