Tuesday, September 22, 2009

Pesan dari Bukit Gantang :Anggota tentera jangan dipatuk ular lagi.

Kasihan anggota tentera.Lihat peristiwa di bawah majoriti pesara tentera di bawah paras kemiskinan.Lantas banyak perkara ,dilakukan anggota tentera.

Bagan Pinang,bukti undi kita untuk Pakatan Rakyat.Jangan peduli dengan satu Malaysia,Najib.Anggota tentera masih tidak dibela.,Bagan Pinang kita ajar BN dan Zahid Hamidi.

1.Sungai Petani,22 September:Dua anggota tentera termasuk seorang yang sarat mengandung serta seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan menculik seorang pekerja lelaki warga Myanmar bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM24,000, awal bulan ini.

Tertuduh terdiri daripada Koperal Shanker Krishnan, 28, dan Koperal Lalitha Paramasivan, 28, yang bertugas di Kem Lapangan Terbang di sini, sementara tertuduh warga Myanmar itu ialah Soa Than Myint, 17.(utusan malaysia 22 september)

2.Anggota pasukan keselamatan negara antara golongan paling ramai menyertai skim pelaburan cepat kaya kerana mendakwa gaji yang diterima tidak mencukupi.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, menerusi laporan dan aduan diterima pihaknya, golongan tersebut cenderung melaburkan wang ke sebuah syarikat pelaburan kereta sewa di sini. (utusan malaysia 22 september)

3.Kebanyakan jaga sekolah kerajaan, bekas anggota tentera bergaji RM500- RM800.00."Pencen kami RM250.00," tak cukup."Tanah lot pun tak dapat"kata bekas tentera.

4 Bekas tentera,boleh meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat,jika berpendapatan RM 250.00 - RM 700.00 ,itupun dinyatakan Shahrizat Jalil ,baru-baru ini.

Nampar benar 52 tahun merdeka,BN /UMNO tidak peduli dengan tentera.Dahulu undi pos pun ,pegawai yang undi.SPR jangan menipu,kata undi pos telus.Bertepatan benar kita menyaman SPR jika undi pos,masih berkekalan.




Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Yusmadi Yusof berkata beliau akan membawa ke mahkamah sekiranya pengundi pos, khususnya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang tidak diberi pilihan untuk mengundi secara biasa atau secara pos.

Katanya, ini memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan,” katanya.

Menurut rekod pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pemilih, termasuk 4,925 orang melalui pos - yang sering dicurigai oleh pembangkang akan memenangkan calon BN.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, semua warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Hanya Perlembagaan sahaja yang akan membenarkan keadaan-keadaan tertentu di mana sesuatu tanggungjawab perundangan boleh disempurnakan di dalam keadaan yang berbeza daripada tanggungan warganegara yang lain.

“Sejarah perundangan menunjukkan undi pos hanya dibenarkan dalam beberapa keadaan tertentu yang tidak memungkin warga tersebut boleh mengundi seperti warga yang lain.

“Seperti tanggungjawab parajurit yang terlibat di medan perang seperti yang dilakukan pada tahun 1918 di England melalui Representation of the People Act 1918 yang berlatar belakangkan keadaan perang semata-mata di atas alasan “by reason of the nature of their occupation ... from voting at a poll,” katanya.

Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan pula, tambahnya, dengan jelas menetapkan bahawa kesaksamaan semua di bawah undang-undang.

“Dengan mengenakan undi pos kepada warga dan kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah di bawah perlembagaan, akan terjumlah kepada diskriminasi terhadap warga dan kelompok tersebut.

“Di dalam hal ini saya yakin ramai di kalangan warga dan kelompok tersebut seperti tentera dan polis yang tahu akan hak mereka, mahu menunaikan tanggungjawab mengundi seperti mana warga yang lain tanpa sebarang diskriminasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apatah lagi sekiranya ianya dibuat secara paksa dan bukanlah melalui pilihan warga tersebut.

“Bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi tersebut, saya mencadangkan agar warga dan kelompok yang sebelum ini terpaksa mengundi secara pos, dibenarkan untuk mengundi secara biasa ataupun diberi pilihan samada mahu mengundi secara biasa atau pun secara pos memandangkan keadaan semasa membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti warganegara yang lain tanpa sebarang diskriminasi.

“Di dalam hal ini saya berpendapat bahawa keadaan-keadaan yang membenarkan undi pos digunakan di Bagan Pinang tidak wujud untuk memberi alasan yang munasabah agar undi pos boleh digunakan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke Mahkamah sekirangan SPR tidak mengambil tindakkan segera seperti yang dicadangkan iaitu memberi pilihan kepada warga dan kelompok yang didiskriminasi secara paksa untuk mengundi secara pos dan bukan dengan kaedah undi secara biasa,” tegas Yusmadi lagi.-malaysiakini.


No comments:

Post a Comment