Friday, August 13, 2010

Bulan Kemerdekaan:Kena Paksa Jalur Gemilang Pun Berkibar

Bulan ini bulan kemerdekaan.Kita rasa tahun ini tahun kedua majoriti rakyat Perak tidak memberi sambutan.Kita tidak melihat kereta yang mengibarkan bendera kecil jalur gemilang.

Jika kita perhatikan bangunan kedai pun tidak berminat .Tiga tahun lalu bandar Taiping meriah dengan kibaran bendera jalur gemilang.Kini yang mengibarkan Jalur Gemilang hanya penyokong tegar UMNO atau BN.

Pada sesetengah kereta ,berbangga dengan slogan dulu,kini dan selamanya bersama bendera Malaysia.Tetapi kini mereka lesu selesunya.

Bagi pihak Jabatan Kerajaan mereka terpaksa untuk menceriakan kawasan pejabat mereka.Begitu juga Pihak Guru Besar dan Pengetua mengerah pekerja untuk memasang jalur gemilang,kononnya sekolah mereka paling patriotik. Meskipun sekolah kelihatan ceria berkibarnya bendera Jalur Gemilang,perkarangan rumah dan kereta mereka pun langsung tidak mempunyai bendera Malaysia.

Apa yang jelas penduduk mempunyai semangat patriotik tetapi pemerintahan yang ada menghalang kita untuk memberi sokongan menjayakan bulan kemerdekaan.

Memberi sokongan seolah kita membenarkan kerajaan BN menaikan harga barang.

1 comment:

  1. apa kena mengena kibar jalur gemilang dgn BN - UMNO? Ni la orang kata, politik tak kena gaya. apa cerita?

    negara ni negara kita. kalau cikgu din takmau nak hargai kemerdekaan ditanah kita sendiri cikgu boleh keluar dari duduk dalam malaysia

    cerita pasal kemerdekaan pun nak dipolitikkan.

    ReplyDelete