Saturday, September 12, 2009

DS Nizar terdapat segelintir kakitangan di SUK yang fitnah ."dia yang sabotaj saya"

Terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononnya dari kepunyaan DS diatas nama (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan DS dan DS Nizar tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi DS Nizar serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu.

Lalu apabila DS Nizar balik ke Parlimen Bukit Gantang ,penulis bertanya sendiri masalah kes penyamaran Facebook itu."Itu kerja orang dalam,terdapat beberapa orang yang mempunyai akses laman web kerajaan negeri Perak"kata DS Nizar.

"Alamat email itu telah ditukar passwordnya,sebab itu apabila hendak 'delete" tidak boleh"kata DS Nizar.

"Hanya beberapa orang yang tahu maklumat saya"tambah DS Nizar lagi.Namun begitu beliau berharap mereka itu insaf dan tidak lagi cuba memburukkan beliau.

Begitu liciknya UMNO BN menggunakan SUK hingga ke pegawai sokongan untuk cuba mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Penulis menceritakan pengalaman sewaktu membantu Sekretariat Parlimen Ahli Parlimen,semasa Allahyarham Hj Roslan Shaharum mengurus lawatan Menteri Besar YAB DS Nizar ke Parlimen Bukit Gantang.Satu program rasmi di Masjid Simpang sehingga saat akhir,pihak Pejabat Agama Daerah dan Pengerusi Masjid masih tidak tahu lawatan DS Nizar bertemu rakyat di Masjid Simpang.

Akhirnya kami terpaksa berurusan sendiri,dan insyaAllah program berjalan lancar.Penulis menyatakan terdapat pegawai di Pejabat MB ,yang sememangnya tidak membantu melicinkan pentadbiran kerajaan rakyat.

"Kita cuba menukarkan mereka ke unit lain,agar dapat kebaikan,tetapi mereka sendiri mengaku kita ahli PAS"kata DS Nizar lagi.

"Akhirnya Ustaz Misbah pun percaya,dan kita percaya dengan mereka"tambah DS Nizar.Penulis tahu siapa yang bermasalah di pejabat SUK."........,dia yang sabotaj saya" tegas DS Nizar

No comments:

Post a Comment