Monday, September 14, 2009

Bila cuti raya berganti,bukannya belajar pun.Biarkan terus cuti,semua orang suka.!

Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah-sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad atau Isnin ini berikutan permohonan daripada pihak sekolah dan kalangan ibu bapa.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

"Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk mengambil cuti peristiwa iaitu bagi sekolah yang masih mempunyai baki cuti peristiwa, atau cuti berganti bagi sekolah-sekolah yang telah habis cuti peristiwanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Menurutnya sekolah-sekolah di negeri yang hari hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu boleh bercuti pada Khamis 17 Sept manakala sekolah-sekolah di negeri yang hari hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad dibenarkan bercuti pada Jumaat 18 Sept.

"Sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan itu pada Sabtu, 31 Okt," katanya.

No comments:

Post a Comment