Sunday, September 6, 2009

PKFZ dalam kumpulan buaya-buaya ,disebalik ibu segala skandal-Lim Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan ketiadaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu taklimat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Jumaat lalu.

Menurutnya, ketiadaan wakil SPRM menjadi tanda tanya kerana pelbagai aduan sudahpun dilaporkan kepada mereka sejak tiga tahun lalu berhubung salah guna wang projek tersebut dan perkara ini tidak seharusnya terjadi.

“Isu PKFZ bukan saja sekadar masalah rumit, tetapi ‘kumpulan buaya-buaya’ dan seluruh cerita di sebalik ‘ibu segala skandal’ ini masih belum dikeluarkan.

“Sebagai contoh, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid telah mengeluarkan satu komen berhubung skandal PKFZ baru-baru ini, dimana PAC seakan-akan bergerak ke arah menyalahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) khususnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif PKA, Datin Paduka O C Phang kerana pengurusan yang amat lemah tetapi tidak besedia menyiasat tahap yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut menjelaskan, tindakan Azmi seperti inilah yang menjadi alasan utama kenapa beliau membantah sekeras-kerasnya Azmi menjadi pengerusi PAC kerana jelas terdapat percanggahan kepentingan.

“Pada Julai 2007, beliau (Azmi) terlibat dengan ikat jamin PKFZ sebanyak RM4.6 bilion ketika beliau masih menjadi menteri, tetapi sekarang beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi PAC,” katanya.

sinarharian

No comments:

Post a Comment