Tuesday, September 15, 2009

Tazkirah Ramadhan DS Nizar memberi sentuhan-tinggalkan UMNO

Ds Nizar tokoh rakyat dan ikon masyarakat Bukit Gantang ,namun DS bukan milik Bukit Gantang tetapi milik rakyat Malaysia.

Apabila DS Nizar memberi tazkirah ,beliau menyuruh kita berubah.Beliau berharap rakyat Bukit Gantang mesti berubah sesuai dengan jumlah puasa yang telah kita lakukan.

Antara intipati tazkirah,beliau menerangkan keperluan menutup aurat.Beliau meminta melihat pimpinan No 1 Malaysia,isteri beliau tidak menutup aurat di hadapan khalayak ramai.Alangkah dayusnya kita jikalau kita membiarkan isteri dan anak-anak perempuan kita mendedahkan aurat.

DS Nizar juga meminta kita meninggalkan UMNO,yang banyak mengkhianati bangsa Melayu.Pengkhianatan itu termasuklah PPSMI,penghapusan tulisan jawi,sehingga Utusan Melayu pun mati.Termasuk dalam pengkhianatan UMNO menjual tanah rezab Melayu kepada syarikat besar bukan Melayu,seperti kilang simen Perak Hanjong yang tanah asalnya tanah rezab Melayu.

Beliau juga menerangkan Bukit Gantang satu tempat yang paling ramai orang miskin.Jikalau India,di Simpang Halt,orang Cina di Kuala Sanggar dan Pulau Pasir Hitam.Sementara itu orang Melayu boleh ditemui sekitar Batu Hampar.

Tazkirah beliau pasti diraikan rakyat.Dari Tamah Mewah,Jelapang,Jebong,Simpang Bakti, Bt 6 Changkat Jering,Pekan Bukit Gantang,Larut Tin,Temerlok,Pekan Trong dan Batu Hampar.

Purata yang mendengar tazkirah Ramadhan beliau 200 orang,yang bukan semuanya Ahli Pas atau PKR,sudah tentu terdapat mereka yang tidak senang dengan kehadiran DS Nizar.

Penulis menerima sepucuk surat yang mengkritik DS Nizar tidak membantu rakyat.Sedangkan DS Nizar mempunyai seorang pegawai khas untuk setiap DUN dan seorang ketua pegawai khas.InsyaALLAH kritik membina kita akan ambil perhatian.

Namun sehingga ada yang menulis DS Nizar telah murtad,satu penghinaan kepada Islam itu sendiri.Tidak ada tazkirah DS Nizar yang menghina Islam.DS Nizar pembela rakyat,tidak ada satu tazkirah beliau mengajak rakyat untuk memberontak.Cuma mengajak rakyat tinggalkan UMNO sahaja.Lain-lain ,DS Nizar meminta kita supaya moga-moga bertakwa.

Di sinilah kita berasa tazkirah DS Nizar memberi bekas,memberi kesan dan berjaya mengubah minda orang Melayu supaya berubah menjadi orang Islam yang beriman.

Kini pengkhianat Melayu-UMNO sudah mula seperti cacing kepanasan.Kini mereka yang mendengar tazkirah DS Nizar sudah mula menjauhkan diri daripada UMNO.

Itulah yang ditakuti UMNO apabila rakyat sudah mula rapat dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment