Sunday, September 20, 2009

Pandang Sisi Bukit Gantang:Nizar satu nama yang digeruni UMNO/BN

Pada 1 Syawal ,penulis bersama Fadhil Idris beraya di Dun Trong.Kami menaiki Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Sambutan rakyat dan anak rantau amat menarik.Kebanyakannya akan membunyikan 'hon' tanda sokongan kepada DS Nizar.Lebih menarik mereka menunjukkan isyarat 'bagus',mereka orang muda dan bakal pengundi pRU 13.

PRU 13,Trong insyaAllah milik Pakatan Rakyat.Tetapi kita juga kena mengambil kira calon yang diletakkan di Trong,calon itu mesti lebih baik daripada Cikgu Rosli Husein ADUN BN yang sudah kaya raya sedangkan rakyat masih miskin.

Nizar satu watak yang digeruni lawan khususnya UMNO.Bagi para blogger menggunakan nama Nizar dan Bukit Gantang mampu untuk menaikkan jumlah pelayar di blog masing-masing.Penulis melihat dan sering membuka 'Malaysiakini' nama Nizar satu aset untuk penulis blog.

Bagi yang anti DS Nizar,bahasa mereka agak kesat lagi kasar.Mereka yang pro- Nizar,DS Nizar sumber inspirasi untuk membangkitkan daya juang rakyat untuk terus berjuang membela keadilan dan menolak kebatilan.

Kini penulis berada di kampung,begitu juga YDP,Ustaz Nordin beraya di Terengganu,Fadhil Idris,Setiausaha Kawasan Fadhil Idris beraya di Pendang,Kedah dan Cikgu Khairul Ismail beraya di kampung isteri,Pahang. Untuk urusan masyarakat kita mempunyai pasukan dalam Parlimen Bukit Gantang.

Pegawai Khas kita seperti Basher Ahmad dan Zainudin Hamzah masih berada di DUN masing-masing.

Maaf kami balik kampung untuk menceritakan hal sebenar Perak kepada rakyat di kampung- masing-masing.InsyaAllah PRU 13 ,Malaysia ditadbir-urus Pakatan Rakyat.Salah seorang pimpinan negara pada masa itu ,Dato'Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

DS Nizar juga masih disanjung rakyat,hanya UMNO totok sahaja yang menolak DS Nizar,mereka ini ,berkepentingan dan bukan golongan rakyat marhaen.

Kita yakin apabila UMNO membenci Nizar,itu menandakan sokongan rakyat ke atas Pakatan Rakyat semakin tinggi.Semakin benci,rakyat semakin sayang dengan DS Nizar.


No comments:

Post a Comment