Thursday, September 17, 2009

Berita Ringkas:19 September ,DS Nizar jumpa rakyat Bukit Gantang,sampai daging untuk fakir-miskin.

Berita dari Sekretariat Parlimen Bukit Gantang DS Nizar akan bertemu rakyat di tiga tempat dalam DUN berlainan Parlimen Bukit Gantang.

DS Nizar dijangka sampai di Batu Hampar pada pukul 8.00 pagi ,melakukan penyembelihan seekor lembu ,untuk pemberian daging kepada fakir-miskin DUN Trong.

Sementara itu pada pukul 8.30 pagi ,beliau dijangka melakukan penyembelihan seekor lembu di Surau An Najah,Jebong,Matang dan menyerahkan daging kepada fakir-miskin DUN Kuala Sapetang.

Untuk DUN Changkat Jering ,DS Nizar akan pergi ke Markaz Pas Jelapang,Simpang untuk melaksanakan penyembelihan seekor lembu pada pukul 8.45 pagi. Seterusnya mengagihkan daging untuk fakir-miskin DUN Changkat Jering.

DS Nizar ,menyumbangkan tiga ekor lembu bagi kegunaan fakir miskin ,parlimen Bukit Gantang . Tradisi pemberian daging lembu ini telah dimulakan Allahyarham Hj Roslan Shaharum,tetapi semasa itu hanya seekor lembu sahaja.

Dijangka tepat pukul 9 pagi DS Nizar akan ke Program Sumbangan Untuk Fakir Miskin ,DUN Changkat Jering dan Kuala Sapetang di Markaz Pas Bt 6.Program anjuran Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bukit Gantang.


No comments:

Post a Comment