Sunday, February 28, 2010

Pilihan raya bukan perang bersenjata - Presiden PAS

SEPANG, 28 Feb: Penyertaan PAS di dalam pilihan raya dengan mengajak semaksimum mungkin rakyat untuk menyokong perjuangan menegakkan kebenaran diterajui parti itu di negara ini sangat jauh berbeza dengan kaedah peperangan bersenjata.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan perjuangan PAS dalam pilihan raya menggunakan kaedah mengajak rakyat dalam jumlah ramai untuk mencapai kemenangan bagi melaksanakan tuntutan kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, pilihan raya menggunakan pendekatan muwajahah silmiyah atau berhadapan secara aman yang diamalkan gerakan islah dan tajdid iaitu untuk pembaikan dan pembaharuan di seluruh dunia bagi menunaikan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan demikian ketika memberikan amanat dalam Majlis Lawatan Kerjanya ke Negeri Selangor, di sini pagi tadi yang turut disertai juga oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Turut berucap di dalam majlis separuh hari itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, dengan kehadiran semua pimpinan dari 22 PAS kawasan dari seluruh negeri termasuk semua dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Lawatan kerja ke Selangor adalah yang kelapan dilakukan Datuk Seri Presiden ke seluruh negara dalam usaha mendengar sendiri untuk merangka persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ketika menjawab persoalan peserta, Ustaz Abdul Hadi juga berkata, jika pilihan raya akan mencapai kemenangan apabila mempunyai penyokong dan mendapat jumlah undi yang besar, sebaliknya perang bersenjata bergantung kepada seramai mana jumlah musuh yang dapat dibunuh.

“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS turut berkata, tugas gerakan islah dan tajdid bukan mengislamkan keluarga Muslim tetapi juga berperanan untuk mengIslamkan daulah namun semua itu mestilah diusahakan sehingga berjaya.

Dalan hal ini, beliau berkata, Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada anggota gerakan Islam sebaliknya mereka mestilah bekerja untuk menang dan perlu diingatkan bahawa lebih mudah untuk menang daripada bekerja untuk mengisi kemenangan.

Satu perkara yang dilontarkan oleh Ustaz Abdul Hadi adalah satu perkataan hikmat yang menyatakan umat Islam tidak akan dapat dikalahkan jika mereka mempunyai jumlah dua belas ribu yang mempunyai sifat-sifat peribadi Muslim seperti ikhlas, istiqamah dan sebagainya.

Petang ini, rombongan Presiden PAS menyertai majlis dialog yang diadakan di Kundang dan sebelah malam pula bersama masyarakat menyampaikan ceramah isu politik semasa di Tanjung Sepat.sumber

Umno dalangi siasat 37 guru ‘agen pembangkang’

SEBERANG PRAI, 1 Mac: Seramai 37 guru yang dianggap sebagai 'agen pembangkang' di beberapa sekolah menengah dan rendah di seluruh Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) secara tidak demokratik telah mengadakan siasatan tidak rasmi ke atas mereka yang terbabit sejak Selasa lalu.

Salah seorang guru yang enggan namanya diketahui semalam memberitahu Harakahdaily bahawa Timbalan Pengarah JPN, Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN, Daud Hasanuddin merupakan wakil JPN semata-mata yang mengendalikan siasatan itu.

“Sebenarnya arahan itu (soal siasat) datang daripada Badan Perhubungan Umno Negeri (dan) Ahmad (Tarmizi) serta Daud sebagai wakil sahaja untuk siasat kesemua 37 kami.

“Umno Pulau Pinang yang buat aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan KPPM yang arah Pengarah JPN mengadakan siasatan tidak rasmi itu.,” jelasnya.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan berkali-kali daripada pihak atasan.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPN sendiri memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

“Saya dan semua turut dipaksa memberitahu latar politik ibu bapa masing-masing (dan) latar belakang keluarga (secara) terperinci kerana Datuk Zahid minta semua itu.

“Ini bukan maklumat guru-guru biasa, ini cakap ‘orang dalam’ di JPN sendiri,” jelasnya.

Ekoran itu, beliau melahirkan rasa kecewa kerana JPN sanggup dijadikan ‘alat politik’ Umno negeri walaupun terpaksa menceroboh hak asasi mereka yang terbabit.

“Saya cukup kecewa sebab kita (JPN) boleh jadi alat politik Umno, tak hormat hak privarsi guru-guru sedangkan Perlembagaan memberi hak kepada setiap rakyat untuk bersuara dan sokong mana-mana parti pihak,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan JPN supaya tidak menganggap mereka sebagai agen pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini.

“Jangan kerana kita mempersoal tindakan Umno mendesak guru-guru menentang Lim Guan Eng kononnya enggan meraikan (sambutan) Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kita sewenang-wenangnya dianggap ‘agen pembangkang’.”

Ditanya tentang motif di sebalik siasatan tidak rasmi tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Ahmad Zahid mungkin bercita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri kelak.

“Datuk Zahid mungkin nak jadi Timbalan Perdana Menteri, sebab itu beliau perlu bekerja keras untuk membantu Menteri Pelajaran sekarang (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” jelasnya.

Pun begitu, beliau menafikan bahawa Ahmad Zahid serta kepemimpinan Umno negeri secara langsung melibatkan diri dalam proses siasatan tidak rasmi JPN ke atas kesemua 37 guru terbabit.Dzulfikar Mashoor-harakahdaily.

Program Tahun Baru Cina PR Bukit Gantang -Banyaknya SB


Rakyat mendengar ucapan DS Nizar ,antaranya beberapa orang SB.DS Nizar tetap dihati rakyat ,tidak kira tua dan muda.

Khemah ini juga terdapat SB yang selalu mengikuti DS Nizar .

DS Nizar berucap dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Adun Kuala Sapetang. Kelihatan beberapa SB berketurunan Cina dan Melayu mencatat."Catatan Buat Zambry".

28-Februari 2010-Simpang.-

Program DS Nizar di mana-mana terdapat SB.Pagi tadi di Padang Taman Kota Jaya banyaknya SB .

Dari gerai tepi jalan ,hinggalah kawasan sekitar.Terdapat yang merakam gambar,merakam suara,merakam video dan berborak sakan dengan rakyat.

Seorang itu kita kenal SB dari Bukit Aman .Kita kenal semasa PRU 12 lagi.Mereka yang lain, SB bangsa Cina ada dan SB India pun datang juga!

DS Nizar tetap berucap penuh bersemangat.DS Nizar tetap menyatakan UMNO parti perkauman.Bagi DS Nizar 52 tahun merdeka UMNO masih membincangkan satu fahaman perkauman,ketuanan Melayu sedangkan Malaysia terdiri rakyat pelbagai kaum.Tugas SB tetap mencatat dan mengambil gambar DS Nizar.Hendak kenal mereka,SB tidak ketawa dan diam sepanjang program.Jikalau kita ambil gambar SB,mereka orang tempatan tutup muka tetapi SB luar buat muka sardin sahaja!.

Ustaz Nordin Jaafar pemimpin harapan rakyat..Tetap bekerja walaupun tidak dipilih sebagai calon 2008.


Ustaz Nordin Jaafar memberi Angpau kepada "seekor singa" dalam satu sambutan Tahun Baru Cina di Padang Taman Kota Jaya.

Ustaz Mohd Nordin Jaafar merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Gantang.Berasal dari Pekan Bukit Gantang.Pernah menjadi calon Pas dalam pilihanraya 2004 bertanding di DUN Changkat Jering.

Apabila parti tidak mencalonkan beliau dalam pilihanraya 2008,Barisan Alternatif meletakkan PKR,iaitu Osman Jailu,bagi Ustaz Nordin tetap bersemangat menyokong Osman Jailu.

Mungkinkah PRU 13 Ustaz Nordin Jaafar calon pilihan rakyat?Dengan pimpinan Ustaz Nordin Jaafar ,cawangan Pas Bukit Gantang bertambah dan kita menang dalam PRU 12.Di mana Bukit Gantang bukan parlimen yang disasar untuk menang.

Inilah wanita cantik yang cuba merosak Imej DS Nizar.

Sebentar tadi bersama DS Nizar dalam program masyarakat.DS Nizar bertanya berkaitan wanita yang cuba memfitnah Pegawai Khas beliau.

Kita menerangkan SMS yang Dato Seri Nizar terima itu merupakan datang dari wanita yang cuba memburukkan DS Nizar sejak DS Nizar menjadi Menteri Besar sah rakyat lagi.Namanya
kita tahu Nis..

Apabila kita merujuk gambar perempuan ini kepada Sdr Fadhil Idris ,Fadhil menyatakan beliau berkeyakinan wanita itulah berususan dengan beliau tempohari.

Apabila timbul perkara menyatakan Pegawai Khas cuba mengambil kesempatan keatasnya,kita terfikir rancangan jahat musuh PR rupanya berterusan.

"Cikgu mungkin wanita ini SB,"jelas DS Nizar kepada kita.DS Nizar berpesan supaya berhati-hati
dengan fitnah dan niat jahat musuh!

DS Nizar menyatakan wanita itu sepatutnya berurusan dengan YB kita,Adun Pokok Asam dan Aulong apabila kita beritahu wanita itu tinggal di Taiping.

Saturday, February 27, 2010

Perihal pengetua SBT ‘bodek’ PM 1Malaysia

Saya rasa terpanggil untuk menulis maklumat yang baru saya terima dari anak saya yang merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang telah diumumkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh TPM.

Alangkah terkejutnya saya apabila anak saya memaklumkan semua pelajar di sekolahnya diwajibkan menulis surat 1Malaysia ke PM dan bagi pelajar yang tidak menghantar surat tersebut kepada guru berkenaaan pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan 'outing' (keluar untuk sekadar beberapa jam pada Jumaat atau Ahad).

Mengikut anak saya arahan ini dari pengetua sekolah. Surat-surat yang ditulis ditapis oleh guru dan isi kandungannya terikat kepada idea-idea yang dibincangkan dengan guru. Permulaan harus lebih kepada memuji kepimpinan PM.

Persoalannya mengapa harus memaksa pelajar-pelajar menulis surat 1Malaysia kepada PM sedangkan gagasannya masih kabur dan mengapa harus memuji kepimpinan PM dan mengapa harus ditapis kandungannya?

Bukankah lebih baik menggunakan ICT di mana pelajar menulis dan terus email kepada email PM. PM harus tahu dan menerima hakikat mengenai apa sahaja pandangan dari rakyat.

Pengetua pun janganlah hendak jadi 'kaki bodek' dengan cara memaksa pelajar-pelajar dalam hal ini.Seusia ini (13-17 tahun) pelajar telah dipaksa dan tidak diberikan kebenaran menulis, di manakah demokrasi yang dicanangkan sehingga ke Washington.-ibu pelajar-harakah

CUEPACS-boleh mohon ahli terus BN

Sebanyak 76 NGO Melayu bergabung hari ini bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

CUEPACS betul-betul anak jantan kerana berani berkokok dan melompat bersama Ibrahim Ali.

Takziah Cuepacs kerana tidak berjuang untuk kakitangan kerajaan pelbagai bangsa.

Para cikgu kini boleh mengajar ikut kaum sendiri,NUTP jangan marah kerana Cuepacs yang menyuruhnya.

Selepas ini Presiden dan pimpinan Cuepacs boleh mendapat pelbagai tawaran,mana tahu Presiden dapat jadi Senator.

Patutlah presiden Cuepacs senyap,tidak berjuang sangat untuk kebajikan pekerja.Tidak berjuang untuk gaji minima,tidak berjuang untuk dapat bonus,tidak berjuang untuk pesara awal,tidak berjuang naik cola dan imbuhan tetap perumahan.Rupa-rupanya sudah bersama-sama Ibrahim Ali.

Rupa-rupanya 1 Malaysia Najib ,mengajar kita lebih perkauman.Satu fahaman asobiyah yang sepatutnya tinggal di Muzeum.

Atau kini Cuepacs mungkin jadi ahli terus BN selepas BN pinda perlembagaan.

DS Nizar jadualnya padat-semuanya untuk rakyat!

DS Nizar akan bersama rakyat sekitar DUN Changkat Jering pada 28 Februari .Beliau akan bersama rakyat khususnya masyarakat Tionghua dalam sambutan tahun baru Cina.InsyaAllah DS Nizar akan datang pada 5 Mac ini bertemu pula masyarakat Melayu., dalam program maulidurRasul dan program ceramah.Tempat akan diberitahu kemudian.

Program berlangsung di Padang Taman Kota Jaya Simpang .Sambutan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12 tengahari.

DS Nizar pada Ahad ini programnya amat padat.Masyarakarat masih menganggap beliau MB rakyat.DS Nizar dijangka sampai pada pukul 11 pagi.Lantas mereka yang ingin bertemu DS Nizar bolehlah terus bersama DS Nizar .Tidak ada protokol dan DS Nizar senang bersama rakyat.

Program DS Nizar di Ipoh,dalam jamuan teh bersama masyarakat Parlimen Tambun,jam tiga petang.Kemudian kita diberitakan DS Nizar akan menyampaikan tazkirah.Sementara 9.30 malam ceramah dalam Parlimen Gopeng.Semuanya memenuhi maksud rakyat,yang mahu dapatkan maklumat terkini dan motivasi daripada beliau.

Friday, February 26, 2010

Muhyiddin Yasin-Menteri Pelajaran Gagal

Muhyidin Yasin jangan bising sangat perihal Pulau Pinang.Cuba fikirkan sama nasib pelajar Melayu.Jelas Muhyiddin sekali lagi gagal,apabila calon STPM luar bandar kebanyakan orang Melayu terus ketinggalan.Apabila ramai calon aliran Sains Sekolah Luar Bandar tidak mencapat prestasi yang memuaskan.Hanya 4.54 peratus peroleh 5A HINGGA 3 A bagi calon sekolah luar bandar aliran sains.

Jelas sekali dasar PPSMI peninggalan Dr Mahathir merugikan orang Melayu. Dengan 9 calon cemerlang,tetapi pelajar luar bandar yang cemerlang hanya seorang.Banyak betul kurangnya sekolah luar bandar!

Di samping itu Muhyiddin Yasin gagal melihat kemudahan sekolah luar bandar dan terdapatnya kekurangan guru cemerlang di sekolah luar bandar.

Walaupun terdapat pelajar luar bandar belajar di sekolah dalam bandar,kemudahan yang mereka terima berbeza daripada pelajar luar bandar.Kemungkinan juga kemudahan internet pun tersangkut-sangkut.

Kita juga hairan Ibrahim Ali dan GPMS tidak pula bising seperti ayam telur sebiji riuh sekampung.

Untuk keterangan lanjut kita baca petikan dibawah.

KUALA LUMPUR: Prestasi calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 di sekolah bandar terus mencatatkan keputusan cemerlang, namun calon di luar bandar masih lagi mencatatkan jurang terutama membabitkan pelajar aliran sains. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar masih lagi mencatatkan jurang terutama membabitkan calon memperoleh keputusan baik antara 3A hingga 5A.


Katanya, calon STPM di sekolah bandar tahun lalu yang mendapat keputusan 5A hingga 3A mencatatkan 12.14 peratus tetapi di luar bandar hanya 7.06 peratus, manakala calon aliran sains di sekolah bandar pula 15.6 peratus mendapat keputusan cemerlang antara 5A hingga 3A berbanding di luar bandar hanya 4.54 peratus.


“Keputusannya prestasi calon di luar bandar masih lagi mencatatkan jurang berbanding bandar dan keputusan calon STPM bagi luar bandar tidak banyak menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan STPM pada tahun lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan Malaysian University English Test (MUET) bagi 2009 di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.


Pada majlis itu, sembilan calon menerima anugerah pelajar cemerlang bagi STPM 2009 termasuk tiga calon istimewa dan seorang lagi calon pelajar terbaik bagi sekolah luar bandar. Semua calon cemerlang itu menerima ganjaran wang tunai RM1,000, sijil dan plak penghargaan.

Pada majlis sama, dua calon MUET bagi 2009 turut menerima anugerah sama.


Dr Dzulkifli berkata, bagaimanapun kajian dan analisis berdasarkan lokasi sekolah berkemungkinan mempengaruhi jurang ketara berkenaan berikutan ada juga kalangan calon dari bandar sebenarnya berasal dari kawasan luar bandar.


“Kajian analisis prestasi calon STPM 2009 itu dibuat berdasarkan kedudukan sekolah tetapi jika analisis dibuat berdasarkan asal calon berkemungkinan kurang jurang perbezaan berkenaan... namun bagi calon luar bandar 100 peratus mereka dari kawasan berkenaan berbanding calon bandar sebenarnya ada kalangan berasal dari kawasan luar bandar,” katanya.


Sementara itu, katanya, daripada 48,446 calon menduduki STPM 2009, 92.55 peratus mendapat keputusan lulus penuh, iaitu peningkatan 0.31 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu hanya 92.24 peratus.


Katanya, pada tahun lalu, 10 mata pelajaran mencatatkan prestasi memberangsangkan iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik Tambahan dan Biologi dengan mencatatkan peratusan antara 2.04 hingga 6.54 peratus.


Manakala tiga mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan iaitu Sains Sukan, Komputer dan Matematik Tambahan Lanjutan dengan mencatatkan penurunan 5.56 hingga 52.50 peratus.


Selain itu, katanya seramai 15 calon mendapat gred A bagi kelima-lima mata pelajaran yang diambil manakala dua calon aliran sains dan tiga lagi calon aliran sastera mendapat gred A bagi semua kertas peperiksaan yang diambil. Sementara itu katanya, jumlah calon menggunakan bahasa Inggeris dalam skrip jawapan meningkat 4.8 peratus iaitu 97.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, hanya 92.7 peratus.


“Setakat ini kita belum ada keputusan sama ada calon STPM dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris dalam kertas jawapan peperiksaan selepas 2011,” katanya.myMetro

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS-Ustaz Idris Ahmad


Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

  • Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
  • Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
  • Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
  • Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
  • Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Apa cerita Zambry jumpa penduduk Bukit Gantang.Pilihanraya Dah Dekat!

Kita difaham Zambry MB Mahkamah datang bertemu rakyat di Bukit Gantang.Tempat yang Zambry datang ,satu daerah mengundi yang kita menang.Satu tempat lagi Kubu Kuat Pas.

Kita diberitahu seorang teman Zambry ke Kg Chengal Jantan,untuk bertemu penduduk dan memberitahu rakyat projek Surau yang cantik itu duit Kerajaan BN.BN ingat rakyat tidak bayar cukai!

Kemudian Zambry ke program serah rumah PPRT untuk penduduk miskin Changkat Ibol?Petangnya ke Pasar Malam Bukit Gantang,satu-satu MB Mahkamah yang datang Pasar Malam Pekan Bukit Gantang.,biar betul!

Kita berharap program ini berjalan lancar.Biar Zambry tahu BN sudah memerintah Perak lama dah,tetapi masih terdapat orang miskin.Lagi satu kenapa perlu tunggu hampir setahun baru PRK Bukit Gantang hendak lihat projek untuk rakyat.Projek sudah siapke belum?

Kita juga berharap Zambry Kadir singgah sekolah agama rakyat yang banyak dalam Parlimen
Bukit Gantang.Jikalau SJKC Sin Min ,Kg Baru Simpang,diberi RM 1 juta semasa PRK,kenapa beliau tidak bantu sekolah milik bangsa sendiri,milik orang Islam.

Lagi satu kita berharap Zambry lihat keperluan Padang Bolasepak Changkat Jering yang kini
menjadi laman Changkat Jering.Kita PR dahulu cuba berusaha untuk mencari tapak padang awam,tetapi tidak sempat.Mungkin YB Osman boleh gempak sikit sama Zambry,minta usaha padang awam,jikalau tiada ,bolehlah kata ,macam ini gayanya aku lompatle!

Tahniah Zambry kerana berani bertemu penduduk Parlimen Bukit Gantang yang matang berpolitik.

Tapi mereka bertanya ,Zambry singgah tak ke Kedai Kadir,dekat Banggol Pasir.Pasar mini yang bukan orang Melayu punya itu.!

Sokongan untuk alBanjari-Jom kita sokong Bloggers Pas Perak.

DS Nizar juga menyokong projek ini kenapa kita tidak mahu bersama al-Banjari.al-Banjari Presiden kita,mari kita sokong sebar iklan dan beli.
Semoga kerja kita dikira amal soleh.Sebagai memenuhi tuntutan suatu perjalanan ,menjadi sebuah kerajaan pilihan rakyat,InsyaAllah.

Iklan ini kita ambil melalui blog al-banjari online.

Dapatkan album 'Tuntutan Suatu Perjalanan.." secara online. Hanya RM19.90 termasuk belanja pos seluruh Semenanjung Malaysia. Sms - albanjari 012-4026129 atau emailkan pesanan anda. Setiap unit yang dijual - RM2 akan dimasukkan ke Tabung Dana Bloggers PAS Perak. Sokongan dari anda semua sangat dialu-alukan.

Cover DVD edisi Khas - Terhad 1000 unit yang pertama. Dapatkan Sekarang !

MUSIM MESYUARAT AGUNG CAWANGAN-Apa yang kita cakap!

Kita sebagai Ketua Penerangan Kawasan diberi amanah untuk merasmikan beberapa mesyuarat agung cawangan .

Kita berucap apa yang telah diputuskan oleh PAS Kawasan.Antara lain ucapan meminta ahli membayar yuran ahli,jangan sampai tertunggak.

Kita juga mengharapkan ahli-ahli Pas terus menjalankan kerja parti,mendekati rakyat tanpa menunggu musim kempen pilihanraya.Kita sebagai penggerak masyarakat.Sehingga masyarakat berasa rugi jika kita PAS tiada bersama mereka.Justeru itu kita meminta setiap peti undi mempunyai dana pilihanraya RM5000.00 untuk PRU 13 ini.

Justeru itu kita mengharapkan kita terus mengutip derma daripada ahli.Kita jangan terlalu bergantung dengan ahli parlimen untuk mengadakan aktiviti parti.

Dalam setiap perasmian yang dibuat,kita meminta ahli jangan terperangkap dengan pihak yang cuba melagakan pimpinan PAS.Kini terdapat usaha jahat pihak musuh untuk memburukkan imej Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Mereka juga cuba melagakan Tok Guru Nik Aziz dengan Tok Guru Hj Hadi.Kita sebagai ahli kena mengikut peraturan parti.Kita boleh kritik pimpinan tetapi biarlah mengikut saluran.

Di samping itu kita mengharapkan kita tidak menghukum rakyat.Kita mesti teruskan usaha parti kita,politik dan dakwah.Politik untuk kita dapatkan kuasa dan dakwah untuk menjinakkan masyarakat tempatan dengan Islam . .

Thursday, February 25, 2010

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

Mari Kita Bantu Osman Mat Rumahnya Hangus Terbakar.


Rumah Pak Osman Mat terbakar pada 23 Februari dengan anggaran kerugian RM50,000.00.

Mereka yang ingin membantu boleh menghulur derma melalui akaun May Bank .
Nombor Akaun:108092542979
Nombor Kad Pengenalan:470103-08-5905
Alamat:Kg Tengah,Changkat Ibol
Nombor telefon: 017-4619203

Hebatnya Cina Islam Ramai Yang Ambil Berat!

Apabila YB Khalil Idham kemalangan ,ramai yang mengambil berat.Kebanyakan khuatir sesuatu berlaku ke atas pimpinan mereka.

Mereka khuatir unsur sabotaj berlaku terhadap pemimpin mereka.Justeru itu mereka mengharapkan pimpinan mereka senantiasa dipelihara Allah s.w.t.

Mereka juga meminta pimpinan mereka dijaga dan dibantu agar sebarang musibah tidak timbul.Contohnya baru-baru ini apabila DS Nizar pergi ke Pulau Pasir Hitam,ramai yang mempersoalkan kenapa tidak dibekalkan jaket keselamatan.Ini menunjukkan pekanya rakyat dengan pimpinan mereka.

Baru-baru ini juga apabila terdapat unsur untuk "fitnah" pegawai khas ahli parlimen Bukit Gantang,ramai yang meminta disegerakan langkah keselamatan.Di samping itu meminta kita mengelakkan supaya fitnah tidak timbul sehingga memburukkan PAS dan PR.

Hebatnya Cina Islam disayangi rakyat.Namun rakyat sayang kerana beliau pimpinan rakyat dan sudah tentu kerana beliau Ahli Pas dan juga Pimpinan Pakatan Rakyat.Beliau berada di situ kerana dipilih oleh rakyat.

GAMBAR SEKITAR KEMALANGAN YB KHALIL IDHAM LIM


YB Khalil Idham Lim sedang memerhati rakyat membantu membaiki tayar kereta.


YB Hj Zainuddin Adun Lubuk Merbau juga mengambil berat kejadian kereta YB Ustaz Idham Lim

Kereta YB Khalil kemek sebelah kiri.

YB Ustaz Khalil di Balai Polis Kuala Kangsar membuat laporan.
Gambar ehsan infotambahan.blogspot.

YB Drs Ustaz Idham Lim Kemalangan Kecil Dekat Bukit Berapit.

25 Februari-Satu panggilan telefon daripada YB Ustaz Khalil Idham Lim memaklumkan beliau terlibat dengan kemalangan kecil di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Berapit,Bukit Gantang.

Kita memberitahu kita masih di sekolah mengajar dan akan meminta team Pas Kawasan yang juga team Pusat Khidmat Ahli Parlimen untuk membantu .Kita maklumkan kemalangan YB Khalil kepada YDP dan SU Pas Bukit Gantang.

Kita difahamkan SU Kawasan Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basheer Ahmad berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan.

Menurut Sdr Fadhil Idris,YB Khalil tidak mengalami kecederaan ,hanya kereta YB khalil rosak kecil di bahagian tepi.Fadhil juga laporan polis akan dibuat oleh YB Khalil Idham Lim,Adun Titi Serong.

Kita mengharapkan YB Khalil sihat dan dibawah peliharaan Allah s.w.t.

Wednesday, February 24, 2010

Bersama kita membantu mereka-rumah terbakar hangus.


Rumah Sdr Osman Mad di Kg Tengah Changkat Ibol Hangus terbakar.Beliau bersama isteri tinggal di rumah tersebut.

Seekor kucing rentung terperangkap dalam rumah tidak dapat melarikan diri.
Rumah saudara Osman Mad hangus dalam kebakaran sekitar jam 4 petang Selasa.Sdr Osman Mad tinggal menetap di rumah itu bersama isteri.

Kg Tengah,Changkat Ibol-

Osman bersama isteri ke Kuala kangsar untuk menghantar Mak Mertua.Mak Mertua Osman tinggal di Kuala Kangsar. Beliau,terkejut menerima panggilan telepon dari jiran mengenai rumah beliau yang terbakar.

Rumah itu hangus tidak sampai 30 minit.Kami tiba sekitar jam 5 petang.Tiada apa yang dapat diselamatkan.Jalan yang sempit menyukar pihak bomba untuk sampai dengan cepat memberi bantuan.Namun pihak bomba menggunakan sebuah van dan motorsikal berkuasa tinggi untuk membantu.

Kami mewakili YB DS Nizar menghulurkan sumbangan awal kepada Sdr osman,dan seterusnya meminta beliau membuat laporan Polis.

Kelmarin 24hb Sdr osman di bawa ke JKM dan Baitulmal untuk membuat laporan mengenai Bencana Kebakaraan oleh Pegawai Pusat Khidmat,Sdr Zainudin Hamzah.

Mereka yang ingin membantu untuk meringan masalah Sdr Osman Mad boleh terus berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang-05-8483950

Sambutan Tahun Baru Cina-Jumlah Kehadiran Buat Kita Tanda Tanya!

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melalui kenyataan Naib Ketuanya Salman Saleh kesal jika benar yang sperti telah di laporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat Negeri Perak sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perak di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama di lihat tiada sambutan daripada rakyat.


Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa Majlis Sambutan yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu.

Manakala pada 21 Februari yang lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir. Perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

DPPN Pk menggesa Kerajaan Negeri mengkaji kelemahan setiap Majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat. DPPN Pk juga berharap semua lapisan masyarakat di libatkan sama dan jangan ada pihak yang tersisih daripada program bersama rakyat.

Perkasa pertubuhan diketuai Ibrahim Ali kena ambil berat .Sepatutnya kehadiran DYMM Seri Paduka Sultan Perak kehadiran lebih banyak. DYMM Sultan payung rakyat.

Santai-3 orang minta jadi Angkasawan.

Cerita ini tidak melibatkan orang yang hidup dan mati.Bukan juga untuk menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.Tetapi cerita ini kisah yang diceritakan kembali anak murid kita.

Kerajaan sedang mencari tiga orang angkasawan untuk pergi ke langit terbuka.Satu sesi temuduga telah dibuat.

3 orang sahabat telah mengemukakan permohonan.Mereka telah pergi ke sesi temuduga.

Ahli Panel temuduga mempunyai 2 orang.Sahabat yang pertama bernama "I" sanggup pergi ke angkasa dengan bayaran satu juta ringgit."I"disuruh balik dan tunggu jawapan dalam tempoh sebulan.

Tiba giliran M, Panel Temuduga bertanya berapa juta pula M sanggup terima sebagai gaji naik ke angkasa lepas.M menjawab cukup 2 juta ringgit,tiada tawar menawar.M disuruh balik,tunggu 2 bulan untuk mendapat jawapan.

C masuk dengan yakin,kerana beliau berkelayakan untuk pergi ke langit.Langit lepas bidang pengkhususan pengajian beliau.C diminta beritahu jumlah gaji untuk naik ke angkasa lepas.Beliau menjawab 3 juta ringgit."Tunggu jawapan kami tiga bulan lagi"kata Ahli Panel.

Dua ahli panel berbincang."Kita terima itu satu juta punya olang ma!"kata Dr Bee End."Apa pasat?"kata Dr Li Ha Kim."Senang cerita,itu kos tiga juta ma!Satu juta Dr Bee End angkat,satu juta Dr Li Ha Kim angkat satu juta itu I angkat.

"Jangan takut ma!sudah lama kita hidup ini macam"kata Dr Li Ha Kim.".Ya betul!,itu rakyat punya duit!Kita kasi sikit sama mereka,mereka pun diam ma!kata Dr Bee End.

Satu kawasan penduduk Cina yang dibiarkan oleh MCA dan Gerakan.

Kuala sangga.-24 Februari

Hari ini sepatutnya saya pergi bersama Pegawai Khas Sdr Basher Ahmad ke Kuala Sangga.Tetapi mungkin jadual terlewat untuk selesai saya tidak jadi bersama penduduk Kuala Sangga.

Kita ikuti liputan Sdr Basher Ahmad,Pegawai Khas DS Nizar yang bertugas di Kuala Sangga.Kuala Sangga terletak dalam Peti Undi Kg Menteri,DUN Kuala Sapetang.Hanya 2008,PR menang dikerusi DUN dan Parlimen.Begitu juga Prk Bukit Gantang ,DS Nizar menang besar di sini.

Mereka diambil kesempatan MCA atau Gerakan untuk meraih undi,tetapi membiarkan rakyat terus dihimpit kesukaran hidup

Sebuah Kuala di Hujung sungai Kuala sepetang,yang mempunyai 50buah rumah dengan penduduk seramai 250 orang .

Pusat Khidmat Ahli Parlimen telah berusaha untuk membawa agensi kerajaan seperti Klinik Kesihatan untuk membantu penduduk di sini.

Penduduk 100% berbangsa Cina,Kg Kuala Sangga berusia lebih dari150 tahun.

Tiada kemudahan air atau pun eletrik ,hujan merupakan rahmat buat penduduk Kuala Sangga,kerana tadahan air hujan dijadikan kegunaan utama penduduk disitu,dari membasuh ,mandi dan juga untuk diminum.

Dimusim kemarau,mereka menghadapi masaalah,mereka terpaksa ke Pekan Kuala sepetang untuk mengambil air ,dimana buat masa sekarang bil air untuk kegunaan penduduk kuala sangga di bayar oleh Ahli Parlimen DS Nizar.

Dato seri Nizar juga membiayai bekalan minyak diesel untuk bekalan eletrik.

Tiada juga klinik kesihatan cuma ,adanya Doktor dan Jururawat datang melawat ,tiada jadual tetap.

Pagi tadi setelah Basher Ahmad berbincang dengan Pegawai Perubatan dari Ipoh yang datang melawat kesitu,beliau setuju untuk mengadakan awatan berkala iaitu 2minggu sekali beliau juga setuju untuk mengadakan sekatan didewan orang ramai,untuk kemudahan rawatan ibu mengandung.



Trek ..pejalan kaki sepanjang 600m ini dibiayai oleh DS Nizar.


Air tadahan Hujan..menjadi sumber utama kegunaan harian .



Penduduk mendapatkan rawatan..


SRKJ (c) Poay Chee..Jumlah murid 29 sahaja.dengan tenaga pengajar 4 orang.

Tuesday, February 23, 2010

Sambutan Tahun Baru Cina-Anjuran Pakatan Rakyat Bukit Gantang

Masyarakat setempat dan sekitar dijemput hadir ke sambutan jamuan Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat Bukit Gantang pada 28 Februari ini.Masyarakat tempatan boleh bertemu dan bersama MB pilihan rakyat nanti.



Tarikh:28 Februari 2010

Masa: 10.00 pagi-12 .00 tgh

Tempat:Padang Taman Kota Jaya Simpang

Bersama: 1. YAB MB Rakyat-DS Nizar Jamaluddin
2. Adun Kuala Sapetang-YB Tai Sing Ng

Kes Perak: Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat-Hanipa Maidin

Sarjana Perlembagaan menyatakan apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat ( a will ) , Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.

Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.

Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.

Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 ( 6 ) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 ( 6 ) itu ?

Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .

Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.

Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.

Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?

Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.

Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.

Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan ( sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana ) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.

Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .

Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.

Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan

Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?

Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.

Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya

Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .

Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !!!peguampas.blogspot.com

DS Nizar Tetap Menjadi Menteri Besar-Lim Kit Siang

YB Lim Kit Siang dalam satu ucapan di Ipoh baru-baru menyatakan beliau berdoa DS Nizar tetap menjadi Menteri Besar Perak pada PRU 13 apabila PR menang pilihanraya di Perak.

Di samping itu beliau juga menyatakan Speaker Sivakumar juga terus menjadi speaker Perak.Dengan Dato' Ngeh Koo Ham sebagai Exco Perak.

Jelas sekali DAP tetap menerima realiti negeri Perak dan tidak timbul DAP akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding,seterusnya menjadi Menteri Besar.Mendengar ucapan Sdr Lim Kit Siang ,menurut seorang teman tidak timbul untuk wakil DAP menjadi Menteri Besar jika PR menang nanti.

Kita juga sewaktu mendengar Sdr Lim Kit Siang berucap sewaktu PRK Bukit Gantang,menyatakan DS Nizar milik kita dan milik rakyat.

Apabila Hishamuddin Tertidur!Warga asing bebas.


Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamudin Husein terkejut dengan lambakan warga asing.Beliau menyebut satu yang luar biasa.

Menteri apa ini,jaga keselamatan negara,tetapi tiada maklumat.Data pekerja asing pun tiada,kemudian menyatakan perasaan terkejut.

Menurut YB Dr Jeyakumar Devaraj, UMNO sendiri yang bawa masuk pekerja asing. Pekerja asing punca pendapatan kroni UMNO.YB Jeyakumar menyatakan terdapat lebih kurang dua juta pekerja asing yang didaftar.Sejuta lagi tanpa dokumen.

Sekarang kita baca pula kenyataan Exco Kerajaan Mahkamah Perah,melalui YB Mah Hang Soon,yang juga berasa terkejut lambakan warga asing di pasar-pasar malam.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak Selasa diarah mengambil tindakan segera "membersih" pasar-pasar malam di seluruh negeri itu daripada aktiviti perniagaan oleh warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tindakan itu perlu diambil kerana banyak aduan diterima mengenai perkara berkenaan.

"Perkara ini jika tidak ditangani segera akan memberi kesan terhadap mata pencarian peniaga tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat cadangan pembangunan dan penambahbaikan tapak Bazar Bulat atau Bazar Yau Tet Shin, di sini Selasa.

Beliau berkata pasukan penguatkuasa PBT boleh menjalankan operasi bersama dengan polis dan agensi lain bagi menangani masalah itu.

Dr Mah berkata masalah itu dipercayai berpunca daripada tindakan segelintir peniaga tempatan yang menjual atau memajak lesen perniagaan mereka kepada orang lain termasuk warga asing.

"Saya menyeru peniaga tempatan agar tidak lagi memberi atau menjual lesen perniagaan yang telah diperolehi kepada kumpulan warga asing ini kerana ianya mengakibatkan bertambahnya bilangan mereka di pasar-pasar malam," katanya.BERNAMA.


Tarif Elektrik Dijangka Naik-Kabinet Tentukan Esok.

Zaman Najib Macam-macam Berlaku.

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Menurut Bernama, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik itu esok.

Peter Chin berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."sumber

Monday, February 22, 2010

ZAMBRY BOHONG!!! INI BUKTINYA...!!!

Lebih kurang pukul 11 pagi tadi YB Ramli telah menghadiri satu sidang media yang telah diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat di Ipoh.Turut hadir adalah YB Sivakumar(Speaker Sah Dun Perak),YB Tai Sing Ng dan beberapa Adun lain.

Ianya diadakan bertujuan untuk membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang menyatakan bahawa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan,tidak seorang pun ADUN dan MP dari Barisan Nasional yang dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD).Sesungguhnya kenyataan beliau adalah satu fitnah!!!

Di sini Dato Seri Nizar Jamaluddin telah membangkang dengan sekeras-kerasnya kenyataan fitnah itu dengan bukti minit mesyuarat JKTD yang telah dihadiri oleh ADUN dan MP Pakatan Rakyat dahulu.Sesungguhnya ADUN dan MP dari BN juga dijemput untuk sama-sama bermesyuarat dan membincangkan masalah rakyat untuk diselesaikan.

Akan tetapi kebanyakan dari mereka yang tidak hadir!...Untuk Daerah Kinta,YB Hamidah(Sg Rapat),YB Nazri(Manjoi) dan YB Husni(MP Tambun) tidak hadir ke mesyuarat JKTD ini.
Seperti contoh mesyuarat JKTD Kerian,YB Sham B Mat Sahat turut dipanggil untuk bermesyuarat tetapi beliau sendiri tidak hadir.Sekali dua ponteng bolehlah diterima tetapi 6(Enam) kali bermesyuarat,semuanya keenam-enam kali juga YB Sham tidak hadir.Buktinya ada di bawah ini.Dan tiada pula wakil untuk menggantikan beliau.

Dan sekiranya benar kerajaan PR tidak memanggil ADUN dan MP BN untuk turut sama dalam mesyuarat JKTD bagaimana pula dengan YB Dato Zahir(Kamunting) dan YB Rosli(Trong) boleh pula turut sama dalam mesyuarat JKTD di Daerah Larut Matang dan Selama???

Jadi kesimpulannya Zambry telah membohongi rakyat Perak dan cuba memburukkan Pakatan Rakyat Perak.Insaflah dari terus menidakkan perkara baik yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika pernah memerintah Perak selama 11 bulan suatu ketika dulu sebelum dirampas!!!

Speaker Sivakumar -SPRM Tutup Kes.Apa kesannya?

Speaker Sivakumar dilaporkan kepada SPRM menyalahgunakuasa sebagai Speaker menggantung Zambry sebagai Adun Pangkor dari menghadiri Sidang DUN Perak.

Tetapi SPRM telah menutup kes Sivakumar itu.Di sinilah ramai orang terfikir ,bahawa tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan beberapa Adun BN itu kelihatan sah dan tepat!

Kita menanti penuh sabar persidangan DUN Perak mungkin Mac atau April ini setelah 6 bulan bersidang.

Rakyat juga terus bertanya lagi?Sahkan MB Mahkamah itu jika Zambry masih digantung dan mahkamah tidak membuat keputusan lagi.Mereka juga berkata kebiasaannya orang yang digantung tugas selalunya tidak layak memegang jawatan.

Speaker Sivakumar kini boleh menarik nafas lega kerana tiada bukti beliau menyalahgunakan kuasa.Sivakumar mesti berani mempertahankan Hak Kuasa Speaker yang telah menggantung Zambry untuk hadir sidang DUN Perak.

Memang Betul Zambry Bohong.

DS. Nizar bersama 14 ADUN Pakatan Rakyat yang lain bergambar selepas sidang media sebentar tadi.
DS Nizar menyatakan Kerajaan PR Melantik ADUN BN dalam Majlis Tindakan Daerah.


Kita sering mewakili YB Haji Roslan Shaharum ke mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Larut ,Matang dan Selama.

Kita melihat kerusi ADUN Kamunting,Trong dan Batu Kurau Kosong. Kita duduk bersebelahan dengan kerusi Ahli Parlimen Larut,selalunya setiausaha politik beliau yang hadir.

Jadi jelas pembohongan Zambry Kadir kerajaan PR tidak menjemput ADUN BN sebagai fitnah untuk menutup kelemahan mereka mentadbir Perak.

Kita berharap Pegawai Daerah dapat menjelaskan kepada rakyat pembohongan Zambry ini.Jelas sekali Zambry cuba memburukkan Pegawai Daerah yang menjalankan tugas tanpa tekanan politik semasa PR memerintah.Kita tahu Dato'Mahmod Morsidi D.O LMS bersikap profesional tidak pernah gagal untuk memanggil ADUN BN.

Klik untuk berita seterusnya.

Tahniah Anak Muda Anda Tahu Ganesan Speaker Haram!


IPOH, Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menegaskan bahawa pertubuhan gerakan anak muda itu sesekali tidak pernah mengiktiraf Dato' R Ganesan a/l Retasam sebagai speaker dun Perak yang sah.

Menurut beliau Ganesan adalah seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, ini kerana Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

Menurut beliau lagi unit penyelidikandan strategik Institut Pemikir Muda Malaysia itu telah melihat laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh
kerajaan Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu beliau juga menyatakan bahawa Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak.

“ Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.”

“ Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut,beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009” ini jelas menunjukkanbahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau..

Tambah beliau lagi, dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.

Beliau juga turut mencabar Ganesan supaya menjawab hujah yang menyatakan bahawaGanesan cuba menyembunyikan fakta tersebut menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak
jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.

Menurut beliau lagi selain daripada itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. “ Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perak supaya sedar bahawa Ganesan bukan seorang Ahli DewanNegeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut”, “ Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masihberada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.”

Sehubungan dengan itu beliau mewakili seluruh rangkaian ngo anak muda turut mempersoalkan mengapakah pada hari dan waktu yang sama, Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang
lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol.Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan, jelas beliau

Berdasarkan ini, beliau menegaskan bahawa Ganesan tetap bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan maka ia juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah tambah beliau.sumber

ISA:Benarkan Tahanan Jumpa Keluarga dan Beri Bantuan Guaman

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini meminta polis membenarkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berjumpa dengan ahli keluarga dan peguam mereka.

Permintaan itu terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Zaki Abu Bakar.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh yang mengetuai kira-kira 10 wakil GMI dan Suaram yang menyerahkan memorandum itu berkata pihaknya mahukan tahanan ISA diberikan ruang untuk mendapat bantuan guaman.

Syed Ibrahim berkata, ada di antara tahanan ISA termasuk warga asing tidak diberikan kebenaran untuk bertemu keluarga masing-masing atau diberikan hak untuk mendapatkan bantuan guaman walaupun sudah ditahan selama 31 hari.

Seorang peguam, Syahredzan Johan berkata, satu permohonan habeas corpus telah difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan tahanan dan permohonan itu dijadualkan didengar pada 10 Mac ini.

"Permohonan itu dibuat kerana apa yang kami maklum, ada rancangan untuk menghantar pulang tahanan warga asing ke negara asal mereka sedangkan hak mereka untuk bertemu dengan peguam belum lagi diberikan."

"Ini termasuk untuk kami pastikan supaya keadaan tahanan termasuk kesihatan dan kebajikan (makan dan minum) mereka," katanya.

- Bernama

Sunday, February 21, 2010

Satu fitnah yang boleh menyebabkan sebuah keluarga boleh porak peranda!


Dua orang Pegawai Khas DS Nizar untuk Parlimen Bukit Gantang ,mereka cuba difitnah oleh seorang wanita yang kononnya cuba mengambil kesempatan keatasnya.


Taiping-Pegawai Khas DS Nizar memberitahu kita betapa fitnah wanita itu boleh menyebabkan beliau malu kepada isteri dan anak gadis beliau.Imej DS Nizar tidak tercalar kerana yang terlibat
boleh meletakkan jawatan tetapi jika fitnah ini diterima masyarakat sudah tentu maruah mereka tercemar.

Seorang Pegawai Khas lain menyatakan boleh jahaman kita dengan fitnah wanita hampeh ini!Peringkat pertama beliau yang berurusan dengan wanita agak galak ini,tetapi tidak tahu maksud sebalik kedatangan ke Pusat Khidmat.Wanita ini juga berharap benar untuk berjumpa DS Nizar,mungkinkah dia mempunyai muslihat?

Kita juga kini bertambah faham betapa berat DS Anwar Ibrahim DS Wan Azizah serta keluarga mengharungi fitnah si Sepol tiga hari tidak mandi wajib itu.

Pesan DS Nizar Hati-hati Dengan Usaha Jahat Musuh

Sebentar tadi kita menelefon DS Nizar berkaitan wanita cantik yang suka buat provokasi itu.Setelah kita memberi penerangan kepada DS Nizar ,beliau berpesan supaya berhati-hati dengan usaha jahat pihak musuh.

Beliau meminta kita pegawai pusat khidmat melayan rakyat seperti biasa,namun meminta kita berwaspada supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak musuh.DS Nizar juga meminta kita menghebahkan perkara ini jika perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut seorang rakan ,wanita itu mungkin SB.Tugasnya untuk menjahanam karier politik DS Nizar.Sementara itu kita diberi maklumat DS Anwar Ibrahim tidak akan dibiarkan terus berjuang bersama rakyat.Langkah yang akan dibuat nanti dengan menggunakan sistem kehakiman Malaysia yang berketuakan Hakim Ahli UMNO. Jadi DS Nizar perlu dijaga kerana banyak pimpinan PAS yang sebelum ini menerima musibah hasil perancangan musuh.


Hati-hati DS Nizar-Perangkap seorang wanita tidak mengena lagi!

Kita ingat kisah seorang wanita yang memfitnah DS Nizar sudah berakhir,tetapi rupanya tidak.Kisah wanita ini bermula semenjak DS Nizar menjadi Menteri Besar.Wanita ini telah memburukkan DS Nizar.Wanita ini mendakwa beliau isteri kedua kepada DS Nizar.Mereka tempat wanita itu mengajar telah mendengar dakwaan itu.

Kita ingat Ustaz Misbahul dan YB Khalil Idham Lim tahu cerita wanita ini.Wanita yang belum berkahwin ini didakwa cuba dipergunakan oleh Osman Jailu untuk memfitnah DS Nizar semasa PRK Bukit Gantang.Wanita inilah menjaja cerita DS Nizar mempunyai "affair "dengan beliau di pejabat SUK.

Jentera Pilihanraya PRK cepat bertindak.Niat buruk wanita ini gagal.Kita juga pernah memberi penerangan ini tentang niat jahat wanita itu semasa kempen PRK Bukit Gantang.

Kini wanita itu muncul lagi.Wanita cantik ini cuba memerangkap Pegawai Khas DS Nizar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Baru-baru ini wanita ini membuat cerita kepada DS Nizar,terdapat Pegawai Khas DS Nizar cuba menganggu beliau dan ingin berkenalan dengan beliau. Maksud wanita itu Pegawai Khas DS Nizar cuba mengambil kesempatan.

Wanita cantik tinggal di Taiping itu mempunyai seorang Ibu yang yang didakwa AJK UMNO Bahagian.Peristiwa wanita ini berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang bertepatan dengan isu curi pasir Pegawai Palsu DS Nizar "si Hamzah " Wanita ini sudah dua kali berurusan di Pusat Khidmat dalam keadaan menggoda.Mungkinkah ini satu perangkap untuk kami di Pusat Khidmat?

Mulai hari ini kita berharap wanita yang sering bertukar nombor telefon ini tidak menjerat ADUN Pakatan Rakyat.Wanita ini memang cantik dan silap gaya kita boleh"cair" dan wanita ini mempunyai kemahiran untuk orang mempercayai dia.

Moga-moga kita yang bertugas di Pusat Khidmat ini dilindungi Allah s.w.t daripada fitnah jahat ini.Kita akan menulis lagi kisah wanita ini jika dia masih berniat ingin merosakkan imej dan maruah DS Nizar. Mengikut penulis Bijan penulis dalam blog Infotambahan terdapat petugas parti yang dikatakan mempercayai isu yang dibawa wanita itu.Petugas parti itu ialah kita sendiri!

Tahun ini Tahun Harimau Kita Kena Berani Sokong Pakatan Rakyat!

Kelmarin 20 Februari kita bersama Sdr Basher Ahmad,AJK Pas Kawasan yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Kuala Sapetang.Majlis anjuran PKR bersama Adun Kuala SApetang YB Tuan Tai Sing Ng .Program bermula pukul 7.00 malam,kita sampai pada 8.20 malam.Suasana sambutan amat meriah sekali.

Sambutan amat meriah,kanak-kanak amat suka dengan pertunjukan tarian singa.Kanak-kanak dan orang ramai yang hadir diberi buah limau dan kacang tanah. Sambutan rakyat khususnya Penduduk Cina masih tinggi dengan PR.

Kita difahamkan BN tidak akan menang di Kuala Sapetang jika berlaku PRU kecil atau PRU13.

Kita diberi peluang untuk berucap mewakili DS Nizar Jamaluddin.DS Nizar pada malam kelmarin berada dalam satu program di Kawasan Kg Gajah.

Kita mengucapkan Gong Xi Fa Chai.Disamping itu meminta penduduk tempatan supaya berani seperti harimau untuk mengekalkan pemerintahan rakyat. Di sinilah kita meminta penduduk berbangsa Tionghua supaya terus menyokong PR.

Terasa Nikmatnya Berada Dalam PAS

Sebentar tadi bersama Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris ke perjumpaan atau mesyuarat penajaan PAS cawangan Kg Kurnia Jaya,Kamunting,dalam DUN Kuala Sapetang.

Mesyuarat penajaan telah selesai majoritinya yang hadir mereka yang pernah menjadi Ahli Umno,terdapat pada pengetahuan kita dua orang AJK Umno Bahagian yang baru menjadi Ahli Pas selama dua tahun. Terdapat 100 orang ahli Pas di cawangan penajaan ini.

Semenjak mengetahui keputusan Menteri Besar mahkamah,sambutan masyarakat Melayu terus menyokong PR,khususnya PAS.

Dalam ucapan kita mewakili YDP Pas Bukit Gantang ,kita menyatakan nikmatnya berada dalam jemaah Islam iaitu PAS.

Kita juga menegaskan apabila dipilih oleh ahli sebagai pemimpin kita jangan menolak tanggungjawab itu,kita bukan meminta jawatan.Kita mahu meneruskan perjuangan Islam khususnya di Bukit Gantang.

Kita meminta,kita seharusnya menjadi juara rakyat,kita yang mula-mula mengambil perhatian masyarakat sekeliling kita.Kita jangan berjumpa orang apabila ingin mendapat undi ,kemudian meninggalkan rakyat selama beberapa tahun pula.

Di samping itu kita mengucapkan tahniah penubuhan cawangan baru ini ,membuat kita berada pada sejarah penubuhan Pas Cawangan.Semoga kita beroleh pahala dengan tertubuhnya cawangan PAS.

Saturday, February 20, 2010

Pimpinan PAS Berdasarkan Merit

Pimpinan Pas setahu kita berdasarkan merit.Bukan berdasarkan kenegerian.Jikalau kita masih menganggap berdasar kenegerian ,kita kemungkinan besar sudah menghampiri asobiyah?

Walaupun kini kita melihat terdapat pimpinan Pas Pusat berasal dari negeri Terengganu.Mereka dipilih berdasar merit.Bukan berdasarkan kenegerian.Jadi kita mesti berfikiran terbuka.

Lihat UMNO sendiri Timbalan Presiden,Naib Presisen,Ketua Penerangan dan Ahli Tertinggi majoriti orang Johor.Kita seharusnya akur dengan kehendak perwakilan yang telah memilih orang Terengganu .

Dahulu semasa Almarhum Ustaz Fadhil Noor kebanyakan pimpinan orang Kedah.Kita tetap mengiktiraf mereka.Mereka juga dipilih berdasar merit pimpinan mereka.

Apakah kerana kita kita tidak bersetuju dengan kehendak perwakilan,kita boleh menghukum orang lain,seolah perwakilan PAS tidak bijak dalam memilih pemimpin.

Kita masih mempunyai ruang untuk mengkritik pimpinan sama ada melalui cawangan,kawasan ,perhubungan negeri dan Pusat.

Puncak segalanya muktamar agung Pas Pusat.Apa yang pasti kita terpilih sebagai perwakilan ke Muktamar Pas Pusat untuk kita berkongsi pandangan.Itupun kita juga perlu beradab.

Bagi cawangan yang sedang bermesyuarat,selamat bermuhasabah untuk menambah nilai Pas Cawangan masing-masing.Lontarkan idea kita semasa mesyuarat dan menerima keputusan mesyuarat agung cawangan.

Kita jangan bermesyuarat lain setelah mesyuarat agung sudah membuat keputusan.