Sunday, September 13, 2009

Pasukan DS Nizar bersama Pas Kawasan Bukit Gantang membantu rakyat.

DALAM KESIBUKAN UMAT ISLAM................

Dalam kesibukan umat Islam yang berkemampuan menyediakan keperluan menyambut 1 Syahwal,Pusat Khidmat bersama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bukit gantang tidak lupa kepada keluarga mangsa kebakaran,sila lihat disini .

Sumbangan masyarakat prihatian dan Pas Kawasan Bukit Gantang,Pusat khidmat Ahli Parlimen telah membawa keluarga Roslan untuk membeli barang keperluan sempena 1 Syawal.Kelmarin keluarga Rosli telah dibawa ke sebuah pasaraya di Kamunting.

Pakaian untuk anak-anak dan ahli keluarga ,barangan keperluan lain turut dibeli .Pegawai Khas Basher Ahmad yang juga AJK Pas Kawasan dengan dibantu Dewan Muslimat PAS kawasan telah meluangkan masa lebih 2 jam untuk memilih barang-barang keperluan bersama keluarga Roslan di PasarRaya Kamunting.

Basheer,Shimah,Kak Nah dan Ketua Kampung Rahmat sedang membantu memilih pakaian.

No comments:

Post a Comment