Friday, September 18, 2009

Yang saya tahu:DS Nizar dulu bantu pelajar masuk IPTA kini bagi duit raya dekat Guru Pasti.

DS Nizar meneruskan tradisi memberi duit raya kepada Guru PASTI dalam Parlimen Bukit Gantang.Tradisi ini dimulakan oleh Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

Tradisi ini menghargai kegigihan dan daya juang para guru PASTI yang hanya mendapat saguhati antara 200 ringgit hingga 350 ringgit.

"InsyaAllah, penat-lelah mereka diterima sebagai amal soleh"kata Fadhil Idris ,Setiausaha Kawasan.

Pasti Bukit Gantang kini telah menyambut ulangtahun ke 25 tahun pebubuhannya.Pengarah PASTI ,Sdr Hassan Halim ,Ketua Dewan Pemuda Kawasan Bukit Gantang.

35 orang guru PASTI Kawasan Bukit Gantang menerima duit raya daripada DS Nizar. Setiap orang guru Pasti menerima RM100.00.Kawasan Bukit Gantang mempunyai 17 unit PASTI,di bawah seliaan Dewan Pemuda Kawasan.

Sumbangan disalur melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Sdr Fadhil Idris kepada Sdr Hassan Halim,baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan yang disumbangkan oleh DS Nizar RM3500.00."Duit raya ini tidak cukup untuk menghargai pengorbanan guru PASTI dalam mendidik anak bangsa"kata Fadhil Idris,Ketua Pegawai khas DS Nizar.

Sementara itu Sdr Fadhil Idris juga memberitahu DS Nizar telah memperuntukkan sebanyak RM 7000.00 untuk kemasukan pelajar ke IPTA dan IPTS bagi sesi pengambilan bulan Jun baru-baru ini.

Penulis difahamkan DS Nizar menggembalikan semua elaun wakil rakyat beliau kepada Pas Pusat,Pas Perak dan Pas Kawasan serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen.DS Nizar langsung tidak mengambil satu sen pun elaun wakil rakyat Kawasan Bukit Gantang,bagi beliau kebajikan rakyat diutamakan.

"Bagi saya PAS dan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat,"kata DS Nizar."Kita kena buat kerja,berterusan ,biarlah Allah s.w.t yang menentukan sebagai amal soleh kita"ujar DS Nizar .

Kelmarin ,apabila banjir di Matang ,beliau meminta kami bertindak cepat,JPS,Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan membantu kita meringankan masalah rakyat.DS Nizar begitu sensitif,lambat bertindak membantu rakyat,kami akan diberi ingatan.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

    p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com

    ReplyDelete