Thursday, September 17, 2009

Selsema Babi Untuk Jin -H1N1 adalah jin.

Santai Bulan Ramadhan:

Sepanjang Ramadhan saya seboleh mungkin mengelakan rawatan yang melibatkan kerasukan mengambilkira bahawa sekiranya pesakit yang kerasukan itu tidak sedar apa yang berlaku maka batallah puasanya. Sedangkan puasa di bulan Ramadhan adalah lebih baik dari berbuka dalam kes-kes rawatan.

Seorang pesakit yang saya rawat sebelum Ramadhan datang untuk rawatan seterusnya. Pada rawatan di luar Ramadhan terdahulu dia kerasukan total. Di sinilah saya ambil kesempatan bertanyakan tentang H1N1 adakah ia angkara rakan sejenisnya, jawapannya adalah YA! Maka hampir pastilah bahawa virus H1N1 ini adalah jin.

Dalam banyak2 jin yang saya dakwah ada yang degil, akhir2 ini saya amat jarang sembelih jin tetapi banyak menggunakan teknik tidur. Tetapi untuk kes jin pesakit ini saya beri amaran untuk mengenakannya dengan selsema babi!

Setelah membaca beberapa ayat2 rukyah dan mendoakan agar ALLAH mengenakan jin berkenaan peringatan dengan serangan selsema babi lantas saya tiup ubun-ubun pesakit. Pesakit batuk2 diikuti dengan selsema dan akhirnya tumbang sebagai petanda jin yang degil berkenaan telah mati.

Rupanya jin juga boleh kena selsema babi (JinMan tentu seronok mengulas cerita saya ini)!


dari blog akademik rawatan islam nur ehsan(akrine)

No comments:

Post a Comment