Tuesday, September 15, 2009

Bagan Pinang hormati hak anggota keselamatan untuk mengundi



KUALA LUMPUR, 15 Sept - PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata demikian dalam menekankan kerahsian undi pos yang dikatakan terancam akibat beberapa prosidur mengundi yang ditetapkan SPR."Anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam," tegasnya.
Katanya, sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali."Semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah wujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan," katanya.
Menurut Salahudin, desakan tersebut bukan sahaja datang dari parti-parti politik pembangkang, malah badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.
"Saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosidur undi pos ini," tambahnya lagi. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 11 Oktober sebagai tarikh pembuangan undi.

No comments:

Post a Comment