Wednesday, June 30, 2010

Orang Melayu Masih Bersama Kita.Cukup sekadar bukti begambar!



Rakyat tetap ingin bergambar bersama DS Nizar.
Kaum ibu turut bangga bergambar dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang,DS Nizar.

Kasihan 1222 bilal dan siak masjid di Perak baru terima elaun

Seramai 1222 bilal dan siak baru sahaja menerima elaun mereka sebanyak RM800.oo berkongsi empat orang,atau lebih.

Elaun untuk bulan Januari hingga Mac itu hanya mampu dibayar kerajaan BN pada akhir bulan Jun iaitu 29 Jun 2010.

Majlis penyerahan elaun ini dibuat di INTIM, dan disampaikan Najmudin Elias ,Penasihat Agama Zambry.Elaun ini boleh diambil di Pejabat Agama Daerah, 29 Jun.

Nampak betul Kerajaan BN Zambry tidak ambil kisah dengan petugas masjid di Perak .Dengan jumlah masjid 611 sahaja ,pembayaran elaun untuk imam dan siak boleh terlalu lewat sehingga pertengahan tahun.

Difahamkan untuk elaun bilal dan siak daerah lain disampaikan oleh wakil rakyat UMNO di Masjid Daerah.Terdapat pengerusi masjid yang mempersoalkan kenapa Orang Besar Jajahan yang mewakili Sultan dalam bidang Agama Islam tidak dijemput untuk menyampaikan sumbangan.

Buat kata seorang penduduk kampung UMNO lah yang mempolitikkan masjid.Meramaikan masjid jika ada majlis.Kemudian gagal mendaftar pengundi baru di kawasan masjid.

Biar betul Osman Jailu Sanggup Mati Pertahan PPRT Air Kuning Taiping.

Kita diminta menulis sikap Osman Jailu Adun Changkat Jering yang sanggup mati mempertahankan petempatan penduduk miskin PPRT Air Kuning ,Taiping.

Seorang penduduk menelefon kita ,Kg PPRT Air Kuning ,bandar Taiping akan dibangunkan sebuah syarikat kroni UMNO (Syarikat Orang Cina Pro UMNO).

Di sinilah Osman Jailu didakwa sanggup bermatian mempertahankan tanah rakyat miskin orang Melayu.Seorang penduduk lagi memberitahu yang Osman Jailu akan bersama-sama duduk di hadapan rumah penduduk jika trektor datang untuk meruntuh rumah mereka.Osman Jailu tetap memberitahu rakyat miskin ,jiwa dia jiwa pejuang.UMNO tidak akan menghalau orang Melayu lagi kerana dia orang kepercayaan Zambry.Dakwa penduduk Osman Jailu menyatakan mana ada UMNO jual tanah kepada orang Cina.

Penduduk penyokong tegar UMNO pula beritahu kita Kg PPRT ini tetap di sini selagi UMNO merintah.Dia tidak tahu DS Nizar dan Exco PR lah menyekat penyerahan kepada Syarikat Cina itu.Kini UMNO mula rakus dan tidak peduli lagi dengan orang kampung.Mereka mula cuba menghalau penduduk PPRT ke luar bandar.

Penghuni lain pula memberitahu jika diumpan duit pun Osman boleh belot dan menjatuhkan kerajaan PR .Ini pula sekadar pertahan rumah penduk miskin.Osman tetap gelap mata dan tidak boleh dipercayai.Bertambah pula syarikat Cina ini mempunyai gadis putih gebu.




Apa pasat marah sama Samy Vellu.?

Hari ini ,hari meletihkan kerana kita memarahi pelajar.6 orang pelajar yang kita rotan sebelum rehat dan 5 orang selepas rehat.

Kita jikalau boleh tidak mahu merotan,tetapi untuk anak didik kita,kita berusaha untuk memberi nasihat dan dendaan kasih sayang .Apakan daya rotan sahaja mampu untuk mendidik mereka.

Terlampau geram kita pun memarahi seorang pelajar yang berjalan sana-sini tanpa buat kerja."Hang ingat ,hang Sammy Velu ke?" kata kita.Budak itu terus diam.

Seorang budak keturunan Cina bertanya kita,"apa pasat marah sama Samy Vellu?".Kita pun menjawab Sammy Vellu mana ada tolong orang India,yang kaya Kroni MIC."Samy mana ada tolong budak India yang jadi samseng"jelas kita."Tengok ini sekolah,budak-budak India nakal mana ada MIC bagi duit pada sekolah untuk kasi mereka baik" kata kita lagi.

"Itu macamka cikgu?"tanya budak ."Ya ,itu macamlah"tambah kita.

Tapi kita pun hairan ,semua budak keturunan India ,apabila sebut Samy Vellu,semuanya benci dan boo.!

Tuesday, June 29, 2010

Ke arah Putrajaya:Hidupkan Bilik Gerakan UPU-Ustaz NordinJaafar

Pas Bukit Gantang meminta semua Unit Peti Undi dalam Parlimen Bukit Gantang digerakan pada setiap hari.Ketua Unit Peti Undi diminta memastikan petugas berada di Bilik Gerakan masing-masing.

Setiap UPU terus bergerak mencula undi dan daftar pengundi baru khusus orang Melayu.Di samping itu mendaftar mereka sebagai ahli PAS di cawangan masing-masing.


Dengan pengundi muda tidak dipedulikan UMNO yang berkuasa ,Pas Cawangan perlu bertindak pantas untuk menarik orang muda geng kita.

Dalam pada itu kita mengharapkan setiap UPU sudah mengumpul dana pilihanraya PRU 13.Guna kesempatan dan ruang yang ada untuk mencari dana dan derma penduduk setempat.

Marilah kita kerja ,ke arah Putra Jaya.sumber blog YDP

Rupanya kita belum merdeka-orang Melayu tak daftar undi.

Kita sudah lama mengiktiraf bukan Melayu sebagai warganegara,sudah 50 tahun orang Cina, orang India dan lain-lain mengundi, mengapa hak mengundi mereka ini seakan terancam dengan kenyataan pemuda Umno ini.Mengapa Berita Harian menyiarkan aitikel itu.? Apakah niat mereka? Masihkah kita dengan fahaman perkauman sempit?

Umno, suka buat kenyataan bersifat ancaman semacam ini kononnya orang Cina dan India hendak ambil kuasa politik daripada Umno.Kemudian dikemukakan yang menarik pengundi baru untuk mendaftar parti DAP , Pemuda Umno sepatutnya bersikap rasional dalam melihat minat pengundi baru di kalangan masyarakat bukan Melayu.Sepatutnya mereka menyalah diri sendiri kerana setiap program mereka pengundi baru tidak dapat didaftarkan.


Di samping itu pandangan Tok Guru Hj Hadi agar pendaftaran automatik oleh SPR perlu diambil kira.Tetapi otak pimpinan UMNO semuanya kembali zaman sebelum merdeka.


Kini dunia twitter, dunia Facebook, dunia blog serta lambakan maklumat yang mengelilingi anak muda tak kiralah Melayu atau bukan Melayu .Namun Pemuda Umno masih dengan ‘politik ancaman’ yang lama,mereka menutup kurap dan panau mereka.


Apa yang tersurat dan tersirat daripada Tok Guru Hj Hadi 40 ulamak masuk UMNO.

Tok Guru Hj Hadi sewaktu berucap di Pejabat Pas Cawangan Taman Damai dalam Ceramah Isu Semasa.

Tuan Guru Dato' Presiden Pas Hj Hadi menyindir UMNO yang mengambil masuk ulama'muda yang keruh ke dalam parti UMNO.

Bagi mereka yang jernih berada bersama PAS.Ulama' muda yang masuk UMNO inginkan jawatan dan kekayaan.Bagi mereka yang menyertai PAS untuk berjuang disamping mengharapkan rezki daripada Allah. s.w.t.

Apa yang kita faham melalui ulasan Tok Guru Hj Hadi, Ulama' muda yang masuk UMNO merupakan mereka yang teruk,yang baik-baik mereka masuk PAS untuk berjuang.

Justeru itu bagi Tuan Presiden beliau tidak khuatir dengan kemasukan 40 orang ulama itu.

SB Bukit Aman Dengar Ceramah Tok Guru Haji Hadi.

Kelmarin berlangsung ceramah pimpinan Pakatan Rakyat diketuai Tok Guru Haji Hadi,DS Nizar dan YB Nga Kor Meng.

Kupasannya ketiga-tiga tokoh menarik dan menyebabkan pihak UMNO berasa cemas untuk mendapat kembali Bukit Gantang dan Perak.

DS Nizar dalam ucapannya mempertahankan Tok Guru yang dituduh pihak keselamatan sebagai anggota Jemaah Islamiyah dan Wahabi.

Bagi DS Nizar ini semua agenda jahat atau niat jahat UMNO dan BN.DS Nizar memberitahu kita akhbar The Guardian,England terpaksa memohon maaf dan membayar ganti rugi ke atas saman malu kepada Tok Guru Haji Hadi atas penulisan jahat mereka menuduh Tok Guru Al Qaeda.

DS Nizar meminta pihak polis kemukakan bukti agar Pas dapat membawa kes ini ke mahkamah.Di samping itu juga Nizar menekankan bahawa semuanya mahu orang bukan Melayu menjauhi PAS.

Dalam pada itu SB dari Bukit Amat turut kelihatan untuk membuat liputan dan melihat sambutan rakyat terhadap Tok Guru Haji Hadi.

Terbukti masyarakat bukan Melayu sanggup tunggu Tok Guru Hj Hadi selesai berceramah.Semuanya berpuashati dengan penerangan Tuan Guru yang menjelaskan pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat.

Monday, June 28, 2010

Rakyat Semakin Jelas Agenda Jahat UMNO/BN

Berita bergambar di Program Ceramah Isu Semasa anjuran DPPNP dan Kawasan Bukit Gantang.Rata-rata pendengar berazam untuk memastikan Pakatan Rakyat berkuasa di Putra Jaya.(gambar sumber blog Adun Gunung Semanggol)

Isu Terhangat Malam Ini- kita mai beramai-ramai.

InsyaAllah penceramah kita malam ini seperti dijadualkan hadir untuk memberi penerangan.Persiapan juga semakin rancak.Mereka ingin berjumpa dan bersalaman dengan Tok Guru Hj Hadi.

Peniaga sudah mula mencari tapak untuk menjual produk mereka.Ceramah kita salah satu tempat untuk mencari rezki.


Bukit Gantang permulaan kita untuk mengorak langkah ke Putra Jaya.Berkat Tok Guru ,Parlimen Bukit Gantang satu kerusi selamat buat Pakatan Rakyat.

Sunday, June 27, 2010

Selamat Datang Tok Guru -Kami sabar menunggu.

Persiapan menyambut Tuan Presiden PAS semakin rancak.Masyarakat Bukit Gantang tidak sabar untuk mendengar ceramah Tok Guru Presiden,Hj Hadi.

Pihak SB pula sibuk bertanya siapa yang berceramah?Mereka juga bertanya dari sudut hebahan.Ini semua kerana SB mahu tahu kekuatan pendengar malam ini.

Kita tahu pihak SB tahu siapa yang berceramah dan lokasi ceramah.Tetapi sekadar berbahasa untuk mengambil maklumat.

Ceramah kita berlangsung di Pejabat Pas Cawangan Taman Damai,Simpang,Taiping.Berdekatan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Taman Damai.

Banyak isu terkini ,kita boleh mendapat maklumat terus daripada mulut penceramah kita.Mungkin isu JI dan nazaknya UMNO akan disentuh Tok Guru Hj Hadi.

Untuk isu Keshvinder,Adun Lompat Malim Nawar,YB Nga Kor Meng boleh mengulas.Sementara isu perselisihan faham antara TPM dan PM mungkin disentuh Nizar.

Ayuh ,malam ini kita mendengar ceramah.!Lupakan kekalahan England dengan Jerman. Isu kita kini menolak UMNO daripada Putrajaya dalam PRU 13.

Ambil peristiwa bulan Rejab ini Me"Musa"kan diri kita-Nizar

DS Nizar menyampaikan tazkirah di Surau Ridzuaniah ,Taman Simpang,Taiping.

DS Nizar dalam tazkirahnya kali ini menyentuh sifat-sifat Nabi Musa a.s ,Nabi Muhammad s.a. w dan juga melihat zat yang ada pada Allah s.w.t.

Nizar juga kita perlu mengikut sikap nabi Musa a.s yang berani menegur pemerintah.Bagaimana nabi Musa a.s berani menegur pemerintah.

Dengan mengikut nabi Muhammad s.a.w kita pula bersedia ditegur dan diberi panfdangan.Pemimpin BN tidak boleh diberi teguran dan nasihat.Nizar memberi contoh apabila Pakatan Rakyat memberi pendapat di Parlimen,Pakatan Rakyat dituduh penghalang atau hanya suka membangkang sahaja.

Dalam pada itu DS Nizar meminta kita melihat zat Allah s.w.t yang memberi pertimbangan kepada umat Muhammad s.a.w.Contohnya kefarduan solat 5 waktu daripada 50 waktu.Beliau meminta kita belajar peristiwa isra' dan mikraj itu.Justeru itu Nizar meminta pimpinan BN melihat kewajaran sesuatu perkara itu berdasarkan hukum bukannya berdasar kepentingan peribadi dan politik.

Akhirnya DS Nizar meminta kita semua me "Musa "kan diri untuk berani menegur pemerintah yang zalim dalam menegakkan keadilan.

Pengaruh Muhyiddin Yasin Dalam MT UMNO menakutkan Najib.

Kita menyelami pandangan DS Nizar sewaktu beliau melawat kawasan dan bertemu penduduk Bukit Gantang.Antara yang ditimbul Nizar ialah bagaimana UMNO Johor mula membantah pemberian lesen judi bola.

Di samping itu Nizar juga membangkitkan betapa berani Khairy Jamaluddin menyanggah pandangan lesen judi Najib.Kini Majlis Tertinggi UMNO pula menolak titah perintah Najib melalui mulut Awang Adek yang berani menyakit hati orang Islam itu.

Menurut Nizar pengaruh Muhyiddin boleh mempengaruhi Majlis Tertinggi.Kita tidak hairan kerana TPM Muhyiddin mampu menolak jatuh Pak Lah.

Kini Najib terpaksa menolak pandangan kabinet tentang judi kerana jawatan Presiden UMNO lebih penting.Mungkinkah Najib Perdana Menteri paling singkat?

Bukti DS Nizar disenangi rakyat-Ibu bapa tetap menjadikan Nizar idola mereka.

Ucapan DS Nizar menyebabkan seorang pelajar putri Pasti berdiri khusyuk mendengar ucapan DS Nizar.
DS Nizar mendukung seorang pelajar Pasti berumur 4 tahun.Tetap mesra kanak-kanak.UMNO Zambry yang takut dengan kewibawaan DS Nizar.
Kita melihat kanak-kanak mengambil peluang bersalaman dengan DS Nizar.Ibu -bapa yang ditemui kita tetap mengganggap DS Nizar MB rakyat.
Seorang ibu amat terharu DS Nizar membelai anak yang belajar di Pusat Asuhan Tunas Islam.Bagi ibu ini UMNO lah pengkhianat rakyat.Ibu ini tahu DS Nizar tidak pernah menggadai Tanah Rezab Melayu dekat Perak Hanjong,Kilang Simen dan Pangkor Laut kepada Vincent Tan orang kesayangan Najib.
Seorang pelajar Istimewa Pasti Kg Larut Tin,dibelai dan didoakan DS Nizar supaya menyenangkan kedua-dua ibu-bapanya . Apabila DS Nizar diberitahu seorang Guru Pasti,anak murid beliau seorang ini yang Istimewa.
sumber blog Parlimen Bukit Gantang.

Ijtima' Keluarga DMPK Bukit Gantang Catat Sejarah


Ijtima' Keluarga anjuran Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang turut diserta pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang.Kelihatan dalam gambar YDP Ustaz Nordin Jaafar,SU Fadhil Idris,dan Ustaz Zulkifli Ahmad Naib Yang Dipertua.

Saturday, June 26, 2010

SB ikut Kuliah DS Nizar-Masih sempat rakam lagi?

Antara jemaah Surau Ridzuaniah,Taman Simpang dua orang SB yang kita kenal sedang mendengar tazkirah pemimpin kita DS Nizar.

Maghrib kelmarin DS Nizar menyampaikan kuliah maghrib di Surau Ridzuaniah ,Taman Simpang.Turut serta dua orang SB yang kita kenali. Mereka mendengar dengan penuh khusyuk dan tidak tersenyum atau ketawa ketika DS Nizar menyampaikan tazkirah,walaupun terdapat unsur gurauan daripada DS Nizar.

Seperti biasa DS Nizar menyentuh bulan isra' dan mikraj(Rejab).Kepentingan solat untuk umat manusia.Bagaimana DS Nizar memberi analogi bahawa Zat Allah s.w.t juga boleh berkira. Inikan manusia,beliau memberi contoh Allah s.w.t telah menetapkan 50 waktu untuk umat Muhammad s.a.w untuk bersolat,ahirnya Allah s.w.t memberi lima waktu sahaja.

Justeru itu pimpinan boleh ditegur dan dinasihat.Manusia sepatutnya mengambil Zat Allah sebagai contoh untuk mengurus harta benda rakyat.Bukannya hanya menolak lesen judi bolasepak setelah rakyat bangkit menentang.Nizar menjelas lagi Najib bukan tidak tahu judi itu haram tetapi Najib bertindak atas kepentingan diri sendiri.Dakwa Nizar MCA atau MIC barua Najib sahaja.


Adun Lompat Keshvinder Kini di Sydney Australia -Nizar

Kita hari ini mengikuti DS Nizar bertemu rakyat.Bermula ziarah keluarga Allahyarham Lt Razif Abd Rahim,kemudian ke Sukan Pasti Bukit Gantang di Taman Mewah sehingga Ceramah GMJ di Bagan Serai.

Baru sempat berblog di sini.Kita sempat bertanya DS Nizar berkenaan Adun Lompat Keshvinder Singh .DS Nizar memberitahu kita Keshvinder kini berada di Sydney Australia.Berada di Australia satu keluarga.

Kita bertanya betulkah isu RM 45,000 ringgit wang syarikat guaman yang hilang.DS Nizar menjelaskan kita meminta dikemukakan bukti sebelum lagi dia melompat.Namun begitu Keshvinder tidak beri dan berdolak -dalik.

DS Nizar juga menyatakan lagi Keshvinder terikat dengan kes seorang wanita.Wanita itulah yang memerangkap beliau untuk menjadi bebas.Parti-parti dalam BN pun tidak mahu menerima Keshvinder sebagai ahli.

Jelas Umno telah membeli Keshvinder ,kerana ADUN lompat mampu bercuti di Australia dakwa DS Nizar .Sedangkan dia tidak mempunyai kemampuan untuk bercuti jika dalam PR dahulu.
"Di mana Keshvinder dapat duit?" ,soal Nizar.

Friday, June 25, 2010

Dr Asri dan Ustaz Zamihan- polemik mencari kebenaran.

Dr Asri dan Ustaz Zamihan tokoh muda yang mempunyai idea dan mampu untuk berhujah.

Dr Asri pernah bekerja dengan kerajaan dan Ustaz Zamihan kini pegawai kerajaan .Dr Asri tahu pegawai kerajaan menurut perintah berdasarkan perintah am kerajaan.

Kita jangan memarahi Ustaz Zamihan Mat Zin dengan mengecop mereka ejen UMNO atau bekerja untuk SB . Kita kena berlapang dada .Ustaz Zamihan pegawai kerajaan.Mungkin Ustaz Zamihan anti-Umno tetapi pegawai kerajaan .Mungkin disanubarinya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.Kita masih boleh berdoa baik Ustaz Asri dan Ustaz Zamihan akan bersama dengan orang Islam menentang kemungkaran.

Bukankah ramai kita yang dulunya Pegawai Kerajaan tetapi berlawan menentang UMNO.?Tugas sebagai anggota kerajaan tetap kita laksanakan.Prestasi mereka yang berlawan menentang UMNO lebih baik daripada mereka yang menyokong UMNO?

Berlapang dadalah kita dengan polemik dua orang Ustaz itu ?Moga-moga kedua-duanya menolak kebatilan dan menyokong perjuangan rakyat mencari keadilan.

Ustaz Nasharudin Mat Isa Terus Bekerja-Friends of Pakatan

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.


Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.


Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).

Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.


Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat.

“Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara,” katanya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan.

“Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat,” ujarnya lagi.


Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana.


Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challenges anjuran Islamic Unity Forum di London.


Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London.


Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International.

Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham.


Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London.harakahdaily.net

Latihan Dalam Perkhidmatan Diganti Baca Buku Ilmiah .Dua-dua beban!

Latihan Dalam Perkhidmatan telah dilaksanakan untuk membolehkan guru memperoleh tujuh hari latihan sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005,Dasar Latihan Tujuh Hari.

Banyak cikgu merungut kerana perlu hadir LDP hari Sabtu atau Ahad,untuk mencukupkan bilangan hari.

Melalui surat siaran KPM bertarikh 22 Mac 2010, para guru diminta membaca buku,siap dengan pembentangan pula.Beban tak sudah-sudah, cikgu dijadikan bahan eksperimen.


Pihak KPM fikirlah logik dan faedah untuk membangunkan cikgu,bukan kerana buat apabila menteri baru.

Thursday, June 24, 2010

Jom kita bersama Nizar di Bukit Gantang.

DS Nizar dijadual berada di Bukit Gantang untuk bertemu penduduk.Beliau berada dalam Parlimen Bukit Gantang untuk memenuhi beberapa undangan.

Beliau dijangka berada di Bukit Gantang pada pukul 10 pagi untuk ziarah penduduk yang kehilangan keluarga yang tersayang.

Sementara itu pada pukul 11.00 pagi dijangka merasmikan Sukan PASTI Kawasan Bukit Gantang.
Sukan Pasti ini berlangsung di Padang Pasti Taman Mewah,Kamunting.

Untuk memenuhi jemputan penduduk DS Nizar dijadual berada di walimatulurus penduduk Kg Kurnia Jaya.DS Nizar dijangka menyampaikan sedikit tazkirah.Mereka yang menerima jemputan kenduri kahwin itu,boleh menunggu DS Nizar di sini.

Program akhir beliau pada 5 petang bertemu masyarakat India. Selepas itu DS Nizar bergerak ke Bagan Serai untuk memenuhi jemputan Unit Amat Bagan Serai dan Ceramah Mansuhkan Judi.

Wednesday, June 23, 2010

Siri Penerangan -Ceramah Gerakan Mansuh Judi-

Jadual Ceramah GMJ Di Perak

Taiping Ribut-Betulkah kerana lulus lesen judi bolasepak?

BANJIR KILAT... Kakitangan kerajaan dan orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan Johor Baharu, di Jalan Ayer Molek terpaksa menunggu sehingga air surut akibat banjir kilat di bandaraya Johor Baharu, petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) Lokman Sulaiman ketika dihubungi berkata banjir kilat berlaku selepas hujan lebat kira-kira dua jam mulai pukul 4 petang. Selain Wisma Persekutuan, Lokman berkata banjir tersebut turut menjejaskan beberapa bangunan di Jalan Ayer Molek termasuk Menara Tabung Haji dan Kompleks Mahkamah Johor Baharu. Kawasan lain yang turut terjejas adalah Jalan Skudai, Kampung Pasir, Jalan Yahya Awal dan Majidee. MBJB katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kejadian itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - Foto BERNAMA


Kelmarin Bandar Taiping dilanda ribut.Difahamkan Masjid Daerah Taiping,Kubah jatuh.Kebanyakan tempat pokok tumbang dan akar tercabut.Terdapat beberapa buah sekolah atap diterbang angin.Bekalan eletrik terputus.Banyak kereta yang rosak bateri.(contoh kesan)

Seorang Guru berketurunan India,yang bukan penyokong Samy Velu ,menyatakan kini Taiping juga belaku bencana.Bagi beliau dahulu luar negara sahaja yang kedengaran ribut seperti ini.Menurut seorang Guru berketurunan Melayu ,mungkin kerajaan sudah meluluskan lesen judi bola sepak.

Sementara itu seorang Apek Cina memberitahu kita,ini disebabkan UMNO sudah membeli wakil rakyat."Jadi itu Tuhan sudah malah?".

Entah kenapa kita tidak berminat untuk ambil gambar ribut,baik masjid daerah Taiping atau pokok tumbang di sebelah,walaupun kamera berada bersama kita.Seorang teman meminta ambil gambar sebagai bukti.Kita bertanya pula pemerintahan Najib percayakah hari ahirat dan pembalasan?

Zery Zamry sindir Mahathir? Dedah atau judi.

Salah satu pakaian rekaan Zery Zamry dengan imej "daun terup" mengambil ilham penampilan Lady Gaga.

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Kaitkan Tok Guru Dengan Wahabi dan JI


Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ,Dr Juanda (Mufti Perlis),Dr Asri dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan aliran Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah.

Kita rakyat Malaysia berasa dihina oleh pihak berkuasa.Tok Guru Hj Hadi ,Presiden PAS .Pas mempunyai keahlian melebihi sejuta orang.Sudah tentu menyebabkan perasaan ahli Pas 'tergores.'.

Kenapa pihak polis dalam taklimat keselamatan membangkitkan nama Presiden PAS,Tuan Guru Hj Hadi.Mungkinkah apabila Tuan Guru menyebut kita mimpi soleh untuk ke PUTRAJAYA,UMNO menjadi kecut perut dan senak.

Jelas mereka ,BN berniat jahat untuk menakutkan pengundi muda dengan Pakatan Rakyat.

Semakin mereka benci Tok Guru- Rakyat semakin sayang-


Gambar diambil pada 29 Mac 2009 sewaktu penamaan Calon Prk Bukit Gantang .Calon rakyat DS Nizar menang dalam Pilihanraya 7 April 2009.

Budak Sekolah Jawab UPSR/PMR mansuh sebab kerajaan tak masuk duit.!

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,"

Budak sekolah pula beritahu kepada kita kerajaan tiada duit untuk tampung buat soalan,bayar elaun kepada pemeriksa kertas dan juga duit pengawasan peperiksaan awam.

Yuran peperiksaan awam telah dimansuhkan sejak dahulunya Barisan Alternatif memberitahu rakyat jika menang PRU 12 ,yuran periksaan percuma.

Jadi kerajaan bercadang buat dasar untuk menghapuskan peperiksaan awam UPSR dan PMR.,kerana tidak berduit. Kerajaan BN sanggup berhabis duit untuk benda lain,tetapi untuk pendidikan baru berfikir 53 tahun baru tau tidak berfaedah.

Selepas ini menteri pelajaran fikir pula dasar lain.Lihat PPSMI menteri lain selesaikan masalah.Cikgu juga yang kena....Cikgu.......... kerajaan bo lui!

Cikgu siapa masuk final?

Sibuk pelajar bertanya siapa masuk final bolasepak Piala Dunia.Kita memilih Brazil lawan Korea Selatan.Kita tidak memilih negara penjajah.Kita tidak memilih negara Eropah seperti Sepanyol atau Portugal.

Seorang pelajar ajak "beat " pasukan pilihan dia Argentina lawan Portugal.Beliau juga sanggup bertaruh.Kita menjawab ini judi.Kita tidak boleh berjudi.Sampuk pelajar lain ,kawannya boleh ditangkap oleh Pengetua kerana berjudi!

Pelajar tahu berjudi salah disisi undang sekolah.Tetapi di luar sekolah Sport Toto dan Magnum bebas bergerak.Mereka jadi pening.Kita hanya menjawab kita tentang lesen judi.Orang Islam tidak boleh berjudi,meluluskan lesen judi dan cari makan dengan lesen judi.

Tapi kita boleh meneka pasukan mana masuk final.Kita tetap memilih Brazil lawan Korea Selatan,walaupun anak-anak murid mengharap Brazil lawan Jerman.

Monday, June 21, 2010

Selamat datang Tok Guru:Hari Semakin Hampir -2

Penduduk Bukit Gantang dan kawasan sekitar tidak sabar untuk menunggu kedatangan Tuan Guru Dato' Presiden Hj Abdul Hadi bin Awang ke sini.

Bagi penduduk Bukit Gantang Dato'Presiden yang memulakan langkah kerajaan Pakatan Rakyat .Apabila PAS Perak bersama rakan-rakan DAP dan PKR ingin membentuk kerajaan Perak,Tok Guru Hj Hadi tidak menentang dan membantah .Kita difahamkan Tok Guru Hj Hadi tidak menyatakan kepada pimpinan Pas Perak,kita gila kuasa.

Jadi kita pun tidak faham kenapa terdapat segelintir mereka yang masih tidak faham ,bahawa Dato Presiden kita sebenarnya berfikiran jauh ke hadapan.Bertambah kini mereka semakin marah apabila mendengar ucapan Tok Guru Hj Hadi ,bahawa mimpi kita mimpi soleh.Kita kini bersedia untuk ke Putra Jaya.

Kita berharap petugas parti menyambut arahan "Presiden Kita".Buat kata seorang teman Tok Guru Hj Hadi bakal Perdana Menteri Malaysia.


Gembira Muslim Biarlah Berpanjangan!

KUALA LUMPUR: BEBAS... Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan Muslim Ahmad ,54, (kanan) yang didakwa menghina Sutan Perak dengan menghantar komen yang jelek sifatnya melalui laman web. Foto BERNAMA

CERAMAH ISU SEMASA

Hari semakin hampir!

Kedatangan Tok Guru Hj Hadi ke Parlimen Bukit Gantang amat ditunggui.Tok Guru Haji Hadi dijadual berceramah bersama YB Nga Kor Meng Ahli Parlimen Taiping.

Dengan isu yang banyak kini kehadiran Tok Guru dalam siri Ceramah Penerangan PAS Bukit Gantang amat bermakna.

Dahulu Tok Guru hadir dalam kempen PRK dan juga jamuan kesyukuran kemenangan PR dalam bulan April 2009.Kini Tok Guru hadir dalam kita Pakatan Rakyat ingin mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Selamat datang Tok Guru !

Sunday, June 20, 2010

Ilpas satu langkah ke Putrajaya

Tahniah Pas Pusat yang menubuhkan Institut Latihan Pilihanraya Pas(Ilpas) satu langkah ke hadapan melatih jentera pilihanraya Pas.


Kita berharap Pas Bukit Gantang mendapat manfaat dan dengan pengalaman sedia ada serta mendapat kursus daripada tenaga Ilpas,Bukit Gantang dapat mengekalkan kemenangan rakyat.


Kita seharusnya memujuk orang bersama kita bukannya membuat rakyat semakin jauh dengan kita.Mimpi kita mimpi orang soleh.


Justeru itu saranan dan arahan Tuan Guru Presiden Pas,Tok Guru Hj Hadi perlu diikuti dan dipatuhi.Halatuju kita dan fokus kita ke Putrajaya.Cakap kita kini bagaimana mahu menggantikan UMNO dalam Pru 13.


Dengan kekuatan kita Dewan Himpunan Penyokong Pas khususnya di Bukit Gantang,kita yakin Bukit Gantang merupakan satu kerusi selamat buat PAS,insyaAllah.


Berikut petikan ucapan perasmian Dato'Presiden sewaktu melancarkan Ilpas.


oleh Zulkifli Sulong-Harakadaily.net.

HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.


"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.


Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.


Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.


Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.


Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.


Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.


Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.


Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.


Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.


"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.


Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.


"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.


Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.


"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya.

Saturday, June 19, 2010

Tanda-tanda PRU 13 sudah dekat.

Apabila kerajaan sudah melihat dan mengumumkan Keluaran Kasar Negara(GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat.

Di samping terdapat petanda gaji kakitangan swasta dan kerajaan akan naik.Sementara itu harga barang-barang stabil,masalah bekalan gula diatasi dengan cepat.Kerajaan juga mengekalkan subsidi .

Kenyataan Idris Jala disanggah oleh DS Najib.Kemudian isu pelampau Islam(JI ) dimain kembali.

Seterusnya isu-isu nasional seperti GST,bangunan Parlimen baru,lesen judi bola,semuanya kelihatan seperti ditangguh.Seolah-olah Najib peka dengan sensitiviti rakyat.Bagi Najib rakyat didahulukan.

Jadi tibalah masanya Najib mendahalui perlembagaan untuk mengisytihar PRU 13.

Beruntungnya bayi ini di tahnik Tok Guru!


Pada subuh Ahad 13 Jun kita ke Masjid Tok Guru Nik Aziz,Pulau Melaka untuk bersolat subuh bersama Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru Nik Aziz menyampaikan tazkirah.Setelah tazkirah terdapat bayi digendong bapa mereka menunggu untuk di "tahnik" oleh Tok Guru Nik Aziz.Subuh itu kita melihat 6 orang bayi sedia untuk didoakan Tok Guru.Moga-moga bayi -bayi itu menjadi rakyat yang beriman dan soleh serta menyertai perjuangan Islam apabila mereka cukup umur!

Teh Gaharu Minuman Herba-Sedap..!!

Fadhil Idris Setiausaha Pas Bukit Gantang bersama Pokok Depu.Pokok Depu daunnya diproses menjadi Teh Gaharu .Teh Gaharu minuman herba ini produk Syarikat PMBK Sdn Bhd yang dimiliki penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Tehnya sedap dan setiap perwakilan Muktamar diberi sepeket sebagai promosi.Mungkin pokok depu ini boleh menjadi pengganti tanaman tembakau di Kelantan.

Berikut Cadangan Nama Kucing Parsi DS Najib-Mahfuz OMar

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.


Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti Kucing Persia: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.


"Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Beliau turut menyambut baik cadangan Najib yang mahu rakyat memberi cadangan nama kepada kucing yang baru dibelinya tersebut.


Nama-nama yang dicadangkan itu, katanya juga mampu mengingatkan negara tentang peristiwa hitam yang telah berlaku sepanjang Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.sumber

Jangan tonjolkan sentimen perkauman.


DS Nizar dalam ucapannya di Muktamar PAS kali 56 baru-baru ini mendedahkan rahsia orang bukan Islam memberi sokongan kepada PAS disebabkan PAS tidak penah mengutamakan soal perkauman.

Nizar juga menyatakan orang bukan Islam memberi sokongan kepada pimpinan PR Perak kerana tidak menekankan soal perkauman.

Disamping itu DS Nizar menyatakan pimpinan PAS akan turun ke kampung-kampung menemui masyarakat.

Musuh Kita UMNO/BN


Wakil Perak,YB Khalil Idham Lim antara lain meminta kita menjadikan UMNO musuh yang utama.Bagi Khalil Idham Lim masalah kecil dalam PR tidak perlu dibesarkan.
YB Khalil berucap di Muktamar PAS kali 56 ,baru-baru ini.

Bukit Gantang Siap Sedia Sambut Tok Guru Hj Hadi.

Pas Kawasan Bukit Gantang sedang bersiap-sedia untuk menyambut Tuan Guru Dato'Presiden Hj Abdul Hadi Awang dalam satu program Ceramah Isu Semasa.

Tok Guru Haji Hadi akan berceramah di Taman Damai,Dun Changkat Jering pada 28 Jun ini,Isnin pada 9.30 malam.

Turut bersama dalam Ceramah Isu Dun Lompat,YB Nga Kor Meng ,Ahli Parlimen Taiping yang juga Setiausaha DAP Perak dijangka menjelaskan isu Keshvinder Singh,Adun Malim Nawar .

Sehubungan dengan itu diharap seluruh masyarakat khususnya penduduk Bukit Gantang dan Taiping dapat bersama pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 Jun ini.

InsyaAllah kehangatan bolasepak Piala Dunia tidak menghalang rakyat cintakan keadilan bersama mendengar penerangan Tok Guru Haji Hadi.

Friday, June 18, 2010

Mimpi Kita Mimpi Yang Soleh-Tok Guru Haji Hadi

Tok Guru Hj Nik Aziz menyampaikan cenderamata"Beras Tok Guru"kepada Tok Guru Hj Hadi setelah selesai perasmian Muktamar Pas Kali 56.

Presiden Kita Tok Guru Haji Hadi berkeyakinan penuh bahawa PAS dan PR mampu menawan Putrajaya dan mentadbir negara.

"Ke Putrajaya,insyaAllah,kita membawa kemenangan.Orang kata kita bermimpi,tapi kita bermimpi yang soleh."ujar Tok Guru Hj Hadi.Kita bersama perwakilan melaungkan takbir!

Dr Chen Man Hin- Kini Sudah Kenal Perjuangan PAS

Penasihat Seumur Hidup DAP Dr Chen Man Hin turut hadir di Majlis Perasmian Muktamar PAS Kali 56 di Putik.Dr Chen Man Hin pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban selama 4 penggal.Dahulu tidak berapa suka dengan perjuangan PAS.Kini bersama Pakatan Rakyat.

Skuad Kami Prihatin Dilancarkan.


Tok Guru Nik Aziz melancarkan Skuad Kami Prihatin pada Muktamar Pas ke 56.Skuad Kami Prihatin di bawah Lajnah Kebajikan yang dipengerusi Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.Skuad prihatin ditubuhkan untuk menangani isu permasalahan moral nasyarakat terutama dalam isu pembuangan bayi.Skuad Kami Prihatin ,menunjukkan terdapat kumpulan yang masuh peduli untuk menyelamatkan golongan yang berpotensi ke arah melakukan maksiat atau yang telah terlanjur.

Thursday, June 17, 2010

Tian Chua:SPR sedang kaji keputusan mahkamah-oleh G.Manimaran


KUALA LUMPUR, 18 Jun — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang.


The Malaysian Insider difahamkan penelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.


“Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua),” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.


Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.


The Malaysian Insider difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008.


Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.


Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil.


Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.


“Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000,” kata Wan Ahmad lagi.


Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

“Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.


“Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya,” kata beliau.


Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam.


Dalam buku bertajuk “Penjalanan Pilihan Raya Malaysia”, bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, “kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri.”


Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.


Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.


Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

“Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.


Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.


“Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil.


“Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara,” katanya.


Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen.


Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu.


Dalam pada itu, peguam Sankara Nair berkata, denda RM2,000 boleh menyebabkan wakil rakyat Batu kehilangan kerusinya.


Pihaknya sedang mengaturkan pertemuan dengan hakim kes bagi membincangkan isu berbenaan, tetapi masalahnya denda sudah pun dijelaskan.


Bagaimanapun dengan merujuk kepada kes Fan, katanya, Speaker Dewan Rakyat harus campur tangan dalam menentukan sama ada kerusi Tian Chua dianggap sudah pun kosong.


Justeru katanya, kini isu ini terletak di tangan Speaker untuk diputuskan.


“Hakim mungkin silap, peguam-peguam ketika itu seharusnya memikirkan (implikasi itu) pada masa itu juga,” kata Sankara. the malaysian insider

Tian Chua dan Pilihanraya Mimpi Ngeri Buat BN

Melihat keputusan Hakim Ghazali Cha sewaktu membacakan penghakiman ke atas kes YB Tian Chua amat menarik.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama.”

"Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar.”

Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu.”kata Karpal.

Sekarang kita menunggu apa kata PM Dato' Najib.Menurut Timbalan Pendakwa Raya ,Ishak Mohd Yusuf, Tian Chua akan kehilangan kerusi.

Mungkin PRK ini mimpi ngeri buat UMNO dan BN.?Antara menurut perlembagaan atau pilihanraya kecil.

PRU 13 selepas Mac 2011-Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah pada April tahun hadapan.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata perdana menteri itu tidak mungkin mengadakan PRU lebih awal dari itu biarpun ada kajian mendakwa sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib pada waktu ini sangat baik.


"Tidak mungkin dalam masa terdekat, paling awal pun April 2011 bersekali dengan pilihan raya Sarawak," katanya ketika dihubungi petang ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam yang mendakwa tarikh PRU 13 yang bakal diumum akan mengejutkan semua pihak.


Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut pengamalan para perdana menteri terdahulu, pilihan raya umum biasanya akan diadakan selepas tempoh tiga tahun dari pilihan raya umum sebelumnya.

Jika keadaan itu diambil kira, tempoh tiga tahun untuk penggal ini, katanya akan tamat Mac tahun depan.


Sementara itu, faktor lain yang akan dipertimbang Najib katanya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Jun tahun hadapan.


Umno BN, katanya sangat takut jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Sarawak yang kini menjadi negeri talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa.


Sehubungan itu katanya, Umno BN tidak akan membiarkan Sarawak jatuh begitu mudah kepada Pakatan Rakyat seperti angin perubahan yang melanda Sibu.


"Sarawak adalah faktor penting kepada Umno BN, mereka akan kurangkan tumpuan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak," katanya lagi.


Bagaimanapun katanya, PAS bersedia bila-bila masa berdepan PRU 13 dengan segala persiapan sedang dan telahpun dibuat sejak selesai PRU 12 lagi.sumber harakahdaily.net

Kita jangan menghukum Saiful Apek-Mahkamah Belum Jatuh Hukum!

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Apek kini boleh tersenyum ,kerana polis kurang bukti.Kita berharap jangan menjadi seperti Benjy,tanpa bukti di Mahkamah Benjy ditahan dua tahun dibawah akta pencegahan.

Apek Saiful diharap kuatkan iman dan bersabar.Jadikan kerja sebagai pelakon komidi untuk mendidik rakyat.Jadikan kerja melawak ini sebagai satu satira mengkritik dasar kerajaan yang merugikan rakyat.

Saiful diharap kali ini senyumnya terus panjang dan senantiasa dipelihara Allah s.w.t supaya menjadi insan yang soleh dan beriman.Jom Apek kita mulakan perubahan!

Pendapat DS Anwar Ibrahim sama dengan orang kampung- ciptu isu tutup isu lebih besar!

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan kerajaan menggunakan media untuk menggembar-gemburkan isu kemunculan semula kumpulan Jamaah Islamiah (JI) di tanah air semata-mata bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada beberapa isu lain yang mencalar kredibiliti para pemimpin Umno BN.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tindakan tersebut bertujuan untuk mengalihkan amarah rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I kerana meluluskan lesen judi sukan sempena Piala Dunia 2010, baru-baru ini.


Katanya lagi, dengan menimbulkan isu JI, tumpuan rakyat boleh dialihkan daripada memprotes isu penyerahan tanah bernilai tinggi milik KTM di Tanjong Pagar kepada kerajaan Singapura.

Tambahnya lagi, dengan berbuat demikian juga membolehkan tumpuan rakyat pada isu penyerahan dua blok minyak iaitu Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei Darussalam tanpa melalui Parlimen.

“Saya lihat ini semua suatu cubaan Umno BN untuk alih isu judi sukan dan beberapa isu besar melibatkan kedaulatan negara, seperti pemindahan beberapa aset negara yang diserahkan kepada pihak swasta tertentu,” tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.


Bagaimanapun, beliau mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan bahawa mereka tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti bawah tanah.

“Kita berpendirian bahawa sikap melampau tidak perlu dipertahankan,” tegas beliau.


Disebabkan itu, beliau memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya tidak sewenang-wenangnya menahan rakyat tanpa bicara sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.


Dalam pada itu, beliau turut menimbulkan rasa ragu dengan pengakuan Hishammuddin dan Musa berhubung tangkapan 10 warga asing yang kononnya anggota JI.

“Kalau kesemua 10 warga asing ini saspek JI, mengapa mereka tidak dibicarakan (tetapi) terus dihantar pulang ke negara masing-masing,” soal beliau.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak terkeliru oleh permainan media oleh kerajaan kebelakangan ini.

“Saya minta jangan ada rakyat terkeliru dengan semua ini, semuanya semata-mata untuk alih tumpuan kita pada isu yang lebih utama,” tambah beliau.

Senada dengan Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan motif di sebalik tindakan Musa membuat pengakuan dalam media arus perdana berhubung penangkapan suspek yang dikatakan anggota-anggota JI terbabit.


“Kalau dia (Musa) menganggap ia (JI) sebagai isu keselamatan, mengapa diumumkan kepada rakyat umum, mengapa diumumkan pada media massa,” soal Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Melihat pada tindak-tanduk tersebut, beliau dalam nada berseloroh mendakwa bahawa Musa mungkin mahu kekal mendapat sokongan Najib untuk menjadi KPN.

sumber harakahdaily.net.

Wednesday, June 16, 2010

Yang Umum Lesen Judi Awang Adek Yang Umum -Tangguh Donald Lim

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan.
Kini Timbalan Menteri Kewangan yang baru dipilih MCA dan Dato'Najib mula bersuara.Awang Adek diam membisu.Donald Lim pula berpeluang jadi Menteri penuh jika pandai mengambil hati Dato'Najib.
Walaupun diasak oleh soalan wartawan berhubung pemberian lesen berkenaan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.
Katanya penangguhan itu bertujuan membolehkan semua pihak menyalurkan maklum balas mereka berhubung perkara berkenaan.
Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim terus tunduk bagai seorang zuhud dan alim.

Satu Lagi Kejayaan Kerajaan Kelantan-Beras Tok Guru

Beras Tok Guru yang menjadi cenderamata untuk DS Anwar Ibrahim dan Sdr Lim Kit Siang.Sedap dan lazat ,apabila kita merasa sedikit nasinya!

Wartawan The Malaysian Insider Yang Dedikasi


Dr G .Manimaran kini bersama Malaysian Insider membuat liputan Muktamar PAS 56.Kita mengenali beliau sewaktu PRK Bukit Gantang 2009.Sewaktu itu beliau bekerja dengan Mstar.Setakat ini laporan baik dan bebas serta tidak dipengaruhi sentimen parti.

Beliau bertanya dengan kita ,pendapat DHPP ,kita tidak beri komen ,kerana di Muktamar ramai pimpinan.Manimaran memberitahu kita jika ada cerita baik boleh berhubung dengan beliau.Nantilah...