Sunday, September 6, 2009

Alangkah baiknya DS Nizar masih MB-dapat hidupkan Ramadhan

DS Nizar berkunjung ke Pasar Minggu Changkat Jering pada 31 Ogos lalu.Turut kelihatan anak beliau Muhammad Shaheed dan YDP Ustaz Nordin Jaafar.

Dalam satu tazkirah di Masjid Lama,Bandar Taiping seorang Tuan Guru,Ustaz Osman Noh secara spontan menyebutkan alangkah baiknya DS Nizar menjadi MB dalam bulan Ramadhan ini.Namun insyaAllah pada tahun akan datang ,bulan Ramadhan akan berketuakan DS Nizar.

Apa yang jelas DS Nizar banyak mengemukakan idea bernas untuk memakmurkan bulan Ramadhan.Contohnya majlis iftar,solat isyak dan solat taraweh serta tazkirah di Dataran Bandaraya Ipoh Ramadhan 1429 hijriah lalu.Kini tinggal sejarah buat negeri Perak.

Di samping program Qiamulail anjuran Kerajaan Negeri,tidak lupa bagaimana pada bulan Rejab DS Nizar memperkenalkan Bulan Solat .

Dalam tempoh bulan Ramadhan ,DS Nizar bertemu rakyat dalam program iftar ,solat berjamaah dan tazkirah di setiap daerah.Contohnya Masjid Simpang,Taiping menjadi tempat tazkirah ramadhan untuk daerah Larut dan Matang.Masjid penuh seperti Solat Jumaat.

Seperti kata Ustaz Osman Noh,Ketua Kerajaan yang beriman akan membimbing rakyatnya menjadi orang beriman."Kita lihat MB Kedah berjaya menjaga rakyat"ujar Ustaz Osman lagi.

No comments:

Post a Comment