Wednesday, September 16, 2009

Berita baik untuk pekebun durian "durian bukit gantang" boleh dijual dekat negara India

Go to fullsize imageDi India terutamanya d negeri Tamil Nadu, buah durian dianggap boleh meningkatkan tahap kesuburan seseorang wanita.

Sehubungan itu, pemilik ladang durian kini sibuk mengambil tempahan buah, penjual-penjual pula meletakkan poster tentang potensi buah ini sementara pihak media melaporkan bahawa kegilaan baru telah melanda Tamil Nadu.

Wanita-wanita mandul berbaris-baris untuk merasai buah yang jarang-jarang dilihat di negeri ini, dengan harapan selepas memakannya mereka boleh mendapat anak.

"Ia semakin menjadi terkenal di kalangan pasangan yang tidak mempunyai anak. Walaupun belum terbukti dari segi saintifik buah ini mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan.

"Permintaan terhadap durian adalah tinggi dan ramai yang membuat tempahan lebih awal dari ladang-ladang," kata pembantu pengarah Jabatan Hortikultur Negeri Tamil Nadu, B. Ramakrishnan kepada Bernama.

Dua ladang milik kerajaan negeri di Kallar dan Barliyar di daerah Nilgiris, Tamil Nadu mampu mengeluarkan kira-kira 4,000 buah durian setiap musim.

Harga durian meningkat dalam beberapa bulan sehingga mencecah antara Rs300 (RM22) sekilo hingga Rs1,000 (RM74) sekilo, tetapi ia tetap mendapat permintaan tinggi, kata Ramakrishnan.

"Sejak 22 tahun lalu saya menjual durian, lebih ramai pasangan yang tidak mempunyai anak membelinya. Saya menjual kira-kira 100 biji seminggu. Harganya semakin naik kerana berlaku kekurangan penawaran.

"Wanita di sini percaya durian memiliki ramuan perubatan yang boleh menyembuh ketidaksuburan mereka," kata seorang penjual David Amalraj, 54, dari Ooty.

Namun doktor-doktor menolak dakwaan tersebut dengan berkata durian tidak mempunyai sebarang kaitan dalam meningkatkan hormon kesuburan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment