Thursday, September 17, 2009

Kira-Kira 100,000 Kanak Yang Perlu Bersekolah 2010 Belum Didaftarkan:Bukit Gantang perlu ambil berat.

IPOH, 17 Sept -- Kira-kira 100,000 kanak-kanak yang sepatutnya memulakan persekolahan pada 2010 dipercayai masih belum didaftarkan di mana-mana sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Satu lagi kegagalan UMNO/BN,sebagai pengkhianat bangsa.Mungkinkah isu PPSMI menganggu mereka?

Beliau ,Wee Ka Siong berkata kebanyakan mereka tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman.

"Pihak kementerian peka dengan masalah ini dan akan memastikan hasrat kerajaan menjadikan keciciran sifar akan terlaksana dengan membekalkan kemudahan pendidikan yang berkualiti.


Dr Wee berkata alasan kemiskinan dan tempat tinggal jauh di pedalaman sepatutnya tidak timbul sekarang kerana pelbagai kemudahan dan bantuan telah disediakan.

Beliau berkata semua Pejabat Pendidikan Daerah telah diminta mengesan kanak-kanak yang masih belum bersekolah di setiap daerah supaya mereka dapat bersekolah.

Mengulas isu ini, YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar dan Ahli Parlimen Bukit Gantang akan memastikan semua pelajar yang sepatutnya bersekolah pada tahun 2010 ,akan bersekolah.

"Kita tidak mahu rakyat Bukit Gantang tercicir dalam pelajaran"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

No comments:

Post a Comment