Monday, August 16, 2010

Kematian Bekas Adun Permatang Penuh Misteri.

DS Nizar dalam program beliau sehari suntuk kelmarin memberi beberapa input baru.Antaranya DS Nizar membangkitkan kes bunuh diri Bekas Adun Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Nor dan kes bunuh Siti Rahona Ismat.

Nizar menyataka kes bunuh diri ini disahkan oleh pihak polis melalui Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid Abu Bakar.

Bagi DS Nizar setahu beliau lesen untuk memiliki senjata apai hanya diberi kepada wakil rakyat yang masih berkhidmat."Saya boleh memiliki dua lesen pistol ,satu sebagai Adun dan satu lagi Ahli Parlimen"kata DS Nizar dalam tazkirah di Musala Bt 8 malam kelmarin.

"Bagi mereka yang tidak berkhidmat sebagai wakil rakyat mereka kena memulangkan lesen tersebut"kata DS Nizar lagi.

Nizar hairan kenapa polis tidak mahu menyiasat bagaimana bekas Adun Permatang boleh menyimpan pistol.

Kita pun hairan kenapa pihak polis tidak mahu menyatakan motif bunuh diri dan kes bunuh itu.

1 comment:

  1. itu hal yang ada lesen. Yang tak ada lesen, tapi ada pistol mesti sekali ganda atau lebih daripada yang memiliki lesen secara sah. Kebarangkalian untuk mati kerana psitol sendiri mungkin lebih tinggi kalau syarat pemberian lesennya tidak diperketatkan.

    ReplyDelete