Sunday, August 29, 2010

Zakaria,Teo Nie Ching dan Siti Inshah satu polemik dinamik.

Zakaria ,Teo Nie Ching dan Siti Inshah menimbulkan satu polemik baru .Semuanya memberi kita lebih kenal fekah politik.

Watak-watak itu semuanya orang politik.Siti Inshah bernasib baik kerana darahnya berdarah daging UMNO,jikalau tidak sudah tentu ke hutan banat beliau di hantar untuk bertugas.

Zakaria Ahmad orang yang berilmu dalam agama,namun fekah politik beliau mungkin sedikit ketinggalan. Begitu juga Pengerusi Surau Kajang Sentral bersikap terbuka dan mengetahui sunnah nabi,tetapi mungkin beliau juga kurang arif fekah politik.

Letihnya kita,pimpinan terpaksa menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh mereka.Walhal masa itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Tindakan mereka betul daripada segi ilmu dan akademik,tetapi dengan BN sudah mengurus rakyat selama 53 tahun,rakyat sudah dikelirukan.

Buat masa ini kita memberi rakyat ilmu dan maklumat ,barulah kita memikir langkah seterusnya.Tindakan gopoh merugikan kita yang semakin hampir untuk ke Putrajaya.

UMNO musuh politik kita sememangnnya menunggu masa untuk menyerang musuhnya.Mereka mempunyai medium untuk meracuni pemikiran rakyat .

Kita pula mengambil masa untuk memberi faham kepada masyarakat.Dari sudut ilmu polemik Zakaria,Teo Nie Ching dan Siti Inshah amat baik.

Bagi penduduk setempat itu satu perkara baru,justeru perkara baru inilah yang nanti merugikan kita kerana kita tidak belajar fekah politik.

Jadi kita mengharapkan selepas ini pendokong PR perlu cermat dan tidak terlalu gopoh untuk meruntuh tembok khurafat yang dibawa UMNO.Kita jangan memberi UMNO peluru untuk meletupkan Pakatan Rakyat.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya berpendapat segala polemik atau isu yang timbul di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah merupakan hikmah dan rahmat buat ummat Islam di Malaysia ini khususnya atas beberapa sebab berikut :-
    1. Memberikan suatu kefahaman baru tentang muamalah Islam (kesyumulan Islam dalam hal ehwal kehidupan dan hubungan dalam konteks masyarakat berbilang bangsa dan agama) sebenar yang selama ini banyak difahami dari sudut ibadat khusus Rukun Islam yang 5 sahaja;
    2. Menyerlahkan kemunafikan dan kejahilan pihak2 tertentu yang selama ini berlagak membela Islam kononnya tetapi perkara asas hukum hakam mengenai muamalah Islam masih banyak yang tidak difahami terutamanya yang menggelarkan diri mereka ulama';
    3. Allah SWT telah menyerlahkan sifat sebenar golongan2 tertentu untuk kita lebih mudah memahami dan mengenali siapa kawan dan siapa musuh dalam merangka strategi perjuangan kita memartabatkan Islam dan membela keadilan untuk rakyat Malaysia;
    4. Semoga kita insaf bahawa ilmu Allah SWT begitu luas untuk kita terus pelajari dan gali. Justeru, fahamlah kita bahawasanya kita memerlukan bimbingan para ulama' dalam menerajui bahtera pentadbiran negara agar mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

    WALLAHUA'LAM

    ReplyDelete