Wednesday, September 16, 2009

Satu lagi janji PRK Bagan Pinang- Hari Jumaat ini cuti sekolah

PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama

Dalam pada itu pengundi Bagan Pinang,Teluk Kemang khususnya warga pendidik,apabila mengundi,undilah calon Pakatan Rakyat.

Apabila cuti pun dibincang Kabinet ,menunjukkan pegawai Kementerian Pelajaran bukan bijak sangat.KPI pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dibawah 40 markah.

Untuk masa akan datang,sudah mempunyai perancangan cuti perayaan dan penggal.Bukannya dijadikan Sabtu hari ganti sekolah,akhirnya para cikgu terpaksa hadir ke sekolah setiap minggu.

Sekolah ganti hari Sabtu,kebanyakan sekolah balik awal dan tidak melaksanakan P & P,sekadar buat syarat sahaja.

Tetapi janji PRK Bagan Pinang semakin menarik,apa yang penting kita terima,apabila undi pangkah Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment