Friday, April 30, 2010
Ceramah Mat Sabu 1 MEI 2010
TEMPAT PASTI TAMAN MEWAH,KAMUNTING
DUN KUALA SAPETANG P059
MASA : 9.15 MALAM
Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal nama.
ABDUL Rahim Mohd. Noor diiringi keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam untuk menjalani hukuman penjara dua bulan di Penjara Kajang. - Gambar ZAINI HUSIN.
KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.
Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.
Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.(2001).
Musa Hassan tidak belajar sejarah!Sepatutnya jangan menjadikan diri sendiri rekod buruk dalam sejarah polis Malaysia.
Biarkan hanya Rahim Noor yang mencatit dirinya sebagai Ketua Polis yang dihukum kerana menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
Mungkin juga sejarah akan berulang.Sejarah selalunya tidak berbohong!Mungkin juga teori konspirasi ke atas DS Anwar Ibrahim akan terbocor akhirnya.Kita tunggulah,mungkin bukan zaman kita tetapi di zaman anak cucu.
Lapor benda lain,lagi baik!
Ucapan pemimpin UMNO semua bagus.Ucapan orang dianggap mengacau dan memecah belah perpaduan.
Jika betul ucapan DS Nizar menghasut,pihak polis boleh menghentikan ucapan dan program.Dalam permit terdapat syarat-syarat.Antara syarat tidak boleh menimbulkan isu sensitif dan perkauman.Tidak boleh menimbulkan masalah memecah belah masyarakat seperti isu menghina agama lain.Tetapi pihak polis atau SB yang mendengar tidak pula melaporkan kepada Ketua mereka.
Fikirlah secara rasional pemerintahan BN menyebabkan masalah perpaduan masih tidak dapat diselesaikan.
Bukan kerana ucapan DS Nizar Jamaluddin. Lapor benda lain,lagi baik!
Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.
Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.
Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.
"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.
Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.
- Bernama
Siasat segera kes Ong Mo Aik-DS Nizar
IPOH: Pihak polis diminta bertindak segera bagi membuat siasatan terhadap pihak yang memukul pelajar tingkatan peralihan Sekolah Menengah Matang, Ong Mo Aik , dan menghadapkan pihak terbabit ke mahkamah secepat.
Langkah itu perlu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pihak polis sekaligus mengangkat imej polis dalam membenteras jenayah di negara ini.
Demikian dinyatakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Ganrang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Janaludin kepada pemberita selepas melawat Ong Mo Aik di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini.
Turut sama dalam rombongan melawat pelajar berkenaan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Lee Bon Chai dan wakil dari Dewan MUslimat PAS Perak.
Beliau berharap kes berkenaan akan diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak polis dengan sendirinya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis.
Sempena lawatan itu juga beliau mewakili Pakatan Rakyat memberikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga Ong bagi menampung kos pembiayaan rawatan tersebut.
Ong Mo Aik sebelum ini dibawa ke Hospital Taiping pada 22 April lalu. Pelajar berumur 13 tahun itu dipukul sewaktu menunggu bas sekolah di pondok menunggu di luar kawasan SMK Matang, Jalan Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang.
Pelajar tersebut dikatakan mangsa pukul silap orang. Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah, tetapi beliau pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar oleh empat lelaki.
Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ). Ong baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepalanya.
Thursday, April 29, 2010
Soalan ADUN Kubang Rotan,Kedah yang dikatakan hina Sultan Kedah!
2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?
UMNO yang hina Raja-raja Melayu
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
5 Keadilan Buat Allahyarham Aminurrasyid-Ustaz Nasruddin Hassan
2. Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan .
3. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .
4. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .
5. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu .
6. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari .
7. Berlaku adil dalam menghadapi isu ini [ Aminurrasyid ] , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa supaya :
Pertama : Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang .
Kedua : Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi .
Ketiga : SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal . Insyaallah pada hari ISNIN [ 3 Mei 2010 ] pada jam 2.30 petang Pemuda PAKATAN Rakyat akan pergi ke SUHAKAM bagi membawa suara pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid .
Keempat : Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ]
Kelima : Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia .
8. Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat !
9. Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api .
10. Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan.
Terkenang Makan Mi Udang Sama Lutfi Othman dan DS Nizar!
Prk Bukit Gantang ,kita sempat makan mi udang bersama Sdr Ahmad Lutfi Othman.Mi udang dibelanja DS Nizar.Kini Sdr Lutfi sedang berehat selepas menjalani pembedahan pintasan jantung.
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman hari ini dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 26 April lalu.
Pihak keluarganya ketika ditemui memberitahu, keadaan Lutfi semakin baik dan pihak doktor menasihatkan beliau banyak berehat dan kurang menerima tetamu.
"Ayah dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan, doa dan bantuan daripada semua pihak bagi menjayakan operasi pintasan jantung lalu," kata salah seorang anaknya.
Isnin lalu, Ahmad Lutfi telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Sebelum ini, Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasty bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.
Huru-hara sekolah kerana Pengetua suruh Guru Disiplin Biarkan Pelajar.
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
Begitulah laporan yang kita BACA melalui malaysiakini.
Cuba bayangkan kepala otak Musa Hassan sama Sang Pengetua.Haru biru sekolah!
Kita pun terkejut juga Pengetua sekolah kita mengarahkan Guru Disiplin jangan ambil tindakan ke atas pelajar melanggar disiplin."Cikgu-cikgu ,jangan rotan,jangan denda dan jangan demerit pelajar,ibu bapa komplen"kata Tuan Pengetua."Biarkan mereka bermaharajalela"tegas Tuan Pengetua lagi.
Kita pun mencelah,"Tuan Pengetua ,kita minta maaf ,pada keluarga budak yang kena hukum rotan itu." "Jangan,'kata Tuan Pengetua. "Dia ketua samseng sekolah"kata Pengetua lagi."Cikgu kita tiada bukti,lembaga disiplin belum siasat lagi"tegas kita lagi.
"Kita biarkan budak-budak,jangan minta maaf pada keluarga mereka"kata Tuan Pengetua."Kita
kena "defend" guru,walaupun kita salah?"
Jom Dengar Ceramah Bukan Jauh Bukit Gantang Je!
Ceramah 1 Mei 2010.Pada pukul 9.15 malam.Bertempat di Pasti Taman Mewah,Kamunting.Hj Mat Sabu akan berceramah di sini.Turut sama YB Senator Mumtaz AJK Dewan Muslimat Malaysia.
Hendak tahu isu Polis Menembak Budak Aminulrashid boleh bersama Mat Sabu di sini.
Siri ceramah kedua. 3 Mei 2010.Masa 9.15 malam.Bertempat di Markaz Pas BT 7 ,Changkat Jering.Penceramah kita Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia,Ustaz Azman Shafawi.Turut sama berceramah DS Nizar ,MB rakyat kita.
Changkat Jering,kita dengar pula ulasan bebasnya Osman Jailu.
Pada 14 Mei pula terdapat Wacana Ilmu bersama Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man dan DS Nizar ,bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Pekan Trong.
Wednesday, April 28, 2010
Penduduk Sibu lepas ini minta macam-macam dengan PM Najib!
Jikalau rakyat Hulu Selangor dapat kenapa rakyat Sibu tak dapat.Kami juga perlu perhatian.Kami juga punya SJKC,rumah panjang dan macam-macam lagi.Kami juga mahu elektrik 24 jam.SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor dapat 3 juta ringgit.Mereka masih bersama PR ,75 peratus pengundi Cina di sini memberi undi kepada Zaid Ibrahim.
Najib boleh dengan angkuh menyatakan 'HUTANG SAYA SUDAH LANGSAI'.Wahai PM ,anda Perdana Menteri untuk semua rakyat.Tolong juga Sekolah Agama Rakyat,atau Sekolah Cina atau Sekolah Tamil yang berselerak seluruh Malaysia .Kita minta jangan membantu ikut musim dan syok sendiri.Itu bukan duit anda.Itu duit rakyat.Bersikap adillah dengan rakyat.
Anwar Ibrahim Memukul Diri Sendiri-Polis Siasat
Satu masa dulu DS Anwar dituduh menumbuk muka sendiri.Yang bercakap PM pada masa itu,Mahathir.Pihak polis yang menyiasat tidak berjumpa dengan sang pukul.
Tetapi desakan rakyat Suruhan Diraja dibentuk.Hasilnya yang pukul DS Anwar Ibrahim Ketua Polis pada masa itu.Kini kita pun tak tahu ke mana perginya Rahim Nor.
Begitu juga kes Aminulrashid budak 15 tahun yang mati ditembak itu.Rakyat khuatir isu ditutup kerana terdapat kepentingan siasatan.Kita jikalau sudah membuat kesilapan prosedur lebih baik meminta maaf dan baiki sistem siasatan .
Kita berharap pihak polis jangan menyalahkan rakyat ,jika rakyat tidak percaya dengan mereka.Segelintir pegawai yang bermasalah ini tidak perlu dilindungi.Kemudian pihak polis jangan cepat mengeluarkan kenyataan jika tidak mahu persepsi rakyat juga bersifat nagatif.
Beri keadilan juga untuk Ong Mo Aik budak 13 tahun.
Ong Mo Aik mangsa pukul silap orang.Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah,dia pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar 4 lelaki .Kita diberitahu lelaki Melayu berumur 20 an itu daripada sebuah pertubuhan.Kini "samseng" itu ditahan reman.
Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh(KPJ).Dia baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepala.Sehingga hari ini 28 April Ong Mo Aik masih di KPJ Ipoh.Dia kini sukar bertutur.
Sepatutnya masalah disiplin pelajar biarlah pihak sekolah atasi,bukannya menggunakan kuasa tangan dan kekuatan kumpulan!
Kita berharap keadilan untuk Ong Mo Aik,supaya tidak ada campurtangan orang besar untuk membebaskan mereka yang bersalah.Biarkan mahkamah mengadili mereka!
Tuesday, April 27, 2010
Jangan hukum kami-kami tidak bersalah!
Hari 27 April 2010 kita jatuh terduduk sewaktu menanda buku pelajar!Sampai sekarang terasa sakit dan sengal.
Hari ini kita mengajar KOMSAS.Novel Hikmah,perbincangan kita berkenaan watak dan perwatakan.Kita menerangkan Amri seorang budak nakal yang taat dan hormat kepada ibunya.Akhirnya berubah menjadi baik setelah menerima pengajaran .
Kita pun memberi pelajar latihan dan mula menanda buku pelajar.Sewaktu duduk pada sebuah kerusi plastik di meja guru,kita jatuh terduduk.Kerusi plastik itu bengkok dan kita jatuh terduduk berlantaikan lantai simen kelas.Sakitnya terasa hingga kini.
Kita melihat banyak pelajar yang ingin membantu dan tidak mendengar mereka ketawakan kita.
Jadi kita yang dalam sedikit kesakitan,memberi amaran akan mendenda mereka dengan demerit 5 poin."Sesiapa yang tidak mengaku kita akan ambil tindakan"tegas kita."Satu kelas akan mendapat demerit"tambah kita lagi.
Lalu anak murid kita secara spontan meminta kita siasat dan jangan menghukum mereka tanpa bukti ."Cikgu,jangan hukum kami,kami tidak bersalah"kata seorang pelajar.
Setelah kita sedikit tenang,kita menerangkan kita bukan seorang cikgu yang suka menghukum pelajar tanpa bukti dan sebab.Kita juga bukan guru yang zalim "mengecop" pelajar untuk dihukum hanya sekadar kesilapan teknikal.
Gambar Sedih-Aminulrashid Amzah-Allahyarham macam anak kita!

Rupa-rupanya, daripada dua orang saksi itu, sorang adalah anak polis sendiri.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.
"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.
"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."
Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.
Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.
Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.
Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.
Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara- Malaysiakini
Anak kaki surau,aktif kokurikulum dan sangat aktif di sekolah-bukan penyamun!
Bersabarlah Norsiah Mohamad-Mereka yang bersalah akan menerima Hukuman Allah s.w.t
Monday, April 26, 2010
Remaja Ditembak Mati-Mungkin boleh terjadi kepada kita?

sumber
PAS Perak perlu bijak-DUN banyak Felda Kena Kerja berjuta kali.
Analisa di atas, perlu PAS Perak ambil kira untuk menyusun kerja di DUN banyak FELDA.Pas Perak perlu membuat percaturan bijak dalam pRU 13.Pas Perak perlu mendengar kehendak rakyat.
Hajat untuk menambah kerusi dalam PRU 13 boleh dilaksanakan,jika Pas Cawangan dan Pas Kawasan menggandakan aktiviti masyarakat.Untuk Kawasan Felda seperti Tanjung Malim dan Lenggong atau Grik ,kerja mendekati masyarakat perlu berjuta-juta kali.Jangan putus asa bertemu peneroka,jangan mewujudkan "gap"untuk tidak bertemu masyarakat Felda.
Petugas kita bukan setakat bertugas atau berusaha apabila tiba musim kempen pilihanraya.Sesudah selesai PRU kita cuci tangan .Kita tidak perlu bangga dengan jumlah kehadiran ceramah kita beribu orang.Tetapi bukan pengundi yang kita sasar.
Namun Pas Perak perlu bijak,jangan kerana hendak bertanding semua kerusi ,kita membiarkan rakyat yang mengharapkan kita.
Osman Jailu Adun Changkat Jering Masuk Pas?
"Kalau dibagi pun Osman tolak,Osman jiwa pembangkang"kata P.A itu lagi.
Kita pun secara peribadi meminta tok ketua yang juga P.A Osman Jailu supaya meminta Osman Jailu masuk Pas!"Kalau PKR tidak mahu boleh bersama PAS "kata kita.
Tok Ketua itu pun berjanji"nanti saya pujuk Osman"
Timbul persoalan bolehkah kita terima taubat Osman Jailu?
Sekali lagi dia mengulang,"Cikgu,Osman jiwa pembangkang!"
Ravi Timbalan Pengerusi DPPP-Turut Bangga Bantu P094
PAS Bukit Gantang berbangga kerana mempunyai pimpinan yang bertugas di Hulu Selangor.Walaupun peti undi Ladang SKC kalah tetapi undi sokongan meningkat 40 undi.
Kita mengharap pengalaman bertugas di Hulu Selangor dapat digunakan dalam Parlimen Bukit Gantang.
Sunday, April 25, 2010
Berapa juta agaknya BN habis untuk Hulu Selangor.
Kita tidak berasa gusar kerana jika berlaku PRK untuk DUN Kuala Kubu Bharu atau Batang Kali kita PR akan menang.Umno hanya diminati oleh orang Felda.Peminat mereka generasi tua bukannya generasi muda.InsyaAllah keradaan pasti berubah pada masa depan.
Bagi kita asas aqidah perlu ditekankan.Orang Melayu Islam pasti insaf jikalau kita menegaskan politik Islam tidak boleh dipisahkan.Cuma pendekatan PAS atau PR perlu mesra rakyat berterusan bukannya bermusim.
Kini terdapat wakil rakyat Felda dan Pos
Mulai sekarang PR Perak tidak lagi membuat percaturan yang silap di tempat yang kita sangka kuat tetapi sebenarnya lemah.Jumlah kehadiran pengundi yang kurang dalam setiap program perlu diambil kira.
Dulu kita mendengar wakil rakyat undi pos tetapi kini terdapat wakil rakyat Felda?Harapan kita duit rakyat tidak dibazirkan kepada orang yang bukan berkenaan.
Bangkit Kembali Untuk PRU 13
Apabila berita melaporkan pimpinan tertinggi BN sudah berada di Dewan Pengumunan Keputusan PRK .Jelas sekali BN menang PRK ini.
PR perlu menyusun kerja.Kena fikirkan bagaimana merubah pemikiran pengundi Melayu.Khurafat yang menyatakan hanya UMNO yang boleh memerintah perlu dijelaskan kepada orang Melayu.
Kerajaan PR mesti membantu rakyat berterusan,tanpa menunggu PRK.Keputusan ini sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk merubah cara kerja kita mendekati rakyat.
Kita meminta mereka yang bertugas di Hulu Selangor dapat menjadikan pengalaman berharga itu untuk kegunaan di kawasan masing-masing.
Untuk Zaid Ibrahim,teruskan mendekati Allah s.w.t.Agar negara kita dipelihara Allah s.w.t
BN dilaporkan menang.
BN dilaporkan menang.
Keputusan rasmi mungkin 9.30 malam,
PR Sudah Menang Dua DUN
Setakat waktu ini ,PKR mendapat 9116 dan BN 7261.Majoriti 1,872.Hampir 75 peratus sudah dikira dan keputusan rasmi dapat diketahui paling awal 9.00 malam.
Jika betul seperti diberitahu PR menang!
Harapan kita keputusan tidak rasmi ini berkekalan hingga pukul 8.00.Jika berterusan Zaid Ibrahim insyaAllah diisytihar menang!
Belum Pasti Menang-Kata petugas Bukit Gantang
Untuk daerah mengundi yang Perak bertugas,sambutan pengundi memuaskan.Petugas kita tidak berani menyatakan Zaid akan menang.Tetapi petugas kita ,PR punyai harapan untuk menang.
Dengan peratus keluar mengundi mengikut sumber tidak rasmi sekitar 70 peratus.Petugas Bukit Gantang itu tidak berani memberi keputusan dan keyakinan.
Saturday, April 24, 2010
Apabila 56.82 peratus sudah keluar undi-Harapan Zaid Menang Cerah
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.
Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.
Jumlah pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000).
Jikalau trend keluar mengundi masih berkekalan,Pakatan Rakyat masih boleh mendahului.Jumlah undi yang tinggi akan menyebabkan BN akan kalah.Bagi BN kebiasaannya mengharapkan peratus keluar mengundi rendah.
Masa masih ada untuk menyuruh pengundi memangkah calon kita.Satu undi untuk Zaid Ibrahim menidakkan kesombongan BN.
Muhyiddin Yassin Buat Tak Nampak Pelajar Sekolah Kempen BN.
Ke mana perginya 6320 pengundi pada tahun 2008?
Keputusan PRU 12 ,ketiga-tiga dun dalam Hulu Selangor dikuasai BN.BN menang majoriti 3548 di Hulu Bernam,Batang Kali 2179 dan Kuala Kubu Baru dengan 448 undi.
Jumlah undi PR untuk parlimen 23388 dan untuk ketiga dun hanya 23334.Lebihan undi 54 undi.
Di sinilah kita mendapat terdapat lebih 6200 pengundi tidak mengundi kedua-dua calon dalam PRU 12.
Justeru itu kita mendoakan pada 25 April ini 6200 pengundi yang tidak dapat diketahui identiti itu dapat mengundi. Undi mereka untuk Zaid Ibrahim.
Friday, April 23, 2010
Banyak Taruhan Untuk BN Menang!
Betul atau tidak mereka meminta kita menunggu keputusan Hulu Selangor?Rata-rata mereka memberitahu BN akan menang kali ini.Majoriti juga dikatakan agak besar!
Kita pula menyatakan PR berpeluang untuk menang.Masa ada satu hari lagi. PR masih sempat untuk menarik kembali sokongan rakyat.
Benar tekaan rakyat-Osman Jailu akan bebas!
Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.
Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.
Seorang pengundi warga emas Dun Changkat Jering sanggup mengerat tangan jika Osman Jailu didapati bersalah."Cikgu ,percaya cakap saya,Osman Jelu pasti bebas"kata pengundi warga emas itu.
Seorang Ketua Kampung,yang kita kenal juga menyatakan Osman Jailu tiada kes untuk didakwa.Ketua Kampung ini juga Pegawai Khas Osman Jailu bersungguh menyakinkan kita tiada pilihanraya kecil Dun Changkat Jering.
Benar tekaan rakyat Changkat Jering Osman Jelu sememangnya selalu menarik nafas lega di dunia!
Thursday, April 22, 2010
Sengit-Undi jangan tersasar lagi!
Kita diberitahu 10 orang tenaga Muslimat dan 4 orang muslimin telah dihantar ke Hulu Selangor.Kebanyakan mereka mampu berkomunikasi dalam Bahasa Tamil.
PAS Perak yang bertugas di SKC Hulu Bernam akan menerima tenaga tambahan Pas Bukit Gantang pada sebelah petang 24 April ini.Hari ini Pas Bukit Gantang telah mula bertugas.Jentera kita ini akan bertugas untuk mendapat seramai mungkin undi sasaran.Dengan setiap seorang mensasarkan 10 undi.Tenaga kita 14 orang ,undi sasaran yang boleh didapati 140 undi.
Kita difahamkan Pas Kawasan lain juga bertugas pada hari yang sama dengan Pas Bukit Gantang bermula pada 23-25 April.Tuntasnya Daerah mengundi SKC dapat dimilik PR jika petugas mengikut arahan dan memenuhi piawai kerja berpilihanraya.
Kita mengharapkan Perak menggunakan pengalaman PRK Bukit Gantang untuk mematikan hujah BN.Kita juga berkeyakinan Tenaga PAS Bukit Gantang mampu berhadapan si katak lompat Osman Jailu yang baru dibebaskan daripada kes rasuah itu!
Zaid Ibrahim Ketinggalan
Wednesday, April 21, 2010
PRK Hulu Selangor: halang kerajaan BN pinda AKTA JPJ-
Hanya sepucuk surat darpada Kelab BNBC menyebabkan rang undang-undang ini ditarik balik.
Rang pindaan undang-undang ini ditarik balik kerana PRK Hulu Selangor.Cuba perhatikan setiapkali PRK kerajaan akan menggunakan sumber yang ada untuk menyejukkan hari rakyat.Bukan kerana mereka berfikir panjang,tetapi kerana undi rakyat!.Sepatutnya wakil rakyat BN berfikir membantu rakyat waktu susah dan waktu senang!
Tahniah Nazri beliau pandai membaca dan faham bahasa tersirat . Nazri turut bersetuju dan mengesyorkan supaya rang undang-undang itu ditarik balik daripada perbahasan dan dibuat perubahan.
Menurut Nazri lagi , rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.
Tuesday, April 20, 2010
Kerajaan BN Perak Teruskan Usha Kerajaan PR Perak
Kini penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang yang telah memohon hak milik tanah atau geran tanah sedang menerima tawaran hak milik.Premium yang perlu dibayar mengikut saiz dan lokasi tanah.
Kerajaan BN meneruskan usaha Kerajaan PR Perak untuk memberi hak milik.Ini termasuklah di tempat penghuni Cina di Kuala Sapetang dan Aulong.
Namun terdapat yang tercicir atau hilang fail.Tanah yang tidak tahu identiti inilah yang akan dimiliki mereka yang rapat dengan pihak berkuasa?Seorang pengadu memberitahu jirannya hilang nama dan tiada rujukan fail di pejabat tanah!Lantas pengadu ini setiap hari terpaksa berurusan dengan pejabat tanah untuk bertemu dengan pegawai yang berkenaan.Tetapi seringkali hampa kerana selalunya "out station".
Kita juga diberitahu terdapat tanah yang diteroka penduduk seperti di Bukit Sg Rotan,Mukim Sg Tinggi ,sedang diukur.Tetapi tuan milik orang lain.Peneroka dahulu dijanjikan ibu tua,Rafidah Aziz semasa Sg Rotan termasuk Parlimen Kuala Kangsar.Kini mereka hampa dan mengadu kepada kita agar menolong mereka yang tidak bertanah!
KENYATAAN MEDIA : Siapakah yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang dan menghina
Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.
Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'
Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini kelmarin.
Persoalannya sekarang kepada siapakah titah itu ditujukan, adakah hanya terkena kepada ADUN Pakatan Rakyat ataupun kepada ADUN BN atau kepada kesemua 59 ADUN yang ada di Negeri Perak. Sehubungan ini suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan :-
1. Sesungguhnya saya sebagai salah seorang ADUN di Negeri Perak dan mewakili ADUN Pakatan Rakyat yang lain sangat menyanjung tinggi dan menghargai titah ucapan DYMM Sultan Perak tersebut. Sebagai seorang Sultan bagi kerajaan dan negeri Perak serta sekalian jajahan takluknya kami sangat memahami segala nasihat dari DYMM Sultan demi keamanan, kesejahteraan dan demokrasi yang lebih baik di masa akan datang.
2. Apapun yang dilihat sehingga kelmarin dan dititahkan oleh DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah kelmarin adalah berpunca dari satu "rampasan kuasa" yang terancang dan merupakan "punca segala masalah" sehingga menimbulkan ketidak tentuan yang berpanjangan sehinggalah kepada sidang dewan yang terakhir pada 30 mac dan 31 mac yang lepas.
3. Bagi saya tindakan BN yang tidak menghormati demokrasi dengan mendapatkan kuasa dengan rampasan kuasa dan suatu pengesahan mahkamah , namun ianya tidak akan berkesudahan dengan perlanggaran kepada undang-undang serta campurtangan pihak yang tidak sepatutnya campurtangan setiap kali sidang DUN Perak diadakan.
4. Kerajaan Perak yang disahkan oleh mahkamah cuma berani untuk bersidang dengan menggunakan ratusan pihak keselamatan di dalam dan di luar dewan dan tindakan itulah yang sebenarnya mencemarkan Dewan. Kenyataan ini bukan rekaan dan disaksikan oleh pelbagai pihak dalam berbagai rakaman dan gambar yang tersebar luas.
5. Sesungguhnya Dewan Negeri Perak menjadi cukup tercemar dalam sejarahnya sejak BN merampas kuasa dan menggunakan pihak polis bagi menghalalkan tindakan yang mereka telah lakukan, iaitu:-
a) Melucutkan kedudukan Speaker Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan dengan tidak mematuhi peraturan seperti berikut
i- Ganesan tidak dilantik mengikut peraturan perintah tetap Dewan Undangan Negeri
ii- Ganesan adalah orang asing yang menceroboh Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei 2009 yang melanggar peraturan Mahkamah Majistret yang melarang orang yang tidak berkenaan berada 500 meter dari bangunan Dewan.
iii- Perlantikan dibuat menggunakan Timbalan Speaker Hee Yit Fong sedangkan pada waktu itu Speakear sah, V.Sivakumar masih berada dikerusi Speaker.
iv- Perlantikan dibuat sebelum Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di mana mengikut aturan dewan, sebarang agenda yang dibuat sebelum Titah Tuanku adalah tidak dikira.
v- Usul perlantikan Ganesan yang dibawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 7 Mei 2009telahpun ditolak oleh Speaker sah V.Sivakumar hari sebelumnya iaitu pada 6 Mei 2009
vi- Ganesan gagal letak jawatan sebagai peguam sedangkan perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa, sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.
**Namun dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia, pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang .
b) Mengadakan dua sidang dengan menggunakan speaker yang tidak sah termasuklah suatu pelanggaran undang-undang kepada pelanggaran yang sedia ada sehingga kan membawa kepada rasa tidak puas hati pelbagai pihak khususnya ADUN Pakatan Rakyat .
c) Speaker yang tidak sah itulah yang telah mengendalikan sidang secara berat sebelah dengan penolakan soalan sidang secara tidak mematuhi peraturan, menutup pembesar suara ADUN pakatan Rakyat, Mengasingkan pintu dan lif untuk masuk dewan dan mengendalikan sidang dengan tidak mematuhi Peraturan Tetap Dewan yang sedia ada.
6. Alangkah baiknya sekiranya kami hadir sama dalam Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan perak yang diadakan di Istana Iskandariah Kuala kangsar kelamrin, namun sekali lagi semacam ada satu perancangan jahat oleh pihak BN dengan tidak menjemput semua 28 ADUN pakatan Rakyat untuk sama-sama merayakan dan meraikan hari yang bersejarah pada setiap tahun itu.
7. Kerana itulah sesungguhnya saya beranggapan bahawa titiah ucapan DYMM Sultan Perak adalah merangkumi semua pihak di Perak dan bukan hanya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja.
KENYATAAN MEDIA, 20 April 2010.
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
LIM KIT SIANG- SEPARUH MENTERI BN TAK LAYAK JADI MENTERI
Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.
Monday, April 19, 2010
Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi Nak Pi Kempen!
Kedua-dua Adun yang sedang didakwa rasuah ini akan pergi ke Gugusan Felda,Hulu Bernam.Kita dikhabar mereka mempunyai saudara-mara disitu.
Kumpulan mereka akan turut si Ezam Kotak Kosong dan si Halili kempunan hendak jadi calon.Kemudian dengar cerita lagi si Ibrahim Ali sang perkasa "dibambu' ahli kenapa menjilat ludah!
Kalau PRK kita mesti bersedia dengan peluru.UMNO /BN apa mereka tida buat dekat DS Nizar semasa PRK Bukit Gantang.
Tugas kita di sana satu orang 10 undi untuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat itu!
Rupanya Wakil Rakyat Perlu Mati Baru Dapat Peruntukan?
Aduhai BN Lesen arak siapa luluskan!
Kita juga hairan tidak pula pencacai UMNO marah kepada PM yang membenarkan lesen judi dan lesen arak dikeluarkan kepada rakyat!
BN khususnya UMNO membantu rakyat bermusim.Jadi perlu PRK untuk rakyat dapat kemudahan.Dalam duit pun tiada,boleh pula lulus peruntukan juta ringgit.Berapa banyak belanja tunai kita pun tak tahu.Rakyat atau pengundi perlu bijak.Jangan beri BN tambah kerusi parlimen.
Kita perlu mengajar mereka.53 tahun merdeka Hulu Selangor baru hendak dibantu.Zaman Palanivel tidak buat apa langsung!
Kerajaan Selangor juga kena beringat ,menolong rakyat sepanjang masa.PR perlu berubah menjadi semakin matang.Jangan ikut contoh BN yang sudah semakin ketandusan isu.
Sunday, April 18, 2010
Enjin Jet Hilang-Kapal Selam Tak Tenggelam
Saturday, April 17, 2010
Hulu Selangor:Jika betul jika dikhabarkan ambil tindakan segera!
Banyak yang menarik untuk dikongsi bersama. Kita diberitahu pengundi orang asal pada tahun 2008 hanya 700 orang kini 3500 orang.Jumlah undi yang besar ini amat mengejutkan jika betul.PR perlu membuat semakan dan bantahan serta laporan polis jika perlu.
Pengundi Melayu ,tidak berani ,takut.Apabila kita meminta mengundi Zaid Ibrahim,mereka diam ,seolah tidak berminat dan seolah takut!Tapi kita mempunyai peluang kerana mereka masih menjual makan kepada kita!
Bertemu pengundi Cina,sewaktu membeli memori kad ,Pengundi itu jelas menunjukkan gambar Zaid Ibrahim.Mereka tersenyum!Beri isyarat bagus.
India,buat kata teman SB ,tetap setia dengan MIC. Fikirkan rayu undi penuh hikmah dan strategik.Kemudian sudah menang jangan tinggalkan mereka.
Hulu Selangor -Sokongan Rakyat Pada Hari Penamaan Bukan Menunjukkan Kekuatan PR.
Beliau juga menyatakan BN akan menggunakan pelbagai langkah baru,tidak seperti PRK Bukit Gantang.
Pegawai Cawangan Khas itu menyatakan,hari ini 17 April bukan melambangkan kekuatan PR.Mereka yang hadir orang luar dan bukan pengundi.
Teman yang kita kenali itu lagi menyatakan strategik kempen yang betul dapat menarik sokongan pengundi.
Kita diberitahu Pegawai itu lagi,setakat ini BN sedang mendahului.