Tuesday, September 8, 2009

Terkenang PRK Bukit Gantang Calon Kita Hj Nizar Menang.

Banyak pengalaman yang didapati melalui PRK P059,Bukit Gantang.Banyak manusia,banyak ragam.

Penulis pada masa itu duduk di Bilik Operasi berpusat di Markaz Tarbiyyah Pas Perak, Air Kuning.

Dengan Pengarah JPN Negeri,Hj Asmuni Awi,agak serius,susah senyum dan sememangnya dengan kami bukannya rapat.Akhirnya beliau tahu siapa intan siapa kaca.

Penulis kebanyakannya mengurus permit ceramah bersama teman-teman.Sampai sudah PRK pihak berkuasa masih 'mengingatkan' nama dalam permit penulis,tetapi sebenarnya nama utama Fadhil Idris.

Semasa ceramah pengisytiharan calon pada 22 Mac 2009,di Padang Taman Kota Jaya,permit sehingga pukul 12.00 tengahmalam,tetapi pihak kita menghormati pihak polis supaya tamat jam pukul 11.00 malam.Apabila pihak polis meminta kerjasama,penulis menyatakan insyaAllah.Berunding dengan pihak polis pada masa itu ramai pimpinan.Kita duduk atas pentas,.

Teringat pada satu malam Sha-refomasi,rumah penginapan mereka ditunggu SB dari pagi sampai ke pagi ,24 jam.Sri Kandi itu takut,dan meminta pertolongan petugas keselamatan.Hubungan Awam, petugas itu langsung tidak ada,marah-marah .,"kami tak cukup orang"dengan keras petugas itu menyatakan."Siapa suruh duduk luar kawasan" kata petugas itu. Akhirnya penulis memberi nombor telefon,jikalau perlu bantuan.Adakah Sha-refomasi ingat peristiwa ini.?

Satu pagi,apabila pergi ke Bilik Operasi, petugas keselamatan hilang.Pos Kawalan kosong.Bilik operasi masih selamat di bawah perlindungan ALLAH s.w.t.

Menelefon Salman,Setiausaha JPN.Beliau menjawab"mereka dah lari pukul 2 pagi" kata Salman.

"Mereka lari dari medan perang" kata hati penulis.Jikalau UMNO tahu kisah ini,nescaya PR semasa kempen PRK teruk dihentam dalam tv.Sampai sekarang mereka masih menganggap mereka betul.

Bilik Gerakan tidak dibuka sampai PRK ,pun kita tahu,mengugut tutup bilik gerakan pun kita tahu.Tetapi ALLAH s.w.t maha mengetahui.Kita berharap DS Nizar tahu siapa yang betul-betul membantu PAS,siapa yang membantu beliau dengan ikhlas.

Kita berharap DS Nizar mempunyai rakan yang membantu beliau dengan ilmu.DS Nizar seorang ikon yang perlu mempunyai penasihat yang baik.Peringkat Kawasan,beliau perlu meminta nasihat YDP atau Pas Kawasan. Sumber pertama Pas Kawasan bukan indvidu yang kita kenal semasa kerajaan sahaja.

Pengalaman menarik sehingga kini,menjadi pengerusi majlis untuk ceramah di Dataran Tok Guru Nik Aziz,Jalan Simpang-Changkat Jering,untuk kebanyakan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment