Friday, September 18, 2009

DS Nizar milik rakyat:Bersabarlah jikalau hendak jumpa DS Nizar.

Ramadhan 1430 Hijriah semakin pergi.Dalam kesempatan ini DS Nizar datang melihat rakyat dan mengagihkan tiga ekor lembu untuk masyarakat tempatan Bukit Gantang.
Pagi tadi DS Nizar menyampaikan kuliah subuh, di Kg Karai,Sungai Siput.Jalan agak sesak dari Sungai Siput ke Kuala Kangar.Perjalanan yang agak lewat menyebabkan program DS agak perlahan pergerakannya.
Pukul 9 pagi ,baru sampai ke Bt Hampar,DS Nizar menyembelih dua ekor lembu.DS Nizar bergerak Bt 6,Changkat Jering untuk bertemu rakyat yang perlu dibantu.DS Nizar bersama Ustaz Idris Hj Ahmad mengagihkan sumbangan PAS Kawasan dan Ahli Parlimen.
Sekali lagi dalam ucapan DS Nizar meminta kita berubah pada bulan Ramadhan ini,tinggalkan UMNO yang zalim .
DS Nizar sampai di Surau An-najah ,Jebong pukul 10.35 pagi,dan beliau menyembelih seekor lembu.DS Nizar meminta disampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Kelewatan DS Nizar sampai ke satu-satu tempat menyebabkan penulis menjadi mangsa rungutan teman-teman."Bersabarlah DS Nizar bukan milik kita sahaja"kata penulis.
DS Nizar jikalau sampai di satu-satu tempat ,rakyat akan bersalaman dengan beliau,malah mereka ingin bergambar.DS Nizar akan mendengar masalah rakyat sebelum bergerak ke tempat lain.Jadi bersabarlah jika DS Nizar lewat sampai,28 hari berpuasa boleh bersabar,inikan pula hanya beberapa jam!
Penulis sering ditegur supaya mengurus pergerakan DS Nizar dengan tepat,namun apakan daya DS Nizar ikon dan idola masyarakat Malaysia.Rakyat Malaysia ,tidak kira Melayu,Cina ,India,Iban dan Kadazan amat gembira bertemu DS Nizar.
"Bersabarlah DS Nizar ,bukan milik kita sahaja" Hidup rakyat!

No comments:

Post a Comment