Tuesday, September 22, 2009

Ambil peluang ziarah Hari Raya untuk 'kempen' "Nyatakan Harapan Baru DS Nizar!

Jemputan ke rumah terbuka Eidulfitri semakin banyak diterima,namun begitu penulis masih di kampung.Jemputan ke rumah terbuka tidak dapat ditunaikan,diharap sahabat-sahabat di Bukit Gantang boleh memenuhi ruang ke rumah terbuka PAS Cawangan atau ahli-ahli.

Di samping itu kita memerlukan dana pilihanraya,inilah masanya kita juga meletakkan tabung pilihanraya unit peti undi kita.

Aturcara program kita juga boleh diisikan dengan ucapan,samada ucapan YDP Pas,atau wakil Pas Kawasan Bukit Gantang.

Risalah-risalah tentang kebaikan pemerintahan DS Nizar selama 10 bulan boleh dijelaskan.Biar rakyat tahu MB Haram Zamri hanya tahu buat report polis apabila banner diconteng.Apabila rasuah di depan mata,mereka hanya senyap.Biar rakyat tahu 52 tahun UMNO memerintah ,Perak semakin ketinggalan.

Ziarah Eidulfitri kali ini digunakan sebaiknya untuk 'berkempen' secara tidak langsung sekaligus memperkenalkan perjuangan Pakatan Rakyat kepada para pengundi yang akan melaksanakan tanggungajawab dan hak mereka pada Pilihan Raya Negeri Perak yang dijangka bulan November ini.Rumah terbuka PAS dan ahli-ahli, kita gunakan platform itu untuk memperkenalkan PAS dan Pakatan Rakyat kepada umum tentang perjuangan menuntut keadilan dan membela nasib rakyat,

"Ini Anugerah Allah beri kepada kita untuk membuat perubahan, oleh itu janganlah kita sia-siakan"

Sambil mengucapkan Salam Adifitri dan memohon maaf zahir batin Ustaz Nordin Jaafar mahu rakyat membuat pilihan yang tepat dan memilih keadilan Islam sebagai satu dasar perjuangan jelas.

"Diharapkan kemenangan Syawal akan turut dipanjangkan kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Perak kelak," tegas Ustaz Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang.


No comments:

Post a Comment