Tuesday, August 17, 2010

Apabila Pengetua UMNO berpolitik mereka akan benci semua kaum?

Laman portal malaysiakini melaporkan Lim Kit Siang telah mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Menurut laman portal itu Penasihat DAP Lim Kit Siang mengharapkan tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

YB Lim Kit Siang menegaskan tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

" Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut."kata Lim Kit Siang lagi seperti yang dilaporkan.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Siti Inshah didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Laman malaysiakini dalam beritanya menyatakan Siti Inshah mengeluarkan ucapan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

No comments:

Post a Comment